Saturday 31 October 2015

Hari Sukan Negara..... 2015

Catatan aktiviti : Mohd Asri Redha

Aktiviti :    Penglibatan PBT Taman  Perindustrian Hi-Tech Kulim dalam  Program Hari 
                   Sukan Nekat Daerah Kulim dan Negeri
Tarikh:     Oktober 2015
Tempat:    Sek Men. Sultan Badlishah , Kulim, Stadium Keladi, Kulim dan Kompleks
                   Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar..


Jadikan sukan sebagai aktiviti harian, kelak memberi kebaikan yang amat banyak kepada kesihatan.......    

CAKNA ... AMBiL PEDULi

Catatan Aktiviti oleh: Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Oktober 2015

Aktiviti : Seminar Kecemerlangan PBT dan Pelancaran Aplikasi CAKNA... oleh YB Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tarikh : 29 Oktober 2015
Tempat: A Famosa Resort, Melaka

CAKNA .. Aplikasi baru yang diperkenalkan untuk membuat aduan kerosakan atau baik pulih serta merta melalui telefon pintar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).......

Boleh layari:  http://akna.kpkt.gov.my

Monday 12 October 2015

Kecil-Kecil Cabai Melaka.. Itulah Singapura...

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh 03 Oktober 2015

Sengaja letak gambar ini didepan sekali..  bagi nampak 
kehijauan mata memandang.. sedap sikit nak baca catatan
catatan saya kali ini.. Kiri kanan tu puteri-puteri saya
kat PBT TP Hi-Tech Kulim... yang turut sama   
mengikuti lawatan rasmi ini. Satu pendedahan kepada
mereka yang perlu kepada pencarian idea-idea baru
dalam menjalankan tugas seharian..
Assalaamualaikum WRT.. buat saudara yang masih yang mengikuti catatan-catatan blog saya ini.. Catatan kali ini saya mula tulis semasa saya berada di Cangi International Airport , Singapore. Airport ini sepertimana yang diketauhui umum adalah amat terkenal dan telah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa berulang-ulang kali.. Ada-ada sahaja pembaharuan yang dibuat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lapangan terbang ini... Sebenarnya semasa saya menulis catatan ini saya sedang menunggu penerbangan  untuk berangkat pulang ke tanahair setelah 4 hari mengadakan lawatan rasmi ke negara Singapura ini.   Jadi sementara menunggu untuk masuk ke dalam flight saya rasa elok saya gunakan kemudahan internet percuma yang disediakan oleh airport ini di kiost-kiost internet yang berpuluh-puluh unit disediakan diserata tempat dalam kawasan airport yang begitu luas ini. Airport ini satu-satunya mengadakan kiosk percuma seperti ini..  Airport lain tu disediakan juga kemudahan ini, tapi nak masuk dapat linenya begitu payah.. macam bagi tak bagi sahaja... Di sini pi sahaja kat kiost yang disediakan itu terus patuk sahaja keyboard, boleh terus sahaja melayari internet yang disediakan.. mudah kan. Sebab itu saya  rasa selesa bila berada di airport ini. Sekarang disediakan pula banyak tempat untuk mengecaj telefon mudah alih.. lagi la orang masuk boarding awal untuk dapat tempat yang ada kemudahan caj tersebut. Jadi itu antara kemudahan yang disediakan di airport ini.

