Tarikh : 02 Januari 20017
Assalaamualaikum WBT.. Dan Selamat Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2017
Hujung tahun selalunya ramai orang bercuti. Namun begitu saya mengambil kesempatan hujung tahun ini dengan mengaturkan lawatan sambil belajar sebahagian anggota pejabat PBTTPHTK dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ke Johor..
Tujuan lawatan ini adalah untuk belajar bagaimana PBT disana menguruskan pentadbiran dan pengurusan PBT mereka dari segi semua aspek seperti pengurusan sisa pepejal, kewangan , penyelenggaraan, penguatkuasaan, pengurusan aduan, pelancongan dan sebagainya. Disamping itu ianya bertujuan mengeratkan lagi hubungan yang lebih baik sesama PBT seluruh negara dimana kerjasama sebegini boleh membantu meningkatkan lagi perkhidmatan PBT dengan mengambil contoh-contoh terbaik yang diamalkan oleh PBT yang berjaya.
Disamping itu anggota PBT TPHTK ini cuba melihat, meninjau dan belajar bagaimana menguruskan ladang herba dengan melawat sebuah ladang herba yang terbesar di Pagoh, Johor . Ini adalah untuk mengambil idea samada boleh tak ianya dibuat di kawasan-kawasan hijau yang terdapat banyak di kawasan PBTTPHTK ini.
Semua ahli rombongan bergambar beramai-ramai dihadapan Kompleks Bangunan Pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang tersergam tinggi dan indah ini. |
Salah satu perkhidmatan PBT yang diserahkan kepada pihak swasta untuk melaksanakannya.. Iaitu perkhidmatan menangkap anjing-anjing liar dan binatang-binatang lainnya. |
Taklimat berkenaan pokok2 herba yang ditanam diladang ini serta penerangan khasiat-khasiat setiap herba-herba yang di tanam dalam ladang herba ini.. Luas ladang ini,, lebih 2,000 ekar . |
Tak berani jangan buat macam ni.. nanti digigitnya hidong tu boleh putus.. |
Tertarik dengan konsep perniagaan restoran disini...bersih, cantik, Santai-santai, pelbagai menu dan ada hiburan dari kumpulan penyanyi yang merdu dan sedap didengar ,, Banafee Restoren |
No comments:
Post a Comment