Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 10 April 2016
____________________________________________
FAKTA:
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech.@ Program : Tanaman Pokok Hijau Sebagai Pagar Sekolah @ Penglibatan : PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Kelab Lion Kulim, SMK Taman Hi-Tech @ Tarikh :10.04.2016. @ Bilangan Pokok Di Tanam Secara Gotong Royong : Lebih 300 pokok.
Teks Ucapan MohdAsri Redha b. Abdul Rahman : YDP PBT Taman Perindustrian Hi Tech Kulim
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Sejahtera
Ybhg En. Hazmuni Saidin ,YDP PIBG SMK THT , Puan Pengetua Sekolah Puan Norhashimah bt Che Meh, En Subramaniam a/l Maranaiah Presiden Kulim Lions Club, En Stalin Ahli Majlis Tertinggi PBT TPHTK, guru2, pegawai-pegawai PBT, ahli-ahli Kelab Lions , murid2 seterusnya tuan-tuan dan puan yang amat dimuliakan sekalian.
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin NYA dapat kita berkumpul disini pada pagi yang amat baik sekali cuacanya untuk melaksanakan Program Hijau Bersama PBT TPHTK, Kelab Lions Kulim, PIBT dan juga SMKHTK yang mana ini julung2 kali diadakan dibawah program bersama antara sekolah dengan jabatan saya dan NGO. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian semua pihak yang telah sama-sama bergabung tenaga menjayakan program ini. Semoga usahasama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam pelbagai bidang dan aktiviti.
Secara peribadinya saya sebenarnya tidak pernah sampai lagi ke sekolah ini, tapi ianya tidak asing lagi pada penduduk disekitar sekolah ini. Ianya merupakan sebuah sekolah yang amat unik kerana terletak dikawasan PBT Hi-Tech Kulim tetapi tidak mempunyai pagar sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah sudi menjemput saya ke majlis ini dan merasmikan program yang amat bermakna ini... Jadi dapatlah juga saya datang ke sekolah ini... satu2 nya sekolah menengah yang ada dalam kawasan PBT ini. Betullah bila saya lalu tadi saya nampak sebahagian besar kawasan sekolah ini tidak mempunyai pagar.
Selalunya bila tidak ada pagar sekolah, kebiasaannya akan berlaku murid2 yang ponteng keluar sekolah diwaktu persekolahan. Tetapi dari maklumat yang saya terima, perkara ini tidak berlaku di sekolah ini. Jadi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah ini yang telah mendidik anak-anak murid disini dengan begitu berdisiplin sekali. Kalau tak ada pagar ini faham-faham sahaja.. ramai murid yang ambil kesempatan untuk lari keluar dengan mudah.. Jadi ini mencerminkan pelajar sekolah ini merupakan pelajar yang amat berdisiplin. Saya berdoa dengan disiplin yang kuat yang ditanamkan disekolah, Insya Allah sekolah ini juga nanti akan menunjukkan kecemerlangan yang terbaik dalam bidang akademik pula.. Kemungkinan-kemungkinan ini berlaku tidak dapat dinafikan, kerana segala kejayaan yang dicapai itu adalah hasil dari disiplin yang terbaik yang diamalkan oleh ahli-ahli mana-mana organisasi atau warga sekolah ini.
Saya difahamkan saban tahun silih berganti pelbagai program dirancang, dijalankan oleh sekolah ini yang bertujuan untuk pembangunan serta kemajuan sekolah. Sudah semestinya ianya ada perkaitan dengan fokus utama SMK Taman Hi Tech iaitu demi kepentingan anak didik sekolah ini. SMK Taman Hi Tech juga telah menjulang beberapa kejayaan besar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kokurikulum.. Program yang dilaksanakan pada pagi ini juga merupakan satu tindakan bijak pihak sekolah dalam melestarikan alam sekitar kearah yang lebih selesa melalui pendekatan mengadakan pagar sekolah menggunakan pokok hijau sebagai pelindung. Satu idea yang amat menarik dan kos yang lebih efektif. Sebagai sebuah PBT yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelenggaraan infrastruktur, landskap , kebersihan dan kitar semula saya amat berbangga sekali dengan inisiatif kreatif yang diambil oleh pihak sekolah.. Tahniah saya ucapkan pada semua pihak yang terlibat.
Oleh itu pemilihan SMK THT sebagai calon sekolah pilihan oleh pihak Lions Club dan PBT amat bertepatan untuk dilaksanakan Program Hijau ini iaitu program tanaman pokok sebagai pagar. Saya mengucapkan tahniah kpd pihak sekolah yang telah menjadikan aktiviti menanam pokok ini sebagai aktviti yang sihat yang memberi pengajaran langsung kepada murid-murid sekolah kearah keperluan keprihatinan yang terbaik terhadap peri pentingnya menghargai alam sekitar. PBT-TP HTK sendiri sebenarnya mempunyai program tersendiri dalam menanam pokok2 hijau teduhan dan usaha yang dibuat oleh Pihak Sekolah dan lain-lain badan NGO spt Lions Club amat membanggakan saya dan melengkapkan lagi program-program yang amat diberi perhatian oleh Kerajaan.
Seperti yang saya perhatikan, keceriaan SMKTHT amat ketara sekali dengan penggunaan ruang serta warna yang menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan lestari. Selepas ini adalah diharapkan tiada lagi pandangan sinis mengenai SMKTHT yang tidak berpagar kerana kini akan dihiasi indah dengan sempadan pokok pagar yang menambahkan keceriaan suasana sekolah.
Matlamat Program Hijau yang dilaksanakan dalam dua fasa ini bukan hanya ingin memupuk dan menanam semangat cintakan akan alam sekitar, malah melatih setiap warga sekolah terutamanya pelajar agar sentiasa menjaga, mencintai, menghargai kehijauan, disekitar sekolah supaya generasi warga seterusnya juga akan dapat menghayati dan menghargai nilai keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Program Hijau Bersama PBT, Kulim Lions Club, PIBG dan SMKTHT yang dilaksanakan secara bergotong royong ini diharapkan bukannya titik noktah bagi kerjasama antara SMKTHT dengan pihak luar. Kerjasama dan sokongan bantuan yang berterusan dari PBT, dan Lions Club dalam pelbagai usaha dan program pada masa akan datang akan dipertingkatkan lagi. Insya Allah, saya sebagai YDP PBT TP HTK sentiasa memberi perhatian yang tinggi terhadap usaha-usaha seperti ini dan akan cuba membantu dimana yang bersesuaian terutama yang berkaitan dengan kempen-kempen keindahan, kebersihan dan kitar semula.
Semoga usaha menghijaukan alam sekitar akan menjadi satu amalan murni dalam masyarakat di kawasan PBT ini amnya dan SMKTHT khususnya. Harapan saya usaha PBT, Pihak Lions Club, PIBG SMKTHT dan pihak sekolah sendiri akan membuahkan kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja dalam menerajui kempen2 alam sekitar tetapi juga kecemerlangan dalam akademik.
Akhir kata , tahniah dan ribuan terima kasih saya ucapkan atas penglibatan semua pihak yang sanggup bersusah payah menjayakan Program Hijau ini.
Dengan kalimah suci Bismillahirrahmaanirrahiim saya dengan ini merasmikan Program Hijau Bersama PBT TPHTK, Lions Club, PIBG dan SMKTHT
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment