Tuesday 24 November 2015

Pentingnya Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 November 2015

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam.. Saya tulis ni waktu malam..  Jadi saya sebut la Selamat Malam.. Tapi kalau baca waktu siang, Selamat Siang la... apa-apapun tak apalah... bukan itu yang saya nak cerita, hanya sekadar pembuka cerita sahaja...

Hari ini merupakan hari penutup kepada Kursus Penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja yang diaturkan khusus untuk anak-anak buah saya di PBT TPHTK. Sengaja saya aturkan kat pejabat sahaja dan dalam waktu cuti hujung minggu. Al hamdulillah nampaknya kehadiran  anak-anak buah adalah memuaskan juga walaupun diadakan pada cuti hujung minggu.



Bagus juga buat kat opis sekali-sekala,  kurang sikit kosnya.... Yang penting objektif penganjuran kursus ini tercapai. Kursus ini diadakan 2 hari dari 19.11.2015 hingga 20.11.2015. Tahniah saya ucapkan pada semua yang terlibat baik peserta dan juga urusetianya yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya.

Sejak awal saya masuk ke opis ini, perkara utama yang saya ambil perhatian, ialah adakah semua anggota kakitangan PBT ini mempunyai Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Kalau ada, adakah segala maklumatnya terkini.   Bagi saya Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja adalah amat penting pada mana-mana jabatan. 

Dulu-dulu bila seseorang pekerja baru , akan belajar kerja-kerjanya berdasarkan apa yang dibuat oleh orang terdahulu, jadi buatlah ikut lazim. Kalau pegawai senior yang baik , dia ajarlah satu persatu kerja yang hendak dibuat.. Kalau dia tak cerita tak taulah.. Setengah pegawai senior tak kisah pun, dia akan kata ' awak pandai-pandai lah cari macam mana nak buat'.. maka terkial-kial lah pegawai baru tersebut untuk mencari ilmu nak buat kerja yang diarahkan.  Pada waktu-waktu sebeginilah pentingnya ada Fail meja dan Manual Prosedur Kerja untuk membantunya memahami tugas yang perlu dilaksanakan dengan cepat. 

Bila ada Fail Meja, pegawai terkawal dari segi kerja yang sepatutnya kena buat dan kepada siapa pula hendak dirujuk dan dibawah peruntukan peraturan dan undang-undang mana kerja-kerja yang dibuat itu. Jadi memang amat penting Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja ada pada setiap anggota kakitangan sesebuah organisasi. Tidaklah nanti ada kerja-kerja yang tidak habis atau tidak sempurna yang mana pada akhirnya akan menimbulkan masalah yang sukar dirungkai






.

Namun begitu Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja bukannya suatu yang kekal begitu selamanya, Ianya sentiasa berubah sesuai dengan perubahan semasa dan keperluan semasa. Untuk itu setiap fail meja kakitangan dan manual prosedur kerja juga perlu dikemaskinikan berterusan dari masa kesemasa. Selalu berlaku fail meja tersebut sudah ketinggalan zaman... dan tidak boleh dijadikan rujukan lagi kerana terlalu banyak perubahan sudah berlaku terutama prosedur-prosedur yang ada.

Jadi setiap kakitangan perlu peka dengan perubahan yang berlaku dan wajar mengambil tindakan segera mengemaskinikan segala prosedur yang berubah itu. Ok.. Rasanya itu sahaja coretan catatan saya kali ini.. Bulan Disember nanti akan diadakan pula Bengkel Penyediaan Pelan Strategik PBT TPHTK Untuk Tempoh 5 Tahun akan datang.  Inipun penting juga sebagai satu panduan untuk kesinambungan perkhidmatan PBT TPHTK dengan lebih cemerlang lagi. Dengan adanya Pelan Strategik ini, operasi  PBT TPHTK akan menjadi lebih fokus tentang halatuju organiasasi ini.

Terima Kasih...


Tuesday 10 November 2015

SEMINAR INTEGRASI AHLI MAJLIS PBT DAN JPPP NEGERI KEDAH

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 06 November 2015


Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat blog
saya yang amat mulia disisi Allah SWT dan Selamat Sejahtera buat kawan-kawan sekalian. Ketemu lagi dalam catatan-catatan ringkas saya dalam blog ini. Sekadar pengetahuan dan maklumat aktiviti yang melibatkan saya dan organisasi saya..

Pada tanggal 5 hingga 6 November 2015, saya telah menghadiri seminar seperti diatas. Seminar ini diadakan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani.  Ianya  melibatkan peserta dari semua ahli-ahli Majlis PBT Negeri Kedah dan juga Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) . PBT TP HT Kulim turut sama menghantar ahli majlis.sebagai peserta. Di kawasan PBT-TP-HT-Kulim ini tidak ada JPP.

Ilmu dan pengetahuan diperolehi melalui pelbagai macam dan cara. Selain membaca bersendirian, cara yang paling berkesan ialah dengan menghadiri seminar-seminar seperti ini. Melalui seminar ini penceramah yang berpengalaman akan menjelaskan dengan lebih tepat akan sesuatu perkara. Dalam hal ini sebagai Ahli Majlis, saya rasa semua yang terlibat perlu memahami akan peranan dan tanggungjawab  sebagai Ahli Majlis. Bila memahami dengan jelas dan mendalam, barulah mudah untuk ahli majlis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan, dan tidak lah buat kerja ikut suka sahaja, dengan melanggari bidang tanggungjawab yang diamanahkan. Jadi saya rasa amat berguna platform seminar seperti ini menjadi tempat untuk menimba ilmu sebaik mungkin.

Begitu juga sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Kedah yang dilantik oleh Kerajaan, mereka  perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Masih ramai lagi yang kurang faham akan peranan JPP ini, dan tidak tahu arah tuju yang hendak dicapai.  Kadang-kadang seolah-olah seperti bertindih dengan peranan ahli-ahli majlis pula. Sebab itu seminar ini diintegrasikan kedua-duanya ahli majlis dan pengerusi/setiausaha JPP. Jadi bila berseminar bersama ini, barulah dapat dijelaskan dengan baik oleh penceramah yang berpengalaman yang dijemput oleh urusetia.

Berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta, saya rasa masih terdapat kurang kefahaman peranan yang sepatutnya dimainkan baik oleh Ahli Majlis ataupun Pengerusi JPP. Begitu juga dasar-dasar yang ddilaksanakan oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Kesejahteraan Tempatan banyak yang belum difahami sepenuhnya oleh Ahli Majlis dan JPP dan tindakan yang perlu dibuat seperti Program Pengasingan Sisa Pepejal diPunca.

Antara tajuk-tajuk ceramah seminar ini yang amat berkaitan ialah seperti berikut :

-#Kepentingan Perancangan Bandar Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
--#Peranan Ahli Majlis Dan JPPP Dalam Memperkasakan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Rakyat
-#Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal.
-#Ceramah Motivasi bertajuk 'Be A Better Version Of You'

Memang bersesuaian tajuk-tajuk ceramah ini. Saya amat  berharap kesan dari seminar ini akan dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan ahli majlis dalam menerajui perancangan dan pembangunan PBT TP HT Kulim. Di peringkat Ahli Majlis dan JPP , mereka patut tampil dihadapan menerajui apa sahaja dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Sebagai sebuah PBT, tentunya isu-isu kebersihan, perkhidmatan bandar, isu alam sekitar dan isu-isu perbandaran ,  perumahan dan perancangan pembangunan menjadi tumpuan kerajaan. Banyak dasar dan perancangan yang dibuat oleh kerajaan adalah bagi mengatasi masalah-masalah perbandaran. Sebab itu saya kata Ahli Majlis / JPP kena tampil untuk membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan berkaitan dan juga mencari jalan menyelesaikannya. Bukannya menjadi badan pendesak pula pada PBT seolah-olah mereka seperti pembangkang.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Bhg Kerajaan Tempatan  Negeri Kedah dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, selain INSPIN sebagai urusetia pelaksana.

* Catatan mengenai JPP boleh dilayari catatan blog saya ini, klik saja kat sini :  http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/jawatankuasa-perwakilan-penduduk-jpp.html

Terima Kasih,  jumpa lagi
Asri Redha
Teratak Kasih...................


Pegawai Kanan KPKT
# Dato' Halimi,  Timbalan KSU KKBPKT
# Ismail b. Mokhtar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sunday 8 November 2015

KEMESRAAN TERJALIN MELALUI PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 08 November 2015
Tempat: PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim

Assalaamualaikum WRT buat sahabat-sahabat blog saya ini dan Selamat Siang.. Hari ini saya sehari suntuk berada di PBT-TP-HTK. Banyak kerja boleh selesai hari ini.  Pada masa yang sama anak-anak buah saya sibuk dengan Program Kacau Bubur Asyura. Tak habis-habis lagi dengan Bubur Asyura. Merata tempat kita dengar dan lihat pelbagai agensi, ngo dan komuniti kampong dan taman mengator program menyediakan bubur asyura. Ada setakat sekawah, ada yang berkawah-kawah.. ikut kemampuan masing-masing dan ramainya ahli dalam komuniti itu.