Ok... nak cerita apa ya kali ini.. tentu nya nak cerita fasal lawatan saya ke Pulau Singapura ini. Sebenarnya sudah  banyak kali saya datang ke Pulau ini, tapi itulah kalau mai tu hanya pi tempat-tempat yang selalu orang pi seperti ke Sentosa Island, Universal Studio, ke Orchard Road dll lagi . Tapi kali ini saya memang terasa ada kelainan lawatan saya kerana ini merupakan Lawatan Kerja anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan semua PBT Kedah. Tujuannya untuk melihat sendiri akan pembangunan-pembangunan Pulau Singapura sendiri yang begitu cepat membangun, walaupun negara ini amat kecil. Antara perkara yang akan dipelajari dari lawatan ini adalah dari segi penyediaan rumah kepada rakyatnya, pengurusan sisa pepejalnya, program penghijauan bandarnya dan juga perancangan pembangunan Pulau Singapura ini sendiri. Jadi saya rasa amat berbaloi dapat mengikuti lawatan ini. Terlalu banyak benda yang boleh dipelajari, walaupun dirasakan agak sukar dan susah juga jika hendak dilaksanakan di negeri Kedah ini.. Nanti saya cerita kenapa dirasakan agak sukar dilaksanakan di negara kita ini... Namun begitu ianya memberikan pendedahan kepada semua ahli rombongan dalam menerbitkan idea2  yang boleh diperkembangkan di negara kita sendiri, yang boleh diubahsuaikan bersesuaian dengan budaya dan perangai rakyat negara ini. Kalau tidak dapat dilaksanakan dalam tempat terdekat ini sekurang-kurangnya perancangan itu ada....

Segala kawalan dan pemantauan operasi kilang insinerator ini
melalui bilik ini yang dipanggil Central Contorol Room.
Melalui Digital Control System yg dikawal dr bilik ini,
segala operasi dapat dimonitor dan dilaksana serentak
tanpa masalah.
Kemana ya kita nak melawat dulu... Apa kata kita pergi melawat  dan melihat bagaimana Singapura menguruskan dan melupuskan sisa pepejalnya..  Dengan jumlah penduduknya yang melebihi 5.5 juta berbanding keluasannya hanya 718 km persegi sahaja, tentunya menguruskan sisa pepejalnya amat mencabar sekali.. Kemana ya mereka buangkan segala sampah sarap dan bahan buangan rumah serta kilangnya.. Tanahnya tidaklah seluas dinegeri kita.. segala-galanya perlu diuruskan dengan cekap dan berteknologi tinggi dan tentunya tidak perlu kawasan yg luas.



Lawatan ke Tuas South Incineration Plant amat mengujakan saya bila melihat mereka memproses sisa pepejal . Kilang pengurusan dan pelupusa sampah ini adalah yang terbesar di Singapore. Memulakan operasi sejak tahun 2000 lagi dengan kos  binaan pada waktu itu berjumlah $890 juta Singapore. Pusat Insinerator ini direka untuk menguruskan sampah sehingga maksimum  3,000 tonnes sehari. Kawasan kilang ini hanya berkeluasan 10.5 hektar sahaja yang terletak diatas tanah yang ditambak. Semua urusan operasi teknikal dikawal secara 'digital control system' dan menggunakan teknologi yang amat tinggi. Ini memberi kesan kepada kecekapan dan produktiviti yang tinggi dalam segala urusannya. Penggunaan mesin insinerator ini sebenarnya telah mengurangkan lebih 90 peratus jumlah sampah yang dikutip bawa masuk ke sini. Hanya 10 peratus sahaja   baki yang dihasilkan dalam bentuk sisa 'ash' dan 'slag', Itu pun sisa terakhir ini sedang dalam kajian mereka untuk dijadikan sebagai bahan campuran untuk dibuat jalan.. Jadi sudah tentunya tidaklah perlu besar sangat tapak untuk pembuangan sisa pepejal. Kat Malaysia ni.Ini boleh dijadikan panduan bila ada mana-mana syarikat yang ingin mengadakan operasi yang seumpama ini, bahawa keluasan tanah tidaklah terlalu besar untuk operasi seperti ini.. Keuntungan lain bila menggunakan mesin insinerator ini ialah pembakaran sampah ini telah menjana tenaga elektrik. Difahamkan ianya dapat menghasilkan 80 MW tenaga elektrik. Pihak kilang hanya menggunakan 20% sahaja dari tenaga yang dihasilkan, manakala bakinya dijual kepada kerajaan / awam.

Saya pernah melawat kilang yang seumpama ini di Semenyih, tapi dari segi fizikalnya memang besar dan masih dapat menghidu baunya yang tengik ni berbanding di Tuas ini.

