Tuesday 7 June 2016

Promosi Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim... melalui 'FUNDRIDE'

Catatan: Mohd Asri Redha.
Tarikh: 16 Mei 2016

Sehari sebelum majlis dah test basikal baru
Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Malam.... buat sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini.. Agak lama juga saya tidak kemaskinikan berita-berita atau maklumat-maklumat terkini dalam blog ini.. Macam-macam cerita dan peristiwa dah terlepas.. Entah kalut apapun saya tak tahu, Dulu masa saya duduk kat Majlis Bandaraya Alor Setar lagi kalut fasal kerja, tapi banyak juga saya buat catatan dalam blog sebelum ini tanpa ketinggalan,.. Mungkin fasal dok jauh kot .. itu yang malas sikit tu.. Tak apa.. Hari ini saya cuba hilangkan kemalasan saya ini.. saya nak kena tulis juga.. Kalau tak menulis lama kelamaan dia jadi malas  terus dan mandom kata orang. Otak tak boleh nak berfikir kreatif lagi kalau kita biarkan terperap begitu sahaja. Jadi kena fikir, fikir dan fikir dan luahkan dalam catatan-catatan seperti ini.

Kena bersyarah sikit bab-bab kebersihan dan tanggungjawab menjaga kebersihan.
Sedar tak sedar rupanya sudah lebih 20 tahun  Kulim Hi Tech Park ini ujud. 20 tahun tu lama.  20 tahun merupakan satu tempoh yang cukup matang untuk sesebuah organisasi itu menonjolkan dirinya diperingkat tempatan, negeri, nasional dan internasional. Pun begitu rasanya sesuatu perlu dibuat untuk mempromosikan lagi kawasan pentadbiran ini yang berkeluasan 4,883.08 ekar.. Sekarang kawasaan ini sudah hampir tepu dengan pembangunan fizikal dan telah ada usaha meluaskan lagi kawasan KHTP ini hingga fasa 4 dan fasa 5.  Ini menunjukkan bahawa terdapat permintaan tinggi dalam sektor industri untuk membina kilang di KHTP ini.

Kawasan dibawah pentadbiran saya ini telah menjadi contoh terbaik untuk dijadikan petunjuk bagi menggalakkan lebih ramai lagi pelabur dalam negeri dan luar negara datang melabur dan membina kilang mereka di kawasan ini.. Pihak Kulim Technologi Park Corp telah menggerakkan jentera promosinya dengan lebih agresif dalam mencari pelabur-pelabur berpotensi yang terlibat dalam bidang-bidang berteknologi tinggi. Sebagai sebuah PBT sudah tentu akan berusaha mempermudahkan segala urusan berkaitan  dan mempercepatkan segala permohonan pembangunan. Begitu juga bidang penyelenggaraan infrastruktur sedia ada, penyelenggaraan kebersihan kawasan dan parit, landskap dan sebagainya diberi perhatian utama dan terbaik oleh PBT TPHTK ini agar ianya memberi kepuasan kepada penghuni dikawasan PBT  ini.

Start mula dihadapan.. sampai balik dibelakang .... gaya saja lebih,
Sebenarnya catatan saya hari ini adalah nak cerita fasal Program FUNRIDE 2016 Sempena Sambutan Ulang Tahun Kulim Hi-Tech Park ke 20 Tahun. Sekali tengok program itu biasa sahaja iaitu berbasikal santai-santai sahaja. Tapi sebenarnya ini adalah salah satu caranya kita menyambut ulangtahun keujudan KHTP ini selain banyak program-program yang dirancang bersama dengan pihak Kulim Technology Park Corp.

No KoMeN
Melalui program FUNRIDE ini ianya dapat mempromosikan KHTP ini dengan lebih meluas lagi dengan aktiviti berbasikal disekitar kawasan KHTP ini. Sebab itu semua peserta FUNRIDE ini dibawa berbasikal melalui kawasan-kawasan perumahan, kawasan industri, kawasan riadah, kawasan taman awam, kawasan  institusi pendidikan dan kawasan perniagaan. Peserta akan dapat melihat dan menikmati akan keindahan kawasan KHTP ini yang selama ini mungkin hanya mendengar sahaja nama KHTP ini dan ataupun mungkin hanya melalui jalan utamanya sahaja...

Kawasan KHTP ini adalah merupakan salah satu kawasan industri yang terbaik dan terindah di Malaysia yang dijaga dengan begitu baik.. Sekurang-kurangnya orang tahu bahawa disinilah tempat ramai rakyat Malaysia mencari makan, dan merupakan penyumbang yang besar juga kepada hasil pendapatan negara.

