Friday, 13 January 2017

Pembungkusan Green Blue .. Bungkus makanan anda dengan kertas .

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 10 Januari 2016

Pelik kan dengar tajuk diatas tu.. Ya sekarang ini segala-galanya kena kembali kepada yang asal... Pembungkusan makanan yang selama ini menggunakan plastik dan polistren amat berleluasa hinggakan ianya merupakan bahan yang terbanyak sekali berada di tapak-tapak pelupusan sampah. Malangnya bahan ini amat lambat untuk mereput dan ia menimbulkan masalah alam sekitar yang amat menyulitkan dan membahayakan.

Program hari ini yang saya sendiri hadhir adalah Majlis Pelancaran Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue dan Sessi Penyebaran Maklumat Projek yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 10 Januari 2017. Dalam majlis ini ada seminar yang membincangkan berkenaan Pengurusan Sisa Makanan, Pembungkusan MEsra Alam, Ciri2 PRemis Makanan Hijau. Ianya dirasmikan oleh YB Senator Dato Sri SK Devamany  Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Asasnya ialah sekarang ini kerajaan sudah mula melancarkan kempen2 mengurangkan penggunaan plastik dan polisterine dalam apa saja pembungkusan, lebih-lebih lagi membungkus makanan. Sebagai alternatifnya Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahan-bahan yang mudah mereput dan penggunaan kertas-kertas yang mudah dinyahkan. Hari ini beberapa kilang telah diberikan insentif untuk mengeluarkan pembungkus makanan dari bahan kertas yang selamat untuk kesihatan dan  mudah dilupuskan dengan teknologi-teknologi terkini yang dikaji oleh SIRIM.

Apa kata selepas ini kita tidak lagi menggunakan plastik dalam apa jua urusan...  boleh tak.. Kita mulalah sikit-sikit lama bila sudah semua dah serasi.. ianya akan berjalan dengan lancar .. Bila sudah ada pembungkus kertas yang menarik dan  praktikal dalam pasaran, saya rasa tak ada masalah untuk pengguna  beralih kepada penggunaan pembungkusan 'green blue' ini. Nak ubah bukan senang kerana kita sudah guna plastik dalam segala urusan sejak sekian lama.. Tapi kita kena yakin .. bahawa kita boleh.. Terima kasih.









No comments:

Post a Comment