Tuesday 14 February 2017

TAHNIAH SEMUA ... Bermulalah tanggungjawab anda ..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 Feb 2017
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama ,Wisma TNB Negeri Kedah, Alor Setar

Alhamdulillah, setelah tertangguh beberapa minggu disebabkan masalah kesihatan saya, pada akhirnya hari ini saya dapat juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PBT TP HTK kali pertama Tahun 2017. Sudah tentu mesyuarat ini kena dimulakan dengan mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan mereka ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim secara rasminya dan mengikut undang-undang.

Saya berharap dengan pasukan yang ada ini, akan dapat membantu saya menerajui PBT ini dengan lebih cemerlang dan terbaik, sepanjang tempoh 2017 dan 2018  atau satu tempoh yang saya mampu berada di sini. In Sya Allah...

Tanggungjawab utama yang akan diberi perhatian ialah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat... menyelenggarakan kawasan perkhidmatan dengan secekap mungkin, dan mempermudahkan segala urusan pelanggan ..