Taklimat dan lawatan di Gallery Singapore HDB.
Saya memang kagum dengan kebersihan di Singapura ini. Memang bersih dan rakyatnya berdisiplin dalam hal ini. Mungkin kerana penguatkuasaan mereka agak ketat , dan boleh dikatakan serata tempat dipantau oleh CCTV yang canggih. Jarang sangat kita berjumpa dengan pasukan keselamatan atau polis dikawasan-kawasan awam. Mungkin CCTV yang ada banyak membantu mengawasi setiap pergerakan rakyatnya dan pelancong yang datang. Bila ada kes sahaja baru muncul polis. Saya difahamkan oleh pemandu pelancong , pasukan keselamatan ada disekitar kawasan-
Bot Kutip Sampah seperti ini amat sesuai  digunakan oleh

oleh PBT Kedah.. Nampak praktikal dan mudah mengend-
alikannya. Hanya seorang pekerja sahaja yang urus...........
uruskan.. Saya tengok kat Sg. Kedah/Raja pekerja  dok kaut 
dengan tangan saja, banyak mana sangat boleh kutip.
 Kat mana boleh beli yaa.. Ini saya ambil kat
Singapura
kawasan tertentu tapi dengan berpakaian orang awam. Denda membuang sampah boleh mencecah maksima SG50K atau denda setahun atau kedua-dua sekali.  Jangan buat main-main dengan sampah ni..  Singapura telah lama mengamalkan pengasingan sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Setiap sekolah mereka ada sudut kitar semula  dan setiap perumahan ada tong kitar semula disediakan. Memang setiap tong tersebut dimasukkan barang yang sepatutnya, bukan dimasukkan segala macam benda. Ini pernah berlaku diMalaysia bila permulaan kempen kitar semula dilaksanakan. Sebab itu kita gagal disebabkan perangai dan tabiat orang Malaysia yang tidak mahu berubah. Sekarang ini Kerajaan Malaysia sudah mula balik kempen kitar semula. Kita tengok bagaimanalah kesudahananya. Tapi saya lihat penerimaan rakyat tidak begitu bersungguh-sungguh.. Masih ada yang buat tidak kesah. Sudah berbuih kerajaan berkempen. Nanti bila dikuatkuasakan sepenuhnya barulah dikatakan zalim dan sebagainya.
Mesin Pemungut Barangan Kitar Semula

Terlajak dah tulis fasal kitar semula ni, saya teringat satu mesin yang menarik yang saya jumpa sewaktu berjalan-jalan melihat suasana  di bandar Frankfurt , German...  Saya cuba cari kat Singapura kut-kut jumpa mesin seperti ini.. nampaknya tak jumpa.. Memang canggih.. ada kedai runcit yang menyediakan mesin ini. segala barangan botol plastik boleh dimasukkan kedalam mesin ini ikut saiz yang ditetapkan. Botol plastik itu akan dikisar hancor dan orang yang menghantar botol ini akan diberi resit khas yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun belian barang dikedai tersebut. Saya lihat ramai orang datang gunakan khidmat mesin ini.. Cuma saya rasa perangai orang kita yg tidak menyakinkan saya untuk mesin ini bertahan lama... nanti segala macam benda dimasukkan... maka akan rosaklah jadinya..




Taman yang dikelilingi bangunan-bangunan pencakar
langit...jadi tidaklah terasa gersang sangat kawasan
mereka,
Walaupun Singapura sebuah negara yang kecil, masih ada ruang yang digunakan untuk menghijaukan kawasan hutan batunya.. Berkesempatan melawat National Parks Board HQ untuk mendengar taklimat dari pengurusan taman-taman yang ada di Singapura. Termasuk mendengar taklimat berkenan City in The Garden. Banyak tempat yang boleh dilawati untuk menikmati kehijauan taman-tamannya. Rombongan dibawa melawat HortPark , Southern Ridges yang berkeluasan 23 ha,  Cantik susunan pokok-pokok besar dan kecil di taman ini, Terasa nyaman berada dalam taman ini walaupun keadaan jerebu masih diparas yang agak tidak sihat lagi.

National Parks Board HQ telah menanam lebih 3.7 juta pokok pelbagai jenis dan semuanya direkodkan dengan baik dalam sistem pengurusan rekod pokok. Seolah-olah pokokpun  sudah ada rekod pengenalan diri.. Menunjukkan begitu bersungguh-sungguh mereka melaksanakan program menghijaukan bandaraya mereka ini. Saya melihat begitu ramai pekerja terpaksa digunakan untuk menyelenggarakan kawasan taman mereka dan tentunya belanja pengurusannya juga besar. Tapi itulah negara kaya, segalanya boleh sahaja,,

'Skyrise Green City' juga diberi perhatian terhadap bangunan-bangunan tingginya..  Mungkin ada insentif-insentif diberikan kepada bangunan-bangunan tinggi yang memberi keutamaan penanaman pokok diatas bangunan tinggi. Sepanjang jalan utama di Singapura, saya lihat penuh dengan pokok Bunga Kertas yang pelbagai warna.. Cantik pula bila melihat suasana warna warni pokok tersebut, bila ditanam dengan begitu banyak...
Tanaman pokok bunga kertas sepanjang
jalan utamanya. Nampak cantik pula
bila ditanam dengan banyak dan 
pelbagai warna pula..
 pu

Dicelah-celah bangunan pencakar langitnya
Kerajaan Singapura masih mengekalkan penj-

aja-penjaja makanan dan barangan  dgn

pendekatan yang lebih sistematik & berkesan.
Dimana-mana negara, isu perumahan menjadi isu nasional setiap negara. Bagi Singapura, perumahan merupakan satu perkara yang amat diberi perhatian. Kerajaan mereka sudah menyedari keperluan ini sejak setengah abad yang lalu. Kalau tidak ditangani dari peringkat awal, Singapura akan menghadapi krisis terbesar dalam menyediakan rumah yang sesuai kepada rakyatnya. Ada satu ketika kerajaan Singapura mengeluarkan dasar menghadkan bilangan anak . Tapi sekarang khabarnya dasar itu sudah dilonggarkan. Mungkin mereka sudah bersedia dengan program-program perumahan awam yang tersusun dan boleh memenuhi keperluan rakyatnya. Salah satu sebabnya kejayaan dalam pembangunan perumahan awamnya ialah Kerajaan Singapura telah menubuhkan The Housing & Development Board (HDB) sejak tahun 1960 lagi. Sehingga hari ini HDB telah  menyediakan lebih 80% rumah kepada rakyatnya yang berjumlah 5.5 juta orang. Keluasan tanah yang terhad menjadikan harga tanah gila-gila harganya.. terlalu mahal. Jadi tidak mungkin rumah banglo seperti di Malaysia dapat dibina, kecuali ianya kaya betul.. bagi sebahagian majoriti rakyatnya.. hanya mampu duduk di flat sahaja yang mana 80 % daripadanya disediakan oleh Kerajaan melalui HDB.. Kerajaan Singapura sanggup buat apa sahaja untuk menyediakan rumah untuk rakyatnya . Kalau kubur terpaksa dipindahkan, mereka akan pindahkan. Begitu juga penempatan-penempatan tradisional asal yang ada, jika perlu dipindahkan untuk pembangunan, maka rakyat terpaksa akur dengan kehendak kerajaan mereka.. Semua rakyatnya ditempatkan di flat-flat yang berpuluh-puluh tingkat disekitar Bandaraya Singapura. Sehingga kini HDB telah membina lebih 1 juta unit rumah untuk rakyatnya.