Sebenarnya secara kebetulan sahaja untuk mengadakan program ini di opis kerana sebelum ini memang jabatan saya sudah bersiap sedia untuk terlibat dengan Program Bubur Asyura Perdana Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar yang sepatutnya diadakan minggu lepas, tetapi telah dibatalkan disaat-saat akhir. Niat dan kesungguhan tu sudah ada, jadi saya rasa bermanafaat juga jika program ini diteruskan juga  diperingkat jabatan saya.. ok juga..

Selalu kita dengar orang buat bubur asyura ini pada setiap 10 Muharram. Adakah ia ada apa-apa kaitan dengan program keagamaan. Ini yang selalu dipertikaikan ramai orang dan menjadi polemik yang tidak berkesudahan, kerana selalu sangat dibincang dalam pelbagai forum dan media.  

Asyura itu sendiri adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud ke 10. Dok dengar cerita asal usul ni macam-macam. Ada setengah kitab kata bubur asyura ini ialah kejadian di Bahtera Nabi Noh AS.. di mana selepas berlaku banjir besar waktu itu, Nabi Noh AS telah mengarahkan supaya segala bahan-bahan mentah makanan yang masih ada dikumpulkan dan digaulkan sekali dan dimasak. Kebanyakan yang masih ada waktu itu ialah tepong, garam, gula dan segala macam kacangan seperti kacang poi, kacang hijau dan sebagainya. Sebab itulah kot bubur asyura tu banyak kacangan. k
Katanya kena bagi ada 10 jenis bahan campuran, baru dinamakan Bubur Asyura.. tu dia sampai
macam tu.

Satu lagi cerita, 10 Muharram juga merupakan hari dimana Nabi Musa AS diselamatkan oleh Allah SWT dari kekejaman Raja Fir'aun dimana Fir'aun telah ditenggelamkan oleh air laut. Kaum Yahudi menyambut 10 Muharram ini sebagai hari raya depa kerana terselamatnya Nabi Musa AS. Jadi mereka berpuasa pada 10 Muharram. Yang ni depa tak cerita pula buat Bubur Asyura tak..

Rasulullah SAW juga telah berpuasa sunat pada 10 Muharram. Untuk membedakan agar tidak disamakan dengan Kaum Yahudi ini telah ditambahkan satu lagi puasa sunat iaitu pada 09 Muharram.  Sepertimana maksud Hadis .. Sesiapa yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ini, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa pada tahun sebelumnya. Besar ganjarannya tu. Yang ini hadis shahih dan kita boleh amalkan setiap tahun.

Satu lagi yang seringkali dikaitkan dengan 10 Muharram ini ialah Kaum Syiah melakukan ritual meratapi kematian Saidina Husain b. Ali .. Cucu Rasulullah SAW yang didakwa oleh pengikut Syiah ini mati dibunuh oleh Yazid b. Muawiyah di Karbala. Mereka akan mendera diri sendiri dengan macam cara, tapi yang penting ritual ini memang menyakitkan dan menyeksakan.

Oklah panjang pula cerita fasal Sejarah Asyura... bagi saya tak payahlah  nak kaitkan dengan program Bubur Asyura ini dengan segala peristiwa diatas tu.. Bagi saya tidak ada apa2 kaitan dengan keagamaan pun. sebab itu kita tidak buat pun pada 10 Muharram.. Atur hari lain pun tidak ada masalah.. Luar bulan Muharram pun tidak ada masalah... Apa yang penting ialah program ini dibuat adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama kakitangan, menambahkan lagi kebajikan anggota dan pahala  dengan bersedekah makanan yang dimasak kepada anak-anak yatim, jiran2, sahabat2 dan sebagainya, menambahkan lagi rasa kasih sayang sesama insan,  menggalakkan perpaduan kaum yang lebih erat dan segala macam perkara-perkara baik2 belaka yang boleh kita perolehi hasil dari program seperti ini.

Terima kasih kepada semua anak-anak buah yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Ditambah lagi dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis PBT, wakil  jabatan-jabatan , pihak NGO, Pihak Industri sekitar PBT ini, Para Sukarelawan, sahabat2  dan semuanya yang turut sama menjayakan penyediaan bubur asyura ini. Suka sangat saya tengok depa semua dok buat kerja dari awal sampai selesai.. rajin-rajin belaka. Masa yang ada itu juga digunakan untuk berkenal mesra dengan semua yang datang dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Saya tak tolong sangat.. tumpang kacau depa sahaja.. dan tumpang makan... lepas tu ambil gambar tunjuk kata saya sibuk  buat kerja juga.. he.. hee..hhe

Ok lah.. saya rasa cukup sampai kat sini.. dah malam ni.. nak kena balik AS.. Nasiblah duduk jauh-jauh begini kena memandu seorang diri balik Alor Setar. Memang tersangat letih, Besok pagi ada meeting lagi kat Alor Setar. Kalau tidak pakai tidor kat sini saja... Sampai jumpa lagi... Al Fatihah,, aamiin.