Sokongan padu dari pihak E-Idaman yang menghantar team yang
hebat2 diketuai oleh bossnya sendiri Saudara Saiful.
Program ini FUNRIDE ini telah berjaya menarik ramai peminat-peminat berbasikal ini dari serata tempat sehingga dari Selangor, Melaka, Pahang dan lain datang semata-mata nak berbasikal di KHTP ini.. Bukan ada hadiah berpuluh ribu RM pun.. tapi mereka sanggup datang. Saya amat kagum dan amat hargai penglibatan mereka ini.  Lebih 750 peserta telah mengambil bahagian. Saya melihat penganjuran program ini adalah terbaik yang dibuat oleh anak-anak buah saya dimana ianya tlh berjalan lancar  dan mendapat pujian dari pelbagai pihak.

Kawasan KHTP ini akan cuba dijadikan contoh terbaik amalan kitar semula
dan pengasingan sisa pepejal di punca.. walaupun sekarang ni agak kurang
bagus sikit.. kita akan terus berusaha tanpa jemu-jemu... sampai 100%
penduduk dikawasan ini sudah jadi kebiasaan...
Melalu program ini juga PBT bersama E-Idaman telah mempromosikan program Kitar Semula dan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca.

Saya juga telah memberikan sedikit perhatian kepada kepada para peserta tentang sikap dan tanggungjawab insan dimuka bumi ini dalam menjaga alam sekitar agar selesa didiami dan menjaga kebersihan persekitaran kita dengan tidak membuang sampah merata-rata. Saya berkehendakkan kita rasa bersalah teramat sangat kalau buang sampah ditempat tidak sepatutnya dan sebagai warga bumi kita perlu menegur orang-orang yang masih lagi tidak mementingkan kebersihan dengan membuang sampah merata-rata.

 Alhamdulillah selepas program ini saya dapati tidak ada siapa yang membuang sisa-sisa bekas makanan dan lain-lain sampah dipadang dan sebagainya. Boleh pun. Mungkin malu kut sebab saya dah cakap tadi... ya bagi ada rasa malu... baru tidak buat perkara yang memalukan itu iaitu buang sampah ikut suka hati sahaja.  Semuanya menggunakan tong sampah yang disediakan termasuk tong sampah kitar semula yang ditempatkan disitu.. Jadi sebenarnya ini boleh dibuat, tapi kita kena peringatkan selalu.... kadang-kadang manusia ni dia mudah lupa..  Masih banyak berlaku lagi bila habis pasar malam atau pasar sehari sampah berselerakan, selepas ceramah ugamapun buang sampah ditapak, apatah lagi kalau majlis seronok2 hiburan tu.. lagi la banyak buang sampah..  Saya fikir urusetia sesuatu aktiviti kena selalu laung-laungkan berkenaan jangan buang sampah ini... kita kena kutuk orang yang buang sampah merata-rata..


Orang kuat K.I.T.A ..  Saudari Siti Rahmah bersama
Pn. Robi Pengarah JPBDD Kedah
Oklah ..Bagi saya ini merupakan satu cara bagaimana kita hendak menunjukkan bahawa kerja berpasukan yang jika diatur dan disusun betul-betul akan membuahkan hasil yang terbaik. Ini merupakan satu cara yang amat saya harapkan dalam kerja buat anak-anak buah dalam pekerjaan harian di pejabat. Kita tidak boleh ada rasa kedekut tenaga dan masa  dalam bermasyarakat.  Semua pihak ada peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Pada masa yang sama sikap bantu membantu, tidak berkira dalam kerja, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak curi tulang perlu ada dalam diri setiap anggota. Kalau ini boleh kita amalkan lebih banyak lagi program-program besar yang boleh diaturkan untuk kepentingan semua pihak. Semua ini juga kita boleh transformkan dalam kerja harian kita juga.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini samada peserta FUNRIDE sendiri, para tenaga sukarelawan, para penaja besar dan kecik, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang membantu dengan penuh rasa tanggungjawab, dan lain-lain lagi... Jasa anda semua amat dihargai...

Itu sahaja catatan ringkas saya... tak ringkas juga tu.. Panjang berjela juga.. Isi sikit sahaja, goreng sahaja yang banyak. Diharap tak jemu membaca. Kalau jemu tutup saja... habis cerita dan no komen.



Peserta dari pelbagai kaum mengambil bahagian.. suatu suasana yang begitu harmoni.




Menikmati suasana nyaman kehijauan di Taman Awam Parit Bunian....


Hiburan dari Kumpulan Buskers 


Menarik tengok warna-warni peserta. Basikal pelbagai jenis dari yang semurah dan dan paling mahal dan canggih..
pakaian-pakaian yang diperagakan oleh peserta  macam-macam, warna warni dan amat menarik.. suasana ceria 


Semuanya Happy2 belaka.. kan seronok begitu...




Memohon restu  Allah SWT dan  keselamatan semua yang terlibat sepanjang masa berkayuh...




Ini sebahagian Ahli JK Tertinggi PBT TPHTK dah ahli Majlis MDBB pun
hadhir juga.. TQ


Sebahagian anak-anak buah saya yang sempat dirakamkan 

800 orang berkumpul setempat sebelum majlis bermula... 


Puan Robi Boss Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah turut sampai untuk kayuh gerek dia.. Kelihatan
juga Boss E-Idaman Negeri Kedah hadhir sama untuk mengayuh basikal... Yang dok selfie tu ... biasa la sahabat
saya ... segala tempat dia ambil gambar... itulah YB Dato Norsabrina ADUN Bandar Baharu dan Ahli MMK Kedah


Ahli JK Tertinggi PBT TPHTK yang turut hadhir .....Dato' hj Osman Md Aji dan Saudara Wahab

Terima kasih YB Dato' Badrulhisham dan YB Dato' Norsabrina Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudi datang pagi2
ke Majlis FUNRIDE ini dan membuat pelepasan peserta..............


periksa trek laluan dulu sebelum berkayuh sebenar




Kalau tengok kaki ni ..  agaknya macamana dia boleh 
kayuh sampai 26 km malahan lebih lagi rasanya...
Jadi kecacatan bukan satu halangan .... masih aktif 
mengalah yang sihat segar bugar tu tak dak cacat cela


Konferens Pihak Berkuasa Tempatan... Amalan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan ... bertemakan INOVASi

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 00 Mei 1016



Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Pagi sahabat2 blog saya.. Sekarang ni dah mula hujan turun.. sekali dgn angin kuat... pelik sikit cuaca la ni. . kalu kering tu kering sungguh-sungguh. .. sampai masalah pula kekurangan air.. masalah pd pengguna dan sector pertanian serta industri.. Kalau hujan pula hujan sungguh-sungguh sampai banjir kilat. . sampai jadi masalah yg lbh besar pula pd rakyat dan PBT. Bumi sudah marah pada manusia yg tidak lagi menggunakan segala hasil mahsul sumber alam secara lebih lestari.... 

ok.. masa saya tulis ni saya sedang mengikuti Konferen Kebangsaan Anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar dgn MALA ..INOVASI  AMALAN TERBAIK.. Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2016. di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar..

Menarik tajuk  ini dan amat bersesuaian dgn bidang saya yg terlibat dgn PBT ni.. Sebab itu bila dpt surat ni .. saya cepat2 daftar bersama anak buah utk mengikuti Konferen ini kerana ia amat bermanafaat utk PBT dan sesiapa sahaja yg mengerti..

Tapik yang dibicarakan oleh  penceramah juga amat menarik.. nanti saya akan buat sedikit ulasan berkenaan setiap tajuk tersebut..

Prof Dato' Dr AZMI Mohd Lila dari  UPM telah membentangkang satu tajuk yg menarik iaitu.. *Amalan Terbaik Inovasi Dan Penyelidikan Perkhidmatan PBT Bertaraf Dunia*.. .

Kadang2 inovasi yg dihasilkan baik secara sedar atau tidak sedar telah tidak diberi pengikhtirafan dan dieksploitasi sewajarnya. Penceramah telah memberikan suatu pendekatan terbaik bagaimana inovasi blh memberi kesan terbaik kepada sesebuah organisasi... 
Kawan lama saya Dato' Hj Mohd Kamil - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. yang turut hadir
sebagai peserta seminar..

Utk itu beliau telah menggariskan 7 factor yg membolehkan inovasi menjadi amalan terbaik... . Faktor2 tersebut adalah seperti berikut..

Setiap anggota mesti ada 'Pemikiran Inovasi'.. Utk itu kreativiti kena ada disamping setiap anggota ada flexibility. . boleh berkolaborasi.. memberi perhatian yg tinggi kepada usaha2 pembaharuan .. 

Kerajaan juga memberi perhatian kepada *Harta Intelek*  dgn pelbagai Akta diujudkan utk memastikan setiap pencipta inovasi dapat mengambil manafaatnya ... 

Setiap orang tahu *menghargai nilai* sesuatu inovasi.. *impak inovasi* kepada pengurusan dan perkhidmatan PBT.. Sudah tentu *Integriti*,  *kerja berpasukan* dan *kepimpinan* yg padu akan membuahkan inovasi yg terbaik yg blh dijadikan amalan terbaik semua PBT.. Pada akhirnya kecekapan dpt tingkatkan , kos dpt dikurangkan dan sudah tentu segalanya pelanggan PBT juga yang akan mendapat manafaatnya. 


Banyak idea-idea bernas diperolehi dari perbincangan ini
En Nasir Jaafar  COO AIM tlh membentangkan kertas kerja bertajuk Inovasi PBT dan Sektor Awam. Impak Amalan Terbaik Dan Cabaran .... Beliau telah menggariskan 7 bidang inovasi yg boleh diketengahkan... iaitu inovasi dlm bentok produk, inovasi dalam bentok perkhidmatan,  innovasi dalam bentok proses2 kerja, inovasi dlm bentok 'penggunaan teknologi, inovasi dlm 'sale & marketing', inovasi dlm 'management' dan inovasi dlm 'business model'.. 
Perbincangan tidak rasmi dimeja makan bersama dengan
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan, Kerajaan
Temoatan dan Kesejahteraan Bandar 

Dr Bernadia Irawati Tjandradewi.. dr United Cities and Local Government. . Asia Pacific.. ceritakan best practice melalui kerjasama PBT yg berjiran. Banyak faedah jika PBT yg berjiran blh bekerjasama. . terutama dalam
bidang pengangkutan, latihan, keselamatan  dll. beliau juga menunjukkan contoh Smart Community Public Service di Guang Zhou.. seperti Smart Public Center.. promote public spaces for all, .. Street a public spaces.

Seorang lagi penceramah yg telah dijemput khas ialah Mayor of Dumingag Municipality,  Philippines. . Municipality ini tlh mendapat pengikhtirafan One World Winner Award... satu pengikhtirafan diperingkat international. . Bukan itu saja award yg diterima. . banyak lagi award yg diterima yg menunjukkan kehebatan Wilayah ini yg di tadbirkan oleh Mayor June ini... Sebenarnya saya pernah mendengar ceramah dari mayor ini semasa saya mengikuti kursus Leadership Skills kat Asian Institute Management AIM. Blh ikuti catatan saya kat link dibawah ini...  

http://beritakcs.blogspot.my/2015/10/strategic-leadership-course-melahirkan.html

 ada saya cerita sikit fasal mayor dan municipality ini.. Memang hebat dan 'powerful' mayor ini... beliau berjaya membawa pembangunan yg begitu pesat diwilayahnya ini.. samada pembangunan insan.. pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal.


Beliau berjaya meningkatkan pendapatan rakyat nya. . mengurangkan kemiskinan, meningkatkan pendapatan municipality, mengharamkan merokokdi tempat awam, tiada lagi judi haram, penghapusan besar-besaran penggunaan dadah, 'no chemical farming', 'no commercial video karaoke bars', 'no to cock-fighting', 'no to genetically modified organism', and  'no to cellophane as second packing in the public market'..
Tu dia punya banyak mayor ni buat dari awal pentadbirannya dan akhirnya dlm tempoh 9 tahun beliau berjaya melaksanakan sepenohnya. .. Pemilihan mayor ni sebenarnya adalah melalui pilihan raya PBT .. tp rakyat gembira dgn misi dan visinya dan masih memilihnya sebagai Mayor walaupun tempoh penggalnya  sebagai mayor telah tamat.  Rasa macam nak pi melawat tengok wilayah ini.. nak pasti betul ka apa yang dikatakannya itu..  Kalau betul memang hebat... 
Satu topic yg menarik juga ialah berkenaan Penjanaan Ekonomi PBT Dalam Teknologi Solar Untuk Amalan Terbaik Dalam Teknologi Hijau. Ceramah disampaikan oleh Prof. Dr Nasrudin dr Universiti Malaya. Di Malaysia ada lebih kurang 150 industri or agensi yg terlibat dlm bidang solar energy ini. Beliau menerangkan akan kepentingan sumber tenaga baru ini dan bagaimana ianya boleh memberikan kebaikan kepada dunia secara keseluruhannya. PBT boleh memainkan peranan utama dalam menerajui penggunaan teknologi hijau ini seperti penggunaan lampu LED dan menggunakan sumber kuasa dari cahaya matahari untuk menjana pendapatan PBT.
Ok itu saja catatan-catatan ringkas saya berkenaan konferen ini.. secara kesimpulannya saya dapat rumuskan bahawasanya dalam dunia yang bergerak maju dengan pertambahan rakyat yang mendadak, dengan pengurangan sumber alam yang semakin ketara dan terancam sudah tentu pemikiran kreatif dan  berinovasi perlu diberi penekanan dalam menyesuaikan suasana persekitaran yang berlaku. Inovasi boleh membawa kepada pengurangan kos, pengurangan pencemaran, pengurangan penggunaan sumber fizikal alam dan mempermudahkan segala urusan kerja harian... 

Tahniah kepada Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah berjaya menganjurkan konferen yang sebesar ini dengan kerjasama pihak M.A.L.A .  Semoga ianya memberi impak yang baik kepada semua PBT diseluruh negara terutama dalam menghasilkan lebih banyak produk2 inovasi yang boleh dimanafaatkan oleh semua pihak khususnya oleh PBT itu sendiri.

Terima kasih... Jumpa lagi.