Sunday, 8 November 2015

KEMESRAAN TERJALIN MELALUI PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 08 November 2015
Tempat: PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim

Assalaamualaikum WRT buat sahabat-sahabat blog saya ini dan Selamat Siang.. Hari ini saya sehari suntuk berada di PBT-TP-HTK. Banyak kerja boleh selesai hari ini.  Pada masa yang sama anak-anak buah saya sibuk dengan Program Kacau Bubur Asyura. Tak habis-habis lagi dengan Bubur Asyura. Merata tempat kita dengar dan lihat pelbagai agensi, ngo dan komuniti kampong dan taman mengator program menyediakan bubur asyura. Ada setakat sekawah, ada yang berkawah-kawah.. ikut kemampuan masing-masing dan ramainya ahli dalam komuniti itu.

Sebenarnya secara kebetulan sahaja untuk mengadakan program ini di opis kerana sebelum ini memang jabatan saya sudah bersiap sedia untuk terlibat dengan Program Bubur Asyura Perdana Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar yang sepatutnya diadakan minggu lepas, tetapi telah dibatalkan disaat-saat akhir. Niat dan kesungguhan tu sudah ada, jadi saya rasa bermanafaat juga jika program ini diteruskan juga  diperingkat jabatan saya.. ok juga..

Selalu kita dengar orang buat bubur asyura ini pada setiap 10 Muharram. Adakah ia ada apa-apa kaitan dengan program keagamaan. Ini yang selalu dipertikaikan ramai orang dan menjadi polemik yang tidak berkesudahan, kerana selalu sangat dibincang dalam pelbagai forum dan media.  

Asyura itu sendiri adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud ke 10. Dok dengar cerita asal usul ni macam-macam. Ada setengah kitab kata bubur asyura ini ialah kejadian di Bahtera Nabi Noh AS.. di mana selepas berlaku banjir besar waktu itu, Nabi Noh AS telah mengarahkan supaya segala bahan-bahan mentah makanan yang masih ada dikumpulkan dan digaulkan sekali dan dimasak. Kebanyakan yang masih ada waktu itu ialah tepong, garam, gula dan segala macam kacangan seperti kacang poi, kacang hijau dan sebagainya. Sebab itulah kot bubur asyura tu banyak kacangan. k
Katanya kena bagi ada 10 jenis bahan campuran, baru dinamakan Bubur Asyura.. tu dia sampai
macam tu.

Satu lagi cerita, 10 Muharram juga merupakan hari dimana Nabi Musa AS diselamatkan oleh Allah SWT dari kekejaman Raja Fir'aun dimana Fir'aun telah ditenggelamkan oleh air laut. Kaum Yahudi menyambut 10 Muharram ini sebagai hari raya depa kerana terselamatnya Nabi Musa AS. Jadi mereka berpuasa pada 10 Muharram. Yang ni depa tak cerita pula buat Bubur Asyura tak..

Rasulullah SAW juga telah berpuasa sunat pada 10 Muharram. Untuk membedakan agar tidak disamakan dengan Kaum Yahudi ini telah ditambahkan satu lagi puasa sunat iaitu pada 09 Muharram.  Sepertimana maksud Hadis .. Sesiapa yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ini, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa pada tahun sebelumnya. Besar ganjarannya tu. Yang ini hadis shahih dan kita boleh amalkan setiap tahun.

Satu lagi yang seringkali dikaitkan dengan 10 Muharram ini ialah Kaum Syiah melakukan ritual meratapi kematian Saidina Husain b. Ali .. Cucu Rasulullah SAW yang didakwa oleh pengikut Syiah ini mati dibunuh oleh Yazid b. Muawiyah di Karbala. Mereka akan mendera diri sendiri dengan macam cara, tapi yang penting ritual ini memang menyakitkan dan menyeksakan.

Oklah panjang pula cerita fasal Sejarah Asyura... bagi saya tak payahlah  nak kaitkan dengan program Bubur Asyura ini dengan segala peristiwa diatas tu.. Bagi saya tidak ada apa2 kaitan dengan keagamaan pun. sebab itu kita tidak buat pun pada 10 Muharram.. Atur hari lain pun tidak ada masalah.. Luar bulan Muharram pun tidak ada masalah... Apa yang penting ialah program ini dibuat adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama kakitangan, menambahkan lagi kebajikan anggota dan pahala  dengan bersedekah makanan yang dimasak kepada anak-anak yatim, jiran2, sahabat2 dan sebagainya, menambahkan lagi rasa kasih sayang sesama insan,  menggalakkan perpaduan kaum yang lebih erat dan segala macam perkara-perkara baik2 belaka yang boleh kita perolehi hasil dari program seperti ini.

Terima kasih kepada semua anak-anak buah yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Ditambah lagi dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis PBT, wakil  jabatan-jabatan , pihak NGO, Pihak Industri sekitar PBT ini, Para Sukarelawan, sahabat2  dan semuanya yang turut sama menjayakan penyediaan bubur asyura ini. Suka sangat saya tengok depa semua dok buat kerja dari awal sampai selesai.. rajin-rajin belaka. Masa yang ada itu juga digunakan untuk berkenal mesra dengan semua yang datang dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Saya tak tolong sangat.. tumpang kacau depa sahaja.. dan tumpang makan... lepas tu ambil gambar tunjuk kata saya sibuk  buat kerja juga.. he.. hee..hhe

Ok lah.. saya rasa cukup sampai kat sini.. dah malam ni.. nak kena balik AS.. Nasiblah duduk jauh-jauh begini kena memandu seorang diri balik Alor Setar. Memang tersangat letih, Besok pagi ada meeting lagi kat Alor Setar. Kalau tidak pakai tidor kat sini saja... Sampai jumpa lagi... Al Fatihah,, aamiin.

.

No comments:

Post a Comment