Wednesday 23 November 2016

Tahniah OSRAM

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 24 hb November


Add caption
Assalaamualaikum WRT....Selamat Sejahtera semua sahabat-sahabat blog saya ini.. Terima kasih kerana masih mampu melayari laman ini.. Hari ini ada satu lagi cerita kejayaan .. Kejayaan semua pihak.. Kejayaan Kerajaan Negeri Kedah dalam menarik pelaburan asing ke Negeri Kedah dan khususnya ke Kulim Hi-Tech Park..

Kelmarin saya telah menghadhiri majlis perasmian bermulanya operasi kilang TOMOE Malaysia Sdn Bhd di KHTP ini.  Dah siap baru mereka atur buat perasmian. (Refer catatan saya di link ini..  Perasmian Kilang ToMOE Malaysia Sdn Bhd .    )

Hari ini saya menghadhiri pula majlis perasmian 'Roofing Ceremony'  OSRAM Kulim Plant oleh YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Biasanya di Malaysia ada dua sahaja majlis yang selalu dibuat berkenaan projek-projek, Pertama ialah Majlis Pecah Tanah Projek dan keduanya bila dah siap selalu ada Majlis Perasmian Kilang dan sebagainya. Biasanya dua kali la.. Adakalanya majlis pecah tanah tu hebat tak sangka.. tapi sampai ke sudah tidak siap-siap projek itu..





Pergi ke majlis Roofing Ceremony
saya diberikan cenderamata spt ini,
Tapi orang Jerman lain sikit.. Mereka buat majlis perasmian 'Roofing Ceremony'.. Macam-macam cara la nak buat majlis-majlis rasmi-rasmi ni. Tapi ini kali pertama saya hadhiri perasmian Roofing Ceremony' dibuat di Malaysia.

Bertempat di KHTP atas tanah seluas 9.6 hektar.. Projek bernilai lebih kurang RM4.7 Billion ini telah dimulakan sejak Mac 2016 dan dijangka akan memulakan operasi pengeluaran pada pertengahan tahun 2017. Lebih dari 1,000 pekerjaan akan diujudkan bila beroperasinya kilang ini.

Saya mencadangkan supaya rakyat tempatan mengambil peluang ini untuk memohon kerja di OSRAM dengan gaji yang agak lumayan juga.. Saya rasa pengiklanan jawatan-jawatan yang diperlukan itu telah dibuat dalam media-media elektronik dan internet seperti dalam Jobbstreet  dan Jabatan Tenaga Rakyat... Pandai-pandai la mencari.. Jangan tunggu orang suap saja...            





Syarikat semikonduktor dari Munich German ini merupakan syarikat yang mengeluarkan Cip Led 6 inci terbesar dan terbaharu didunia . Cip Diode Pemancar LED ini merupakan produk yang akan dikeluarkan oleh OSRAM Malaysia Sdn Bhd, dikilang ini. 

Sebagai sebuah PBT di KHTP ini , sedikit sebanyak jabatan saya ada sumbangan besar juga yang diberikan terutama dalam mempermudahkan urusan-urusan pembangunan di tapak ini dan mempercepatkan proses kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan. Proses kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan projek ini saya rasa adalah antara yang tercepat pernah dibuat. 

Saya amat mengalu-alukan operasi kilang ini di Kulim Hi Tech Park . Ketiga-tiga ucapan yang saya dengar dari Mr Aldo Kamper (Presiden dan CEO OSRAM), Dr Roland Mueler (Managing Director OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd) dan juga oleh Duta German ke Malaysia,  mereka memaklumkan amat tertarik dengan iklim pelaburan di Malaysia dan Kulim khususnya yang amat mesra pelabur.. Dengan adanya kemudahan-kemudahan infrastruktur yang amat terbaik di KHTP ini dan layanan institusi terbaik dan tercepat yang diberikan  adalah antara sebab utama Syarikat dari Munich Jerman  tersebut berminat untuk melabur di Kulim Kedah ini. .  Sebab itu syarikat tidak ragu-ragu untuk melabur dengan begitu banyak peruntukannya di KHTP ini. Kita sendiri faham German juga mempunyai standard kualiti yang tinggi dalam produk-produknya. Memilih Kulim Hi-Tech Park Industri untuk menempatkan kilang terbesar ini amat membanggakan saya dan kerajaan keseluruhannya. Ianya membuktikan kita bukannya lekeh,  dan pengurusan serta pentadbiran kawasan industri kita adalah yang terbaik,.. Itu yang saya nak kata..  Jumpa lagi.. nanti saya cerita lagi bila ada kilang baru yang akan dibuka..

Terima kasih

















Satu lagi Kilang Beroperasi di Kawasan KHTP ini....