Kami diberi penerangan yang jelas tentang perancangan dan
pembangunan pihak berkuasa Singapura  semasa lawatan ke
Urban Redevelopment Agency (URA).. Segala penerangan
diberi dalam bentok multi media yang canggih dan tempat
tempat-tempat yang berasingan.   Saya dapati mana-mana
tempat taklimat, mereka suka menyediakan model2 pemban-
gunan  seperti ini. Jadi mudah untuk memahami dan menge-
tahui secara lebih jelas perancangan mereka untuk masa kini
akan datang.
Saya dan rombongan sempat melawat ibu pejabat HDB ini yang terletak di Toa Payoh, Singapura. Memang besar bangunan ini. Pekerja HDB sahaja melebihi 5,700 orang. Dalam bangunan ini segala-galanya ada berkenanan perumahan, pinjaman perumahan, pengurusan projek perumahan, dan sebagainya. Di sini juga terdapat HDB  Gallery.  Di HDB Gallery ini pelawat dapat melihat dan mendengar sejarah HDB itu sendiri, serta program-program pembangunan perumahan awamnya. Segala-galanya ada disini dan 
Singapore Urban Redevelopment Agency... URA
berteknologi tinggi pula pamerannya. Memang mengasyikkan . Kalau tidak silap saya ada 5 zon pameran yang disediakan. Satu zon pameran yang saya suka sangat tengok ialah pameran rumah-rumah contoh dalam flat, samada rumah 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik. Memang menarik, moden  dan canggih-canggih belaka rumah yang ditunjukkan. Memang sesuai diambil contoh untuk dibuat di Malaysia.. Tapi kalau tengok dari segi kualitinya.. berpuluh ribu RM juga tu untuk interior dan perabot.

Saya tertarik dengan syarat wajib dalam pembinaan rumah-rumah di Singapura, iaitu setiap rumah wajib ada 'Bilik Kebal'.. Bilik kebal ini memang kuat , tak makan api, dan tak mudah dikopak oleh penyamun untuk merompak. Bilik agak luas juga , yang juga boleh dijadikan bilik stor. Namun fungsi utama bilik kebal ini , ia menjadi tempat perlindungan sementara penghuninya jika rumah dimasuki perompak atau sesiapa sahaja berniat jahat kepada tuan rumah dan keluarganya selain menyimpan barangan yang berharga.. Dalam bilik kebal ini ada saluran komunikasi yang sesuai untuk menghubungi pihak keselamatan  dan juga bomba jika kebakaran.  Bilik tengok bilik tu agak praktikal juga, dan sesuai untuk rumah di Malaysia. Agak-agaknya kalau diwajibkan bina bilik kebal kat rumah-rumah yang sedang bina ini diMalaysia... macam mana la reaksi rakyat atau pembeli.. Tentu aspek kosnya menjadi halangan..

Semua rakyat yang cukup syarat, layak memiliki rumah flat yang disediakan HDP.  Rumah disiapkan dulu oleh HDB dan pembeli hanya datang tengok dan kalau berkenan boleh beli, tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi tak adalah rumah terbengkalai yang selalu berlaku di Malaysia dan banyak menganianyakan pembeli-pembeli.

Memang berkenaan sungguh tengoik rumah
dan bilik2 contoh yang dipamerkan di HDB
ini...
HDB menyediakan pelbagai skim pembiayaan bagi memiliki rumah yang disediakan. Namun begitu sebahagian besarnya adalah diberi subsidi yang banyak oleh kerajaan. Kalau tidak memang mahal rumah flat ini, walau hanya sekadar rumah flat biasa. 25 tahun dulu sebuah rumah flat bekeluasan lebih kurang 2 buah bas hanya berharga lebih kurang RM35K sahaja, tapi sekarang rumah flat yang seluas itu berharga lebih RM300K. Kalau kerajaan tak bantu beri subsidi memang sukar untuk rakyatnya memiliki rumah sendiri. 91.8% flat yang disediakan HDB telah dijual, manakala yang menyewa lebih kurang 5.3 % sahaja. Yang lain-lain tu terdiri premis industri dan premis komersial. Yuran penyelenggaran flat untuk 'common area' dikutip dikalangan pemilik rumah dan diserahkan kepada 'Town Council' mereka. Saya tak pasti samaada cukai pintu juga dikutip sekali. Apa yang saya nampak sekarang ialah Singapura tidak lagi menghadapi masalah untuk menyediakan  rumah untuk rakyatnya..


