Monday, 2 November 2015

Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.. Sekadar Peringatan Untuk Semua....

Catatan: Mohd Asri Redha



Setiap bulan anak-anak buah saya tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran.. Tidak kira la buat kecik atau besar... yang penting kek tu tetap ada juga.. Makan-makan tu ada juga.

Sebenarnya yang lebih penting ialah program seperti ini telah dapat meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan atau anggota kerja PBT ini,  Rasa kemesraaan, ambil berat  dan kasih sayang sesama anggota yang ujud dalam organisasi akan dapat meningkatkan lagi kegembiraan staf, keseronokan untuk bekerja dan seterusnya akan dapat meningkatkan lagi produktiviti jabatan. Itulah yang saya amat harapkan.. Insya Allah.  Moga program ini dapat diteruskan sampai bila-bila...

Disamping itu  ia dapat mengingatkan  diri sendiri, bahawasanya masa begitu cepat berlalu. Ia tidak menunggu dan ditunggu. Ia tetap berlalu. Masa yang masih ada ini hendaklah dipergunakan sewajarnya untuk kerja dan perbuatan yang berfaedah., baik buat diri sendiri, untuk keluarga, untuk jabatan kita, untuk bangsa, untuk agama, untuk negeri dan untuk negara.  Masa yang masih berbaki inilah untuk diri sendiri pulun mengaut segala modal untuk dibawa dialam baqa dan alam akhirat nanti.  Amatlah rugi pada yang membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang memberi faedah. Apatahlah lagi masa yang ada itu digunakan untuk kerja dan perbuatan yang melanggari segala hukum hakam  Allah SWT... Peringatan ini khusus untuk diri sendiri juga untuk sahabat-sahabat sekalian.. 

Al Fatihah.. aamin

No comments:

Post a Comment