Catatan : Mohd Asri Redha
Tarik: 03 Januari 2017
Assalaamualaikum dan Selamat Malam..
Kelmarin dulu baru saja saya bercakap dan bercerita fasal Angkat Sumpah dan Baca Ikrar Anggota Perkhidmatan Awam..
Tiba-tiba hari ini, saya dijemput ke Pejabat Menteri Besar Kedah untuk Majlis Angkat Sumpah Semua Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah. Pemakluman pun hanya diberitahu pada pagi tadi sahaja. Itu yang dikatakan deria tambahan yang ada pada diri kita yang kita tidak sedar.. dan ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku pada saya.. Kadang-kadang pada hari itu kita teringat akan sesuatu yang sudah lama kita tidak ingat, tiba-tiba ia datang ada depan mata.. Macam dirancang, tapi sebenarnya tidak dirancangpun...
Oklah berbalik pada soal pokok tadi.. Majlis Angkat Sumpah YDP PBT ini diikrarkan dihadapan YAB Menteri Besar Kedah di pejabat beliau di Wisma Darul Aman. Sudah tentu ikrar dan angkat sumpah itu untuk mengingatkan anggota perkhidmatan awam seperti saya ini supaya bekerja dengan baik, bersungguh-sungguh, berdisiplin, mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan dan segala macam perkara baik-baik yang patut kita buat dan amalkan.. Selepas YDP angkat sumpah barulah nanti Ahli-Ahli Majlis pula yang angkat sumpah dihadapan YDP pula.. Tapi sekarang ini pelantikan Ahli Majlis PBT sessi 2017 - 2018 belum lagi diputuskan. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang, majlis Angkat Sumpah semua Ahli Majlis PBT untuk sessi 2017 - 2018 akan diadakan pada 12 Januari nanti di Dewan Besar MPSPK, Sungai Petani.
No comments:
Post a Comment