Selain melawat tempat-tempat yang saya ceritakan dengan panjang lebar sebelum ini, sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita belajar dari mereka. Lihat saja bagaimana kerajaan Singapore menyesuaikan dengan negaranya yang kecil itu. Kerajaan Singapura telah melaksanakan program penambakan lautnya secara besar-besaran. Sehingga kini saya difahamkan lebih 20% tanah daratannya adalah terdiri dari tanah yang ditambak... Keluasannya bersamaan lebih kurang 17,000 buah padang bolasepak.. Luas tu.  Agaknya dari mana tanah yang diambil untuk tambak kesemua tu, Ada orang  kata, selain pasir dan tanah yang diambil beli dari Indonesia dan Malaysia , kemungkinan besar tanah itu diambil dari bawah tanah mereka. Singapura banyak buat terowong bawah tanah untuk keretapi dan kemungkinan ada juga bandaraya bawah tanah yang tidak diceritakan . Mungkin juga.. Sebagai negeri yang kaya, mereka boleh buat apa saja... Tanah2 itu dibuang dan ditambak ditapak yang ditetapkan..

Sistem pengangkutan mereka adalah terbaik samada teksinya,  keretapinya dan bas bandarannya serta keretapi bawah tanahnya.. Pembelian kereta adalah terlalu mahal di Singapura. Cukai yang dikenakan terlalu tinggi, melebihi harga kereta itu sendiri dan pelbagai syarat ketat dikenakan. Kereta pula hanya kurang dari 10 tahun sahaja dibenarkan berada diatas jalan raya.. Rakyat terpaksa akur dan untuk mendapatkan permit membeli keretapun terpaksa bersaing...

Kerajaan mempunyai target untuk menyediakan perumahan awam kepada rakyat berdekatan dengan tempat kerjanya. Target mereka pada tahun 2030  ialah penginapan rakyatnya terletak tidak melebihi 400 meter dari tempat bekerja. Jadi pekerja boleh pergi bekerja dengan berjalan kaki sahaja.. kita di Malaysia boleh belajar apa yang dbuat ini, walaupun kita rasa negara kita ni masih lagi luas terbentang dan tanahpun masih banyak..

Kita sebenarnya tidak terasa sangat kesulitan-kesulitan seperti yang dihadapi oleh rakyat Singapura berhubung dengan tanah daratan terhad berbanding dengan penduduknya yang begitu ramai. Bila tanah terhad macam-macam dasar diujudkan seperti dasar tanah kubur, dasar memiliki anak, dasar memiliki kereta, dasar perumahan dan sebagainya. Semua itu untuk memastikan keselesaan penduduknya untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang terjamin. Tapi ini juga membuatkan rakyat Singapura lebih kreatif dan bijak  dalam menangani masalah seperti ini.  Keadaan Singapura samalah juga dengan Hong Kong yang juga amat terhad tanahnya, tapi rakyat dan kerajaannya berjaya mengatasinya dengan baik dan berkesan. Mungkin boleh buat perbandingan antara pembangunan Hong Kong dan Singapura

http://beritakcs.blogspot.my/2012/12/shenzhen-cina-hong-kong-kenangan-yang.html

Memang penduduknya berpendapatan tinggi, tapi tidak berpeluang untuk hidup rasa bebas seperti mendirikan rumah atas tanah,  memiliki kenderaan sendiri, beriadah dikawasan hutan lipur dan segalanya yang terasa lapang macam kita rasa... kalau mereka mahu menikmati itu semua, mereka terpaksa keluar dari Singapura dan melancong ke Malaysia dan Indonesia..  Dalam negara mereka pun ada juga tapi amat terhad.. Jadi hargailah apa yang ada dinegara kita ini, walaupun kita tidak sekaya mereka.

Cuma saya amat berharap, satu hari nanti semua rakyat Malaysia mempunyai tahap disiplin yang tinggi, terutama dalam mematuhi segala undang-undang yang terpakai dinegara kita, menghargai alam sekitar, bersabar dengan segala karenah yang dhadapi , In Sya Allah Malaysia juga  boleh menjadi negara maju seperti Singapura. Namun begitu saya orang Singapura juga hidup dalam tertekan, dengan negara mereka yang begitu kuat pelaksanaan undang-undang mereka.. sikit-sikit saman dan denda atau ke mahkamah. Sebab itu kalau depa masuk Malaysia, mereka sudah lupa diri, segala macam perkara dilanggar mereka seperti memandu dijalan raya di Malaysia.. Dah tak ikut undang-undang lagi.. Jadi mungkin juga disiplin mereka dinegara mereka kerana undang-undang yang begitu ketat, bukan dari kesedaran sendiri.  Yang macam ini kita tidak boleh ikut. Disiplin seperti ini kita kena ikut orang Jepun. Majoritinya dimana mereka berada mereka tetap berdisiplin..

Waktu malam yg penuh ceria dan berwarna
warni di Kota Singa ini.. Pelawat kena pergi
ke Marina Sands Bay dan menikmati per
tunjukkan Air yg menggabongkan muzik,
cahaya, air, laser.. Memang menarik pertun-
jukkan ini sambil menikmati pemandangan
pemandangan yg memukau dimalam hari.
Percuma sahaja... berlatarbelakangkan 
bangunan yg tinggi2 & tasek yg jernih
Apa-apapun di Singapura ini banyak tempat juga yang menarik boleh dilawati.. Tapi kalau untuk membeli belah tu, fikir berkali-kali, sebab tukaran wang mereka lebih tinggi. Barangan yang sama di Singapura mungkin lebih tinggi berkali ganda berbanding barangan tersebut di Malaysia. Walau bagaimana kalau nak shooping juga kedai-kedaia di sekitar Mustafa Center, di Arab Street dan Kg Giam. Sudah tentu Pulau Sentosa menjadi tumpuan pelawat yang datang ke Singapura. Macam-macam ada kat sini untuk berhibur bersama keluarga seperti taman tema, kereta kabel, akuarium, casino dan sebagainya.Tiket masuknya boleh tahan juga la... Cuma satu perkara seperti yang diceritakan oleh pemandu pelancong.. en Amiin.. bahawa oleh kerana terlalu banyak pekerja-pekerja rencam asing dari luar negara bekerja di Singapora, Kerajaan Singapura telah membenarkan kegiatan pelacuran terkawal bagi memenuhi keperluan pekerja-pekerja  dari luar dan dengan harapan mereka tidak menganggui rakyat tempatan.. Boleh pakai ka idea ni , tak taulah saya. Bagi saya kegiatan ini sampai bila-bilapun tidak boleh dihalalkan dari segi undang-undang apatah lagi dari segi ugama.

Saya pernah mengikuti pertunjukan air yang serupa
menggabungkan cahaya, air, muzik dan laser di Yeosu 
Korea Selatan.. sewaktu menghadhiri satu international forum 
satu waktu dulu. Di sini pertunjukkannya lebih canggih
berbanding apa yang ada di Singapura.
Oklah... nampaknya pengumuman pun sudah dibuat tu, kena panggil utk boarding dah.. Saya rasa itu sahaja catatan sempoi-sempoi saya sepanjang lawatan saya ke Singapura ini. Ayatpun berterabur sahaja, maklum dok taip dalam kalut-kalut ni mengejar masa. Semoga ia menjadi satu pengetahuan baru dan pengalaman menarik buat kita semua...  Ok saya permisi dulu..   Nak kena 'log out' dulu internet ini
.. Kalau tak 'log out' nanti, orang masuk saya punya blog , nanya saya nanti...  ok permisi.. Kita lagi di Malaysia.. Negara Ku Tercinta... Sebaik-baik negara orang baik lagi negara kita noo....

Terima kasih kerana masih membaca sampai ke sini... jumpa lagi... Nanti saya nak cerita fasal Bandar Manila pula.. Kota Metropolitan ini belum pernah saya melawat lagi, cuma dok dengar dan tengok dalam drama-drama Fillipina saja...