Tuesday 5 July 2016

Pegawai 'Multi Tasking'

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Ramadhan 1437

Assalaamualaikum.. WRT..  Hari ini saya sempat buat beberapa catatan berkenaan aktiviti jabatan saya..  Ya la... hari terakhir puasa masih lagi dok tercangak kat opis ... urusan dengan orang awampun tak ada sapa pun datang. Sebab itu saya ada banyak masa untuk menulis catatan-catatan tersebut. Ada juga bergunanya untuk saya dan jabatan saya.



Bagi sebuah jabatan yang tidak sebesar mana seperti jabatan saya ini, pegawai-pegawai yang bertugas tidak boleh sangat diberi pengkhususan tugas. Kalau pengkhususan tugas dibuat sudah tentu memerlukan pegawai yang ramai sedangkan sesuatu tugas itu ada bebanan tugas yang tidak sebanyak mana. Kalau ini berlaku maka akan berlakulah pembaziran tenaga kerja yang ada dan kos pengurusan yang tinggi. Lainlah kalau jabatan itu besar  dan beban tugas yang terlalu banyak untuk sesuatu tugasan maka wajar diadakan pegawai yang khusus untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dalam dunia perniagaan dan dalam dunia korporat pun saya rasa amalan memberi pelbagai tugas kepada setiap pekerja mereka sudah lama diamalkan oleh mereka. Contohnya seperti TNB...  seorang juruteknik bukan sahaja bertugas sebagai juruteknik tetapi beliau juga membawa kenderaan jabatan untuk ketempat beroperasi... Jadi tidak ada keperluan pemandu khas lagi untuk sebuah kenderaan. Ini boleh menjimatkan tenaga kerja dan produktiviti jabatan tidakpun berkurangan malahan dapat mengurangkan kos operasi.

Dalam sektor awam ini, amalan ini agak kurang dipraktikkan, tetapi sejak kebelakangan ini sudah ada perubahan dan pegawai yang 'multi tasking' ini banyak dipraktikkan dimana perlu. Namun begitu penerimaannya agak lambat diterima, terutama oleh pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat secara pengkhususan tersebut.  Mereka sukar untuk menerima tugas-tugas lain selain tugas hakiki yang dilaksanakan selama ini... Mungkin pegawai baru dilantik boleh diberi tanggungjawab 'multi tasking' tersebut kerana ia baru bertugas dan boleh ditetapkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun tindakan perlu dimulakan, dan soal penerimaan itu pihak pengurusan kena lihat kemajuannya bagaimana  dan pelan tindakan selanjutnya.













e

Sebab itulah saya telah menganjurkan satu kursus berkaitan dengan Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Undang-Undang Di Bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai teknikal dan penguatkuasa berkenaan prosedur dan tindakan undang-undang yang boleh diambil dibawah Akta tersebut... Seperti mana jabatan saya adalah tidak berbaloi melantik seorang  Penolong Jurutera khusus untuk membuat pemeriksaan bangunan tambahan dalam kawasan PBT ini dengan bilangan rumah yang ada.  Pegawai teknikal lain juga boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan awal apa-apa binaan tambahan tanpa kebenaran.

Untuk mengetahui samada itu merupakan satu kesalahan atau tidak maka kursus seperti inilah yang dapat menerangkan  dengan lebih lanjut akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan borang-borang saman terrtentu boleh dikeluarkan kepada pemilik rumah untuk menghentikan kerja binaan atau memohon mereka memasukkan pelan permohonan bangunan tambahan kepada PBT untuk pertimbangan dan kelulusan... Itulah hasrat dan harapan saya.. Sebab itu pegawai penguatkuasa PBT yang sedia ada pun boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan bangunan-bangunan tambahan tanpa kebenaran tersebut semasa mereka membuat rondaan dikawasan perumahan dan sebagainya. Yang penting mereka tahu apa kesalahan yang telah dilakukan.. Untuk tahu mereka perlu menghadiri kursus yang boleh menerangkannya secara basic.










A

Alhamdulillah..  kursus ini telah berjaya diadakan pada 30 Mei 2016 di Bilik Seminar Business Centre, Kulim Teknology Park Corporation dimana seramai 38 orang peserta telah hadhir kursus ini. Jabatan juga telah menjemput peserta PBT lain untuk sama-sama mengikuti kursus ini dengan percuma sebagai sumbangan jabatan. Penceramah yang berkelayakan dan berpengalaman iaitu Puan Aminah Abdul Rahman Pengarah Bhg Penyelidikan dan Perundangan Teknikal JKT, En Ahmad Nasyruddin b. Ismail Pengarah Bangunan MPSP dan Pn Siti Rahmah Md Yusof Pen Pengarah MPSP,

Saya mengharapkan kursus seperti ini akan memberi manafaat kepada semua peserta terlibat terutama anak-anak buah saya.. Tindakan susulan seterusnya perlu lebih kepada praktikal pelaksanaan penguatkuasaan dalam kawasan PBT-TPHTK ini.. itu yang penting pada saya.

