Wednesday, 19 October 2016

EKSA UNTUK KESELESAAN DAN KESERONOKAN BEKERJA .. Bukan Seksa

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 05 Julai 2016

Assalaamualaikum WRT... buat sahabat2 dan semua Selamat Tengahari .. Juga 'Selamat Berpuasa'. Hari ini kira hari terakhir umat Islam berpuasa dalam  bulan Ramadhan.. Besok baru boleh ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Macam yang saya cerita sebelumnya ... minggu ini kira apa-apa pun fasal raya menjadi topik asas... lepas tu dia rendang-rendang cerita yang pelbagai... betul tak.... Sambil2 menaip mata perhati jua TV yang terpasang dan dengar apa yang diberitakan..  Saat2 kita akan menyambut Hari Libaran besok hari , semalam dapat berita Pengeboman di Kota Mekah dan Madinah. Saya mendoakan insiden seperti ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin oleh pihak Keselamatan Arab Saudi,,  Kalau tempat-tempat suci seperti ini sudah mula dicerobohi dan keselamatan tidak lagi terjamin, susahlah nanti umat Islam hendak mengerjakan Haji dan Umrah.



Saya masih lagi kat opis... sunyi sungguh.. pelanggan pun tak teringin nak mai opis.. Staf pun banyak dah yang bercuti... itulah mood perayaan besar-besar ni... Hari ini saya nak sambung lagi cerita berkenaan aktiviti-aktiviti pejabat saya dalam bulan puasa ni..

Kalau tengok tajuk mula catatan ini kalau kita tambah S didepan EKSA dia jadi SEKSA..  tapi bukan itu maksud sebenarnya.. EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam... Apa tu.. ianya sebenarnya merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntuk dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Jadi konsep 5 S iaitu, Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang diperkenalkan oleh Jepun bukanlah suatu perkara yang bagi orang Malaysia terutamanya Penjawat Awam. Perkara yang membezakan 5S yang dahulu dengan EKSA ini ialah elemen baru yang ditambahkan dalam EKSA iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Yang Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

Saya melihat kepada produktiviti sesebuah jabatan itu secara keseluruhan. Bagi saya jika persekitaran tempat kerja kita yang baik, bersih, tersusun, selesa ianya amat berkait rapat dengan peningkatan produktiviti.

Sebab itu saya amat berminat untuk melaksanakan program ini di jabatan saya ini memandangkan ianya belum lagi bermula dan Program 5S pun tidak ada lagi. Semasa saya di Majlis Bandaraya Alor Setar,  Program ini telah berjalan dengan baik dan  telah 2 kali memperolehi Sijil 5S yang dikeluarkan oleh pihak NPC. Kesan dari pengiktirafan itu dan  Program 5S yang diamalkan, tidak dapat dinafikan lagi MBAS telah banyak berubah dari segi peningkatan produktiviti setiap unit dan bahagian yang ada... Sebab itu saya  rasa jabatan yang saya terajui ini juga perlu ada Program 5 S dan sekarang ini dipanggil EKSA.

Sebagai usaha untuk mendedahkan anak-anak buah saya tentang konsep EKSA dan isi kandungan aktiviti EKSA ini , satu kursus pemahaman perlu diadakan dan disampaikan oleh orang yang mahir dalam bidang ini. Untuk itu pada 27 Jun 2016 satu Kursus dalaman  EKSA ini telah diadakan di pejabat dan diberi taklimat oleh en. Norshuhaidy dari  Intan Wilayah Utara.

Banyak maklumat yang diberikan dan panduan-panduan berguna diperturunkan kepada semua anak buah saya untuk tujuan mula bergerak kearah Pensijilan EKSA ini. Saya berharap langkah permulaan ini akan membuahkan hasil yang terbaik dan seterusnya PBT TPHTK ini akan menjadi pejabat yang amat selesa dan seronok untuk bekerja serta pelanggan yang datang pun terasa amat selesa dan seronok bila berurusan di PBT TPHTK ini.,, Sama-sama kita doakan..








































Tarikh: 17 Oktober 2016
Sessi Latihan ke 2  EKSA : 






Tarikh : 19 Oktober 2016 
Pelancaran Bermulanya EKSA PBT TPHTK.. 



Bermulanya Gotong Royong : 
Membuang Segala Benda Yang Tidak Perlu.







No comments:

Post a Comment