Friday, 13 January 2017

Pembungkusan Green Blue .. Bungkus makanan anda dengan kertas .

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 10 Januari 2016

Pelik kan dengar tajuk diatas tu.. Ya sekarang ini segala-galanya kena kembali kepada yang asal... Pembungkusan makanan yang selama ini menggunakan plastik dan polistren amat berleluasa hinggakan ianya merupakan bahan yang terbanyak sekali berada di tapak-tapak pelupusan sampah. Malangnya bahan ini amat lambat untuk mereput dan ia menimbulkan masalah alam sekitar yang amat menyulitkan dan membahayakan.

Program hari ini yang saya sendiri hadhir adalah Majlis Pelancaran Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue dan Sessi Penyebaran Maklumat Projek yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 10 Januari 2017. Dalam majlis ini ada seminar yang membincangkan berkenaan Pengurusan Sisa Makanan, Pembungkusan MEsra Alam, Ciri2 PRemis Makanan Hijau. Ianya dirasmikan oleh YB Senator Dato Sri SK Devamany  Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Asasnya ialah sekarang ini kerajaan sudah mula melancarkan kempen2 mengurangkan penggunaan plastik dan polisterine dalam apa saja pembungkusan, lebih-lebih lagi membungkus makanan. Sebagai alternatifnya Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahan-bahan yang mudah mereput dan penggunaan kertas-kertas yang mudah dinyahkan. Hari ini beberapa kilang telah diberikan insentif untuk mengeluarkan pembungkus makanan dari bahan kertas yang selamat untuk kesihatan dan  mudah dilupuskan dengan teknologi-teknologi terkini yang dikaji oleh SIRIM.

Apa kata selepas ini kita tidak lagi menggunakan plastik dalam apa jua urusan...  boleh tak.. Kita mulalah sikit-sikit lama bila sudah semua dah serasi.. ianya akan berjalan dengan lancar .. Bila sudah ada pembungkus kertas yang menarik dan  praktikal dalam pasaran, saya rasa tak ada masalah untuk pengguna  beralih kepada penggunaan pembungkusan 'green blue' ini. Nak ubah bukan senang kerana kita sudah guna plastik dalam segala urusan sejak sekian lama.. Tapi kita kena yakin .. bahawa kita boleh.. Terima kasih.









Cabaran Ahli Majlis PBT Penggal 2017/2018 Dan JPP 2017/2018

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 12 Januari 2017

Hari ini terlantiklah secara rasminya Ahli Majlis PBT seluruh negeri Kedah untuk Sessi 2017-2018 dan juga Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Kedah. Satu majlis Perjumpaan dan Penyampaian Tauliah  jawatan tersebut telah berlangsung di Dewan Kenangan Kompleks MPSPK, Sungai Petani pada 12 Januari 2017. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Ada yang dilantik semula , dan ada yang baru dilantik. Bagi yang tidak dilantik semula , terimalah seadanya kerana itu adalah takdir dan kehendak kepimpinan dan akur sahaja dengan pilihan itu. Yang penting sokongan padu perlu diberikan kepada kepimpinan tertinggi  untuk memastikan segala program yang diatur berjalan lancar apatah lagi pilihanraya umum yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Tidak ada ruang lagi untuk berpecah belah kerana perpecahan akan membawa kepada kelemahan sesuatu organisasi.

Penyampaian  Tauliah telah disempurnakan oleh YAB Dato'  Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah ..Menteri Besar Kedah DA . Sebagai YDP  di PBT TP Hi-Tech Kulim, saya juga mengharapkan kerjasama yang padu dari semua Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PBT ini dalam melaksanakan segala program dan aktiviti untuk kesejahteraan rakyat di PBT ini...