Sekian, jumpa lagi.. sudah lewat petang ni.. saya sudah mahu berangkat pulang kerumah.. ketemu lagi.





Monday 4 July 2016

SUMBANGAN KUEH RAYA UNTUK MENGERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM ..... iNGATAn iKHLAs PBT TPHTK ATaS kErJa bUAT sETiaP AnggOTa

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 05 Julai 2016


Assalaamualaikum ...WRT.  Masih lagi dalam mood perayaan.. Tahun ini murah dan meriah sungguh dengan kuih raya..  amalan bertukar-tukar kuih raya dan pemberian kuih raya memang diamalkan sejak sekian lama lagi. Ini adalah sebagai satu tanda ingatan persahabatan yang baik dan kasih sayang yang berpanjangan serta juga menunjukkan kemakmuran negara kita yang amat disayangi ini....  

PBT-TPHTK juga tidak ketinggalan menghargai semua anggota kakitangan dan juga semua Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PBT-TPHTK dengan menyediakan hamper kuih raya kepada mereka. Jadi nampaknya tak perlulah banyak sangat beli tambah kuih raya tahun ini... 


Saya mendoakan semua anak-anak buah saya dan sahabat-sahabat dalam Jawatankuasa Tertinggi PBT-TPHTK  berada dalam keadaan sihat walafiat dan juga sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun akan lebih meriah lagi. Lupakan segala sengketa dan marilah kita berbaik-baik sesama insan.

Salam sayang untuk semua.. Saya mohon ampun dan maaf jika sepanjang saya bertugas disini perbuatan saya, kelakuan saya, tingkah laku saya, percakapan saya yang banyak membuatkan sesiapa saja terasa dihati, terguris hati , kecik hati, kecewa dan segala macam yang negatif. Tidak ada niat sama sekali untuk bersengketa dengan sesiapa hanya sekadar menjalankan tanggungjawab dan hendak berbaik-baik dengan semua orang... Dunia ini hanya sementara sahaja.. kenapa kita perlu gundah gulana untuk berkelahi dan berburuk sangka dengan sesama insan... Ia tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada diri yang kelak nanti akan mengadap Allah SWT juga..... Al Fatihah.. aamiin







Serahan hamper kuih raya pada AJK Tertinggi PBT-TPHTK oleh YDP PBT-TPHTK








Sebahagiaan dari anggota PBT-TPHTK yang menerima hamper dari 
Tuan Setiausaha PBT-TPHTK  en.Zulzuraidi.

EKSA UNTUK KESELESAAN DAN KESERONOKAN BEKERJA .. Bukan Seksa

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 05 Julai 2016

Assalaamualaikum WRT... buat sahabat2 dan semua Selamat Tengahari .. Juga 'Selamat Berpuasa'. Hari ini kira hari terakhir umat Islam berpuasa dalam  bulan Ramadhan.. Besok baru boleh ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Macam yang saya cerita sebelumnya ... minggu ini kira apa-apa pun fasal raya menjadi topik asas... lepas tu dia rendang-rendang cerita yang pelbagai... betul tak.... Sambil2 menaip mata perhati jua TV yang terpasang dan dengar apa yang diberitakan..  Saat2 kita akan menyambut Hari Libaran besok hari , semalam dapat berita Pengeboman di Kota Mekah dan Madinah. Saya mendoakan insiden seperti ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin oleh pihak Keselamatan Arab Saudi,,  Kalau tempat-tempat suci seperti ini sudah mula dicerobohi dan keselamatan tidak lagi terjamin, susahlah nanti umat Islam hendak mengerjakan Haji dan Umrah.



Saya masih lagi kat opis... sunyi sungguh.. pelanggan pun tak teringin nak mai opis.. Staf pun banyak dah yang bercuti... itulah mood perayaan besar-besar ni... Hari ini saya nak sambung lagi cerita berkenaan aktiviti-aktiviti pejabat saya dalam bulan puasa ni..

Kalau tengok tajuk mula catatan ini kalau kita tambah S didepan EKSA dia jadi SEKSA..  tapi bukan itu maksud sebenarnya.. EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam... Apa tu.. ianya sebenarnya merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntuk dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Jadi konsep 5 S iaitu, Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang diperkenalkan oleh Jepun bukanlah suatu perkara yang bagi orang Malaysia terutamanya Penjawat Awam. Perkara yang membezakan 5S yang dahulu dengan EKSA ini ialah elemen baru yang ditambahkan dalam EKSA iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Yang Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

Saya melihat kepada produktiviti sesebuah jabatan itu secara keseluruhan. Bagi saya jika persekitaran tempat kerja kita yang baik, bersih, tersusun, selesa ianya amat berkait rapat dengan peningkatan produktiviti.

Sebab itu saya amat berminat untuk melaksanakan program ini di jabatan saya ini memandangkan ianya belum lagi bermula dan Program 5S pun tidak ada lagi. Semasa saya di Majlis Bandaraya Alor Setar,  Program ini telah berjalan dengan baik dan  telah 2 kali memperolehi Sijil 5S yang dikeluarkan oleh pihak NPC. Kesan dari pengiktirafan itu dan  Program 5S yang diamalkan, tidak dapat dinafikan lagi MBAS telah banyak berubah dari segi peningkatan produktiviti setiap unit dan bahagian yang ada... Sebab itu saya  rasa jabatan yang saya terajui ini juga perlu ada Program 5 S dan sekarang ini dipanggil EKSA.

Sebagai usaha untuk mendedahkan anak-anak buah saya tentang konsep EKSA dan isi kandungan aktiviti EKSA ini , satu kursus pemahaman perlu diadakan dan disampaikan oleh orang yang mahir dalam bidang ini. Untuk itu pada 27 Jun 2016 satu Kursus dalaman  EKSA ini telah diadakan di pejabat dan diberi taklimat oleh en. Norshuhaidy dari  Intan Wilayah Utara.

Banyak maklumat yang diberikan dan panduan-panduan berguna diperturunkan kepada semua anak buah saya untuk tujuan mula bergerak kearah Pensijilan EKSA ini. Saya berharap langkah permulaan ini akan membuahkan hasil yang terbaik dan seterusnya PBT TPHTK ini akan menjadi pejabat yang amat selesa dan seronok untuk bekerja serta pelanggan yang datang pun terasa amat selesa dan seronok bila berurusan di PBT TPHTK ini.,, Sama-sama kita doakan..









































Sessi Latihan ke 2  EKSA : 17 Oktober 2016.






Tarikh : 19 Oktober 2016 
Pelancaran Bermulanya EKSA PBT TPHTK.. 

h






SYUKUR SELALU..... Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul.. Kita kurangkan sikit berat mereka ini..

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 04 Julai 2016

Assalaamulaikum WRT...  dan Selamat Siang..  Hari ini banyak orang dalam 'mood' perayaan...  Nak buat kerja pun macam tak berapa nak lajak.. sembang pi sambang mai.. dia nak pi kepada topik raya juga... tak kiralah persiapan raya ka, balik kampong ka, kueh raya ka.. daging murah ka. baju raya kaa.. duit raya ka.. dan segala macam berkaitan raya..  macam-macam cerita boleh sembang fasal tajuk raya.. Tak apa lah.. biarlah .. sayapun tak kuasa nak campur lebih-lebih fasal perbincangan raya ni.. tak boleh nak halang kalau anak buah nak sembang fasal raya..  boleh dikatakan satu negara dok kalut fasal raya... semua group whatsapps pun dok cerita fasal raya... macam2 depa ayat2 menarik yang kadang lawak juga dan kadang2 amat berguna yang kita tidak terperasan pun terutama panduan balik ke kampong apa yang perlu disedia, dibawa, dimengerti dsbgnya.

Saya masih terperap lagi kat bilik ni.. dah selesai temujanji dengan beberapa orang pelanggan yang berurusan, saya pun tak berapa nak ada mood juga... so daripada masa berlalu begitu sahaja lebih baik saya menulis sikit dalam blog yang agak lama saya tinggalkan ini...







Ok.. kita cerita fasal aktiviti saya di PBT inilah...  Memang menjadi trend sekarang ini bila masuk bulan Ramadhan sahaja kita lihat banyak aktiviti-aktiviti kebajikan dilaksanakan baik oleh orang perseorangan dan juga agensi atau NGO. Bagi saya ini saty perkembangan yang baik cuma kalau boleh janganlah tunggu dalam bulan Ramadhan sahaja nak buat kebajikan, bulan-bulan lain pun kena buat juga kerana orang yang memerlukan bukan sahaja dalam bulan Ramaan sahaja. Tapi itulah bersedekah dan berbuat kebajikan ini dalam bulan Ramadhaan ini ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan berlipat kali ganda.  Sebab itu bagi orang yang mengerti , mereka berlumba-lumba berbuat kebajikan dan bersedekah selain amal-amal ibadat lainnya.







Bagi jabatan saya di PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBTTPHTK) ini juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama membantu golongan orang susah dan kurang berkemampuan yang ada disekitar Daerah Kulim ini. Saya mendoakan apa yang dibuat ini akan diberikan ganjaran yang terbaik kepada organisasi saya yang seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pelanggan .

Dengan 'Syukur Selalu sebagai trademark yang diambil yang nak sama juga dengan TV 3.. tak apalah kut.. bukan curi hakcipta ... 3 program telah diatur oleh anak-anak buah saya . Program tersebut ialah memberi bantuan peralatan menyambut raya kepada anak-anak murid yang keluarganya kurang berkemampuan dan memberi bantuan barangan dan pakaian kepada warga tua di Rumah Cahaya Sg Tengas.

Saya sendiri bersama-sama anak buah terlibat secara langsung membawa budak2 tu 'bershoping' di Pasaraya Mydin.. Baru kita tahu mereka ni tak pernahpun memanjat pasaraya seperti ini , dan ada yang kata tak terfikir lagi nak sambut raya macam mana, sebab keluarga meeka kurang berkemampuan.. malahan ada yang tinggal dengan penjaga saudara terdekat sahaja. Mereka jadi kekok nak beli dan terpaksa dipandu oleh anak-anak buah saya yang mengiringi mereka. 

Bagus juga pilih peserta  cara ni.. kita tak ambil terus dari rumah anak-anak yatim  kerana dirumah kebajikan seperti itu mereka sentiasa menjadi tumpuan  pelbagai orang dan agensi yang datang memberi bantuan baik dalam bentuk kewangan, berbuka puasa dan juga barang-barang. Peserta yang  anak buah saya pilih ni adalah yang duduk dikampong-kampong pendalaman dan adakalanya mereka ini tertinggal dalam menerima bantuan-bantuan. Berasa puas bila dapat tengok anak-anak ni dapat pakaian yang dipilih sendiri oleh mereka dan ada sebahagian anak-anak buah saya mengeluarkan belanja sendiri untuk mencukupkan belian peralatan sambut raya aidil fitri yang akan datang.




Selain kepada kanak-kanak ,  jabatan saya juga memberi perhatian kepada golongan warga emas.. Di Daerah Kulim ada satu tempat perlindungan buat warga-warga emas yang kurang mampu , ketiadaan saudara dan juga ditinggalkan oleh keluarga. Kita yang masih berada dan mampu ini kena patut 'Syukur Selalu' akan nikmat yang kita terima ini. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Itulah yang dapat saya rasai sendiri apabila melawat ke Rumah Cahaya Sg Tengas, Kulim.Mereka meniti usia tua dan  menghabiskan baki sisa hayat yang masih disini  tanpa saudara dan keluarga disisi. Kalau ada keluargapun, mereka tidak mampu untuk menyara ibu atau bapa yang sudah tua ini, Mereka hanya bergantung kepada elaun bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ihsan dari orang ramai yang bersimpati  untuk penyambung kehidupan mereka. 

Sedih memikirkan kehidupan mereka ini yang keseorangan diusia tua mereka tanpa sesiapa disisi hanya kawan senasib. Sumbangan diberi tidaklah sebeberapa,, tapi amat besar nilai dan makna kepada mereka. Mereka masih memerlukan lagi bantuan seperti kuih raya, baju raya dan wang belanja..

Itulah diantara beberapa tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh PBTTPHT ini sepanjang bulan Ramadhan ini dalam memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, walaupun kegembiraan itu mungkin hanya seketika, namun sekurang-kurangnya sambutan raya tahun tidaklah terlalu sedih sangat pada mereka.. Semoga apa yang dibuat ini mendapat keredhaan Allah SWT.

Ok itu sahaja... saya permisi dulu.. ..  Pesan saya kepada diri saya kalau kita ada rezeki lebih, hulur-hulurkan lah pada yang memerlukan.. Kemewahan yang kita miliki tidak akan kemana..  bersiap sedialah untuk menghadapi hari kematian. jangan bersedih dan terlalu menyayangi segala kenikmatan yang dimiliki didunia, kerana semuanya itu adalah sesuatu yang fana dan tidak berharga. Semuanya tidak berguna kepada kita.. tidak ada yang dapat menolong kita dialam kematian kita melainkan amal soleh kita dan harta yang diguna untuk amalan sedekah jariah kita.