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh:    23 November 2016

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Petang

Hari ini sebuah lagi kilang mula beroperasi di KHTP.  Tahniah saya ucapkan kepada Syarikat Tomoe Malaysia Sdn Bhd yang berjaya beroperasi dengan begitu cepat setelah kerja-kerja pembangunan fizikalnya siap dalam tempoh yang begitu pantas. Sebagai sebuah PBT yang  menguruskan kawasan KHTP ini, saya juga berbangga kerana sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan ini , kerana dapat memproses dan meluluskan kebenaran merancang projek ini dengan begitu pantas. Saya tahu, kelambatan dalam meluluskan sesuatu proses pembangunan akan memberi kesan negatif kepada syarikat yang ingin melabur.  Ini akan memberi imej yang tidak baik kepada PBT TP HTK khususnya dan kerajaan,

Tidak ada sebab untuk dilewat2kan atau dilambat2kan sesuatu kelulusan jika sekiranya segala kehendak dan keperluan telah dipenuhi oleh Syarikat. Banyak manafaat yang akan diperolehi samada dipihak syarikat atau dipihak kerajaan sendiri jika kita boleh mempercepatkan sebarang kelulusan yang diperlukan... Itu yang selalu saya tekankan kepada anak-anak buah agar memikirkan kepentingan keseluruhan bukan kepentingan peribadi semata-mata.

Kilang yang beroperasi hari ini adalah sebuah kilang yang dipunyai oleh orang Jepun, iaitu syarikat Tomoe Malaysia Sdn Bhd. Produk yang dikeluarkan ialah bahan kimia seumpama gas yang digunakan untuk steril peralatan-peralatan rawatan perubatan dan seumpamanya, Mudah cakap cecair ini digunakan untuk nyah kuman.. 

Mereka sanggup melabur diKHTP inipun saya rasa sudah menjadi suatu kebanggaan kepada kita di sini, Kita tahukan yang Syarikat Jepun adalah syarikat yang amat mementingkan kualiti yang terbaik . Banyak fasiliti terbaik ada di Jepun, tapi mereka masih dapat menilai akan kelebihan yang ada di KHTP ini sehingga penilaian mereka adalah terbaik dan sesuai untuk melabur di sini. 

Jadi marilah kita mengambil manfaat dari adanya kilang ini disini kerana selain ia menyumbangkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah khususnya ianya juga dapat membantu merancakkan lagi ekonomi negeri ini.

Besok saya akan menghadhiri perasmian sebuah lagi kilang di KHTP ini iaitu kilang OSRAM ..   

Ini catatan terbaru yang saya telah update kan berkenaan perasmian kilang OSRAM itu .. klik saja kat situ  .. Perasmian kilang OSRAM













Angkat Sumpah Berjanji Nak Buat Kerja Yang Terbaik Agar Mendapat Keredzaan Allah SWT.

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 10.10.16

Assalaamualaikum WRT.. Dan Selamat Siang.
Hari ini tak ada apa nak cerita yang luar-luar opis, cerita dalam opis sahaja. Lama tak update blog ini.. so saya cerita juga aktiviti saya hari ini.

Hari ini saya nak cerita fasal menjadi saksi Angkat Sumpah kakitangan kontrak PBT TPHTK sama ada yang baru masuk bekerja atau yang berjaya disambung kontrak mereka. Lepas ni sapa-sapa yang angkat sumpah dihadapan  saya,  akan sambong gambar kat tajuk ini untuk rekod...

Mungkin pada setengah-setengah orang acara Angkat Sumpah ini biasa sahaja, tak perlu buat macam yang saya buat... cuma tandatangan dan serah saja pada pentadbiran untuk simpan dalam fail.   Betul tak.. kebanyakannya buat begitu.

Tapi bagi saya Upacara Angkat Sumpah ini amat penting kepada pentadbiran sesuatu jabatan. Ianya perlu dilafazkan aku janji tersebut dan difahami dan dingati selama-lamanya selagi anggota berkhidmat dijabatan itu. Kadang-kadang kita terlupa akan akujanji kita yang tak sangka punya bagus, boleh segalanya, kerja ikut peraturan, mai kepejabat ikut masa , berdisiplin, berintegriti, patuh kepada arahan ketua jabatan dan pegawai atasan, tidak membuang masa , tidak berkelakuan yang tidak elok dan segala macam perkara-perkara baik belaka..

Kalau tak diulangi dan diperingatkan  selalu, kita boleh terlupa akan aku janji yang telah kita lafazkan itu.. Sebab itu saya perlukan supaya kakitangan dapat buat Akuan Bersumpah yang dilafazkan dihadapan saya disamping saya akan mengingatkan lagi secara lisan akan pentingnya faham akan akujanji yang dilafazkan itu,,

Kakitangan tetap pun saya rasa perlu juga sekali sekala diadakan balik Upacara Angkat Sumpah atau Ikrar Pegawai seperti mana juga kita baca Ikrar Rukun Negara yang semuanya itu adalah untuk kebaikan diri kita, jabatan kita, negeri kita dan negara kita.
 
Semoga mereka menjadi pekerja yang terbaik dan cemerlang dan menjadi aset yang terbaik dan amat berguna untuk jabatan dimana mereka bertugas,

Terima Kasih.