Sunday 23 October 2016

Hari Bersukan Untuk Kakitangan PBT TPHTK

Tarikh: 22 Ogos 2016
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam..

Saya sempat tulis dan catat sikit sebanyak aktiviti anak-anak buah saya pada malam ni kerana siang hari tadi masing-masing pakat sibuk bersukan termasuk saya sendiri.. Ada 3 aktiviti sukan yang bertembong pada masa yang sama .. maka terpaksalah saya buat pilihan nak pergi yang mana. Saya tidak sempat join dengan anak-anak buah yang bersukan di Kompleks Sukan KHTP.. satu2nya kompleks sukan yang terbaik disebelah Kulim ini... sebab sudah buat komitmen awal dengan sahabat saya Saudara  Mohd Saiful .. CEO E-Idaman.. yang menganjurkan Tournament Golf tersebut..

Saya amat suka sekali anak-anak buah saya bersukan, kerana terlalu banyak manfaatnya kepada diri sendiri dan juga perhubungan silaturrahim sesama insan... Sayapun sebenarnya bukannya larat sangat untuk bermain gasak-gasak kasar ni..  sesuai dengan umur, tapi itu bukan menjadi penghalang untuk tidak mahu langsung bersukan..  Bersukanlah selagi kita mampu... Badan Sihat Hati Senang.. Tak boleh berlari kita berbasikal, tak boleh berbasikal kita berjalan kaki.. kalau tak boleh apa guna tenaga, kita main dam sahaja lah.. Yang tu tak ada apa kesan pada kesihatan .. Kesan kepada mental saja kot.. dok fikir nak pi Haji macam mana... Pokoknya mahu atau tidak mahu sahaja..  Bukan senang nak melawan dengan kemalasan kita yang terlampau tu. Ada-ada sahaja halangan bila kita nak mula pi bersukan.




Pertandingan Badminton antara kakitangan PBTTPHT
di Kompleks Sukan KHTP Kulim .. nampak macam 
semua  dapat hadiah.. Jadi siapa yang kalah ni....
depa atur lagu mana nii...



Pelancaran FIT Malaysia Pkt Negeri Kedah di
Maktab Perguruan Sultanah Bahiyah, Sungai Petani
Tuan Setiausaha dan Ahli Majlis En Rostam turut
menyertai program ini...


Saya pula  menyertai Tournament Golf anjuran E-Idaman di
Darulaman Golf And Country Club, Jitra.. Seronok nya main golf ni
kerana ianya dapat mengeluarkan peloh dengan banyak  akibat
pergerakan kita sepanjang 18 lubang tu, juga kita dapat berkenalan 
dengan kawan-kakwan baru, dapat goodies pihak penganjur, dan sekali 
sekala dapat juga cabutan hadiah bertuah. Nak dapat hadiah kemenangan tu.. 
tak ada keupayaan lagi..  Tengok sajalah sahabat-sahabat yang hebat-hebat bermain
saja yang dapat hadiah bernilai tu..   Jealous memang jealous tapi nak buat macam mana
memang tak mampupun..  Padan dengan usaha mereka,, 

Pertama kali bermain satu flight dengan orang Jepun... ni.. Tertib sungguh depa main..


Thursday 20 October 2016

KAJIAN MASTER PLAN KULIM HI-TECH PARK : Hala Tuju Pembangunan KHTP dlm Konteks RSN Kedah 2035.

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 18.10.16

Pesetujuan Pembiayaan Kajian oleh pihak KTPC /PKNK 
ANZ Planners Sdn. Bhd .. akan melaksanakan kajian 
tersebut. Penyerahan arahan pelaksanaan kajian oleh
Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri
Kedah DA .. Puan Robi



TARIKH : 20 OKTOBER 2016
BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PENETAPAN HALA TUJU PEMBANGUNAN KHTP 
DALAM KONTEKS RANCANGAN STRUKTUR NEGERI KEDAH 2035
DI KTPC..















Wednesday 19 October 2016

EKSA UNTUK KESELESAAN DAN KESERONOKAN BEKERJA .. Bukan Seksa

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 05 Julai 2016

Assalaamualaikum WRT... buat sahabat2 dan semua Selamat Tengahari .. Juga 'Selamat Berpuasa'. Hari ini kira hari terakhir umat Islam berpuasa dalam  bulan Ramadhan.. Besok baru boleh ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Macam yang saya cerita sebelumnya ... minggu ini kira apa-apa pun fasal raya menjadi topik asas... lepas tu dia rendang-rendang cerita yang pelbagai... betul tak.... Sambil2 menaip mata perhati jua TV yang terpasang dan dengar apa yang diberitakan..  Saat2 kita akan menyambut Hari Libaran besok hari , semalam dapat berita Pengeboman di Kota Mekah dan Madinah. Saya mendoakan insiden seperti ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin oleh pihak Keselamatan Arab Saudi,,  Kalau tempat-tempat suci seperti ini sudah mula dicerobohi dan keselamatan tidak lagi terjamin, susahlah nanti umat Islam hendak mengerjakan Haji dan Umrah.



Saya masih lagi kat opis... sunyi sungguh.. pelanggan pun tak teringin nak mai opis.. Staf pun banyak dah yang bercuti... itulah mood perayaan besar-besar ni... Hari ini saya nak sambung lagi cerita berkenaan aktiviti-aktiviti pejabat saya dalam bulan puasa ni..

Kalau tengok tajuk mula catatan ini kalau kita tambah S didepan EKSA dia jadi SEKSA..  tapi bukan itu maksud sebenarnya.. EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam... Apa tu.. ianya sebenarnya merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntuk dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Jadi konsep 5 S iaitu, Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang diperkenalkan oleh Jepun bukanlah suatu perkara yang bagi orang Malaysia terutamanya Penjawat Awam. Perkara yang membezakan 5S yang dahulu dengan EKSA ini ialah elemen baru yang ditambahkan dalam EKSA iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Yang Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

Saya melihat kepada produktiviti sesebuah jabatan itu secara keseluruhan. Bagi saya jika persekitaran tempat kerja kita yang baik, bersih, tersusun, selesa ianya amat berkait rapat dengan peningkatan produktiviti.

Sebab itu saya amat berminat untuk melaksanakan program ini di jabatan saya ini memandangkan ianya belum lagi bermula dan Program 5S pun tidak ada lagi. Semasa saya di Majlis Bandaraya Alor Setar,  Program ini telah berjalan dengan baik dan  telah 2 kali memperolehi Sijil 5S yang dikeluarkan oleh pihak NPC. Kesan dari pengiktirafan itu dan  Program 5S yang diamalkan, tidak dapat dinafikan lagi MBAS telah banyak berubah dari segi peningkatan produktiviti setiap unit dan bahagian yang ada... Sebab itu saya  rasa jabatan yang saya terajui ini juga perlu ada Program 5 S dan sekarang ini dipanggil EKSA.

Sebagai usaha untuk mendedahkan anak-anak buah saya tentang konsep EKSA dan isi kandungan aktiviti EKSA ini , satu kursus pemahaman perlu diadakan dan disampaikan oleh orang yang mahir dalam bidang ini. Untuk itu pada 27 Jun 2016 satu Kursus dalaman  EKSA ini telah diadakan di pejabat dan diberi taklimat oleh en. Norshuhaidy dari  Intan Wilayah Utara.

Banyak maklumat yang diberikan dan panduan-panduan berguna diperturunkan kepada semua anak buah saya untuk tujuan mula bergerak kearah Pensijilan EKSA ini. Saya berharap langkah permulaan ini akan membuahkan hasil yang terbaik dan seterusnya PBT TPHTK ini akan menjadi pejabat yang amat selesa dan seronok untuk bekerja serta pelanggan yang datang pun terasa amat selesa dan seronok bila berurusan di PBT TPHTK ini.,, Sama-sama kita doakan..








































Tarikh: 17 Oktober 2016
Sessi Latihan ke 2  EKSA : 






Tarikh : 19 Oktober 2016 
Pelancaran Bermulanya EKSA PBT TPHTK.. 



Bermulanya Gotong Royong : 
Membuang Segala Benda Yang Tidak Perlu.