Yang berdiri dibelakang itu adalah sebahagian Ahli Majlis Tertinggi PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
yang telah dilantik..  Bergambar bersama YAB Menteri Besar Kedah DA, Timbalan Menteri KPKT ,
Timbalan KSU KPKT dan YB SUK Kedah DA.. serta YB Dato Badrulhisham.. EXCO
(Tidak ada dalam gambar : Ketua Polis Negeri Kedah, CEO SADA, Pengurus Besar TNB Kedah)



Meraikan YB. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut hadhir
sama dalam Majlis Penyampaian Tauliah Ahli Majlis PBT dan Tauliah Pengerusi JPP PBT


Tuesday, 3 January 2017

Ikrar dan Angkat Sumpah Yang DiPertua PBT

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarik: 03 Januari 2017

Assalaamualaikum dan Selamat Malam..
Kelmarin dulu baru saja saya bercakap dan bercerita fasal Angkat Sumpah dan Baca Ikrar Anggota Perkhidmatan Awam..

Tiba-tiba hari ini, saya dijemput ke Pejabat Menteri Besar Kedah untuk Majlis Angkat Sumpah Semua Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah. Pemakluman pun hanya diberitahu pada pagi tadi sahaja. Itu yang dikatakan deria tambahan yang ada pada diri kita yang kita tidak sedar.. dan ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku pada saya..  Kadang-kadang pada hari itu kita teringat akan sesuatu yang sudah lama kita tidak ingat, tiba-tiba ia datang ada depan mata.. Macam dirancang, tapi sebenarnya tidak dirancangpun...


Oklah berbalik pada soal pokok tadi.. Majlis Angkat Sumpah YDP PBT ini diikrarkan dihadapan YAB Menteri Besar Kedah di pejabat beliau di Wisma Darul Aman. Sudah tentu ikrar dan angkat sumpah itu untuk mengingatkan anggota perkhidmatan awam seperti saya ini supaya bekerja dengan baik, bersungguh-sungguh, berdisiplin, mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan dan segala macam perkara baik-baik yang patut kita buat dan amalkan.. Selepas YDP angkat sumpah barulah nanti Ahli-Ahli Majlis pula yang angkat sumpah dihadapan YDP pula..  Tapi sekarang ini pelantikan Ahli Majlis PBT sessi 2017 - 2018 belum lagi diputuskan. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang, majlis Angkat Sumpah semua Ahli Majlis PBT untuk sessi 2017 - 2018 akan diadakan pada 12 Januari nanti di Dewan Besar MPSPK, Sungai Petani.


Monday, 2 January 2017

Perlunya Pengetahuan Penggunaan Senjata Api..

Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh: 02 Januari 2017



Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam buat pembaca blog ini.. Terima kasih masih sudi melayarinya kerana ini hanya cerita2 aktiviti sahaja bukan cerita fasal isu-isu politik yang boleh menarik ramai orang membacanya.. 

Malam ini keseorangan kat opis.. banyak kerja dah boleh selesai terutama yang saki baki tahun 2016.. Biasa lah hujung tahun dan awal tahun.. 

Sebelum nak balik , terasa nak cerita sikit fasal aktiviti2 jabatan saya terutama sebelum menutup tirai 2016. Aktiviti seperti yang saya nak cerita ni, jarang diaturkan kecuali jabatan-jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan atau berpakaian seragam.. Iaitu aktiviti menembak.. Menembak betul ni.. bukan main-main. 

Sengaja saya aturkan buat anak-anak buah saya untuk memberi sedikit kelainan berkenaan aktiviti-aktiviti sosial pejabat, Mulanya tak berapa ramai yang berminat, terutama yang wanita. Tapi akhirnya ramai juga yang boleh hadhir aktiviti menembak ini..

Penggunaan senjata api memang bahaya. Sedikit kesilapan mengundang padah yang terok. Sebab itu tahap disiplin yang tinggi amat perlu bila mengikuti latihan penggunaan senjata api. 

Banyak faedahnya belajar dan tau menggunakan senjata api.. selain kena ada kawalan disiplin yang tinggi, ianya berguna bila berlaku keadaan terdesak yang kita tidak jangka akan berlaku dimasa akan datang. Sekurang-kurangnya asas penggunaannya kita sudah tahu. Kalau lebih bagus, buat permohonan rasmi untuk memilik lesen senjata api.. Yang penting pohon dulu. Kalau ada rezeki, boleh diluluskan lesen tersebut, kalau tidak dapat pun tidak mengapa.. yang penting cuba dulu...