.

Monday 2 November 2015

Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.. Sekadar Peringatan Untuk Semua....

Catatan: Mohd Asri Redha



Setiap bulan anak-anak buah saya tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran.. Tidak kira la buat kecik atau besar... yang penting kek tu tetap ada juga.. Makan-makan tu ada juga.

Sebenarnya yang lebih penting ialah program seperti ini telah dapat meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan atau anggota kerja PBT ini,  Rasa kemesraaan, ambil berat  dan kasih sayang sesama anggota yang ujud dalam organisasi akan dapat meningkatkan lagi kegembiraan staf, keseronokan untuk bekerja dan seterusnya akan dapat meningkatkan lagi produktiviti jabatan. Itulah yang saya amat harapkan.. Insya Allah.  Moga program ini dapat diteruskan sampai bila-bila...

Disamping itu  ia dapat mengingatkan  diri sendiri, bahawasanya masa begitu cepat berlalu. Ia tidak menunggu dan ditunggu. Ia tetap berlalu. Masa yang masih ada ini hendaklah dipergunakan sewajarnya untuk kerja dan perbuatan yang berfaedah., baik buat diri sendiri, untuk keluarga, untuk jabatan kita, untuk bangsa, untuk agama, untuk negeri dan untuk negara.  Masa yang masih berbaki inilah untuk diri sendiri pulun mengaut segala modal untuk dibawa dialam baqa dan alam akhirat nanti.  Amatlah rugi pada yang membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang memberi faedah. Apatahlah lagi masa yang ada itu digunakan untuk kerja dan perbuatan yang melanggari segala hukum hakam  Allah SWT... Peringatan ini khusus untuk diri sendiri juga untuk sahabat-sahabat sekalian.. 

Al Fatihah.. aamin

Sunday 1 November 2015

PERBELANJAAN YANG TIDAK PERLU JIKA KITA BERDISIPLIN MEMANDU....

Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 02 November 2015



Kejadian kemalangan di Leboh Raya BKE-Baling, Jalan masuk BKE - Hi Tech.. pada 01 November 2015. Tiang itu bukan
kacau sesiapapun. Tapi itulah namanya kemalangan . tak dijangka.. Mungkin kecuaian atau mungkin juga pemandu lain yg cuai.. Pokoknya kesan daripada kemalangan itu, sepanjang jalan itu bekalan elektriknya terputus. Kelam la kawasan itu pada waktu malam kerana lampu jalan tidak menyala. Orang awam sudah 'complaint'.. Ini yang kebanyakan orang awam tidak begitu menyedari bahawa antara kos-kos terbesar sesebuah PBT adalah untuk penyelenggaraan keerosakan seperti ini.. Kabel tersebut terpaksa di ganti atau disambong balik, tiang tersebut terpaksa ditempah yang baru.. Bukan sikit belanjanya... Sebagai sebuah PBT bertanggungjawab kenalah juga perbaikinya walau setinggi mana kosnya...




Ini satu lagi kejadian kemalangan jalan raya, sebuah bas kilang tak fasal-fasal melanggar tiang lampu isyarat yang berdiri setia tak kacau sesiapapun. Malahan berkhidmat dengan penuh bertanggungjawab mengawal lalulintas. Tempat kejadian ialah di lampu isyarat jalan KHTP 16.   Apalah salahnya sampai dilanggar begitu . Mungkin kecuaian pemandu atau kecuaian pemandu lain.. Apa2pun ianya amat menyusahkan pengguna, kerana pemandu terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Aduan awam pun telah diterima.. Lagi kos yang terpaksa ditanggung oleh PBT... Kos membaiki lampu isyarat memang tinggi. Habis duit kat situ saja sedangkan wang tersebut kita boleh gunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.
  
Dalam tempoh tidak sampai sebulan  sudah 2 kemalangan yang melibatkan kerosakan harta awam.. Jenuhlah PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim kalau kerap sangat berlaku kemalangan seperti ini.. 



PESANAN SAYA: Berhati-hatilah semasa memandu. Banyak sangat saya dapati kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian sahaja seperti menggunakan telefon semasa memandu, tidak berdisiplin dengan melanggar lampu isyarat.. dan macam-macam lagi la kesalahan semasa memandu kenderaan..   nak tau lanjut fasal tabiat orang- orang kita memandu kenderaan.. boleh ikuti catatan-catatan  saya dalam blog ini ....

http://semangatjati.blogspot.my/2009/08/tabiat-buruk-orang-kita-di-atas-jalan.html