Program ini juga telah dapat mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan pihak Polis DiRaja Malaysia Daerah Kulim dan juga Persatuan Kelab Menembak Kulim... 





















Lawatan Kerja Pelbagai Guna Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT TPHTK ke Johor Baharu

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 02 Januari 20017

Assalaamualaikum WBT.. Dan Selamat Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2017
Hujung tahun selalunya ramai orang bercuti. Namun begitu saya mengambil kesempatan hujung tahun ini dengan mengaturkan lawatan sambil belajar sebahagian anggota pejabat PBTTPHTK dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ke Johor..

Tujuan lawatan ini adalah untuk belajar bagaimana PBT disana menguruskan pentadbiran dan pengurusan PBT mereka dari segi semua aspek seperti pengurusan sisa pepejal, kewangan , penyelenggaraan, penguatkuasaan, pengurusan aduan, pelancongan   dan sebagainya. Disamping itu ianya bertujuan mengeratkan lagi hubungan yang lebih baik sesama PBT seluruh negara dimana kerjasama sebegini boleh membantu meningkatkan lagi perkhidmatan PBT dengan mengambil contoh-contoh terbaik yang diamalkan oleh PBT yang berjaya.

Disamping itu anggota PBT TPHTK ini cuba melihat, meninjau dan belajar bagaimana menguruskan ladang herba dengan melawat sebuah ladang herba yang  terbesar di Pagoh, Johor . Ini adalah untuk mengambil idea samada boleh tak ianya dibuat di kawasan-kawasan hijau yang terdapat banyak di kawasan PBTTPHTK ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PBT TP HT-Kulim di Hotel Seri Pacific , Johor Baharu. Mesyuarat
ini adalah mesyuarat terakhir diadakan dalam tahun 2016.  Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat
terakhir pada Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT TPHTK kerana tempoh penggal berakhir
setelah 2 tahun berkhidmat sebagai AJK Tertinggi.



Semua ahli rombongan bergambar beramai-ramai dihadapan Kompleks Bangunan Pentadbiran
Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang tersergam tinggi dan indah ini.

Salah satu perkhidmatan PBT yang diserahkan kepada pihak swasta untuk melaksanakannya.. Iaitu
perkhidmatan menangkap anjing-anjing liar dan binatang-binatang lainnya.

Rombongan PBTTPHTK bersama rombongan dari Majlis Perbandaran Kulim bersama mendengar  taklimat
dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.. secara kebetulan saja bertemu disini,.. Rombongan  dari
MPK ini datang ke sini khusus untuk melihat bagaimana Pengurusan Aduan dilaksanakan kerana
difahamkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang merupakan salah satu PBT yang berjaya dari
segi kecekapan menguruskan aduan-aduan awam.



Singgah di Ladang Rempah Ratus dan Herba Nasuha di Pagoh, Johor.. sangat menarik dan
teruja melawat ladang ini,, Banyak belajar berkenaan tanaman-tanaman herba yang jarang
jarang kita temui lagi.. Disini semua ada. dan dikomersialkan lagi.


Taklimat berkenaan pokok2 herba yang ditanam diladang ini
serta penerangan khasiat-khasiat setiap herba-herba yang di
tanam dalam ladang herba ini.. Luas ladang ini,, lebih
2,000 ekar .

Tertarik dengan kreativiti tuanpunya ladang ini yang mempelbagaikan produk yang ada
dalam ladang ini. Selain menjadi tempat tarikan pelancongan yg berilmu. Ada restoran
herba kat sini, ada chalet-chalet di ladang ini dikelilingi pokok2 hutan dan herba, &
ada juga kilang yang memproses tanaman herba disini untuk dikomersialkan..


Tak berani jangan buat macam ni.. nanti digigitnya hidong tu boleh putus..

Melawat Sarang Buaya dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Ini merupakan salah satu
produk pelancongan yang ada kat Pasir Gudang ini, Peserta banyak belajar berkenaan tabiat-tabiat
buaya yang ada disini.. 



Tertarik dengan konsep perniagaan restoran disini...bersih, cantik,  Santai-santai, pelbagai menu dan ada hiburan
dari kumpulan penyanyi yang merdu dan sedap didengar ,, Banafee Restoren