Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 18 Ogos 2016
Hari ini saya sehari suntuk duduk kat dalam Sidang Dewan
Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah yang ke 13... Duduk dan dengar Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas
isu-isu berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan negeri Kedah. Saya sebagai
Ketua Jabatan, dijemput hadhir untuk bersiap sedia jika ada apa-apa isu yang
berkaitan dengan jabatan dibawah tanggungjawab saya.. Tapi rasanya tak ada apa
isu sangat kepada yang berkaitan tanggungjawab jabatan saya. Semuanya macam ok
saja dan dalam kawalan. Jadi dok dengar sahaja lah..
Mesyuarat DUN ini akan berakhir sampai hari khamis ini…. Sebenarnya sebagai Pegawai Tadbir Negeri, saya nak kena ambil tahu juga apa yang berlaku dalam negeri Kedah ini. Bukan selamanya saya akan duduk bekerja di PBT Taman Perindustrian Hi -Tech Kulim, kerana bila-bila masa saja saya boleh ditukarkan ke daerah lain atau ke mana jabatan yang pihak atasan kehendaki.. Jadi tak ada ruginya saya kena ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan apa yang berlaku.
Mesyuarat DUN ini akan berakhir sampai hari khamis ini…. Sebenarnya sebagai Pegawai Tadbir Negeri, saya nak kena ambil tahu juga apa yang berlaku dalam negeri Kedah ini. Bukan selamanya saya akan duduk bekerja di PBT Taman Perindustrian Hi -Tech Kulim, kerana bila-bila masa saja saya boleh ditukarkan ke daerah lain atau ke mana jabatan yang pihak atasan kehendaki.. Jadi tak ada ruginya saya kena ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan apa yang berlaku.
Rasanya baik saya tulis apa-apa yang patut berkenaan apa
pengalaman dan aktiviti yang saya telah ikuti dalam tempoh yang baru berlalu
ini. Sambil tu dengar-dengar YB berucap dan berbahas dalam dewan yang mulia
ini.. Tapi hari ini perbahasan agak hangat dan agak emosional sikit bila ada ahli-ahli YB menyentoh soal 1MDB.. Tapi SPEAKER bijak menguasai dan mengawal situasi mesyuarat tu.
Pada 8 hingga 9 Ogos 2016 saya telah mengikuti Simposium
Maklumat Geospatial Kebangsaan ke 7.. (NGIS) di Putrajaya International
Convention Centre, Putrajaya. Ianya dianjurkan oleh Pusat Infrastruktur Data
Geospatial Negara (MaCGDI). Sengaja saya mohon nak pergi program itu. Saya suka mengikut program seperti ini walaupun
ianya agak teknikal sikit.. tapi ada
juga ruang informasi yang boleh difahami oleh pegawai-pegawai tadbir seperti
saya ini kerana saya rasa ianya ada kaitan juga dengan bidang tugas saya bila
bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan.
Apa itu GEOSPATIAL.. sebutpun macam nak tergeliat lidah
aje.. Kita selalu dengar GIS .. iaitu Geographical Information
System.. Pengkalan data GIS terdiri daripada pelbagai bentuk sumber data
geografi. Secara umumnya dari semakan saya ianya terdiri dari pelbagai gabungan
. Data spatial ini diperolehi dengan cara ukuran dilapangan atau melalui proses
pembangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Data juga diperolehi secara
terus melalui proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan
remote sensing.
Satu lagi data yang ada kaitan rapat juga ialah data non
spatial yang terdiri dari sumber data berbentuk jadual dalam pelbagai format
data samada cetakan atau digital. Data
itu mengandungi senarai maklumat hartanah, penilaian , penduduk, pendidikan ,
infrastruktur atas tanah dan lain-lain dengan menggunakan pelbagai perisian pengkalan data
yang ada dipasaran. Tapi yang selalu digunakan ialah dari ORACLE, SYBASE,
ACCESS, MYSQL dan sebagainya.
Ini antara 'drone' yang digunakan untuk
mengambil data gambar dari udara.
|
Tu dia betul atau tidak cerita saya ini.. tapi itulah yang
saya faham GEOSPATIAL..
Mudah cerita saya ambil penjelasan dari Bahasa Indonesia Geospasial adalah aspek keruangan yang menunjukkan lokasi, letak dan posisi suatu objek atau kejadian yang berada dibawah, pada atau diatas permukaan bumi yang dinyatakan dalam system koordinat tertentu.
Mudah cerita saya ambil penjelasan dari Bahasa Indonesia Geospasial adalah aspek keruangan yang menunjukkan lokasi, letak dan posisi suatu objek atau kejadian yang berada dibawah, pada atau diatas permukaan bumi yang dinyatakan dalam system koordinat tertentu.
Ok lah cukup penjelasan itu dulu.. Sebenarnya apa yang saya nak cerita disini ialah perkembangan teknologi berkenaan kaedah cerapan data dilapangan begitu canggih dan moden
sejak kebelakangan ini. Dahulu kalau nak buat cerapan udara kena sewa helicopter
atau kapalterbang … belanja begitu tinggi, tapi sekarang ini pelbagai jenis 'drone' ada dalam pasaran yang boleh terbang dengan kawalan didarat dan dapat
mengambil gambar dengan begitu baik dan canggih. Hasilnya kita boleh lihat dari
segi ketepatan data-data yang diambil dengan pelbagai aplikasi dan software yang
ada dalam pasaran. Bagus juga kalu kita pandai gunakan drone.. mula2 boleh kita buat hobi suka-suka, tapi kalau cekap kita boleh cari makan dengan drone... terutama dalam membuat penggambaran udara, tinjauan udara untuk sebarang kegunaan dan juga pemetaan..
Melawat ruang pamiran oleh
syarikat-syarikat yg memberi
perkhidmatan data geospatial
|
Ada juga saya lihat kaedah pengumpulan gambar-gambar yang boleh diselaraskan dengan data atau peta cerapan yang ada… Kaedah melalui pemasangan kamera canggih di kenderaan khas, atau melalui berjalan kaki pun ada untuk masuk ke kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Jabatan-jabatan kerajaan pun seperti JUPEM pun saya lihat telah menggunakan teknologi terkini yang canggih dalam kerja2 pengukuran yang semakin sophisticated.
Ada kesungguhan dipihak kerajaan untuk memudahkan dan membolehkan rakyat menggunakan data geospatial dimana yang sesuai melalui perkongsian dan penyampaian perkhidmatan. Sebab itu tema simposium kali ini sesuai sangat iaitu "Merakyatkan Geospatial Ke Arah Kesejahteraan"
Sebanyak lebih kurang 24 orang tokoh yang mahir dalam bidang
masing-masing memberikan samada ceramah dan perbincangan panel dalam symposium ini. Seronok juga dengar ceramah mereka tetapi itulah ianya agak terlalu teknikal untuk sebahagiaan
besar kertas kerja yang dibentangkan. Tapi ada juga ceramah-ceramah yang memang
berkait rapat dengan tugas saya sebagai
pentadbir daerah atau pentadbir PBT yang boleh saya ikut dan fahami .
Ok itu saja... Saya mundur diri dulu... nak sambung dengar penggulungan dan jawapan oleh EXCO dalam sidang DUN Kedah ini.. Di sini kita boleh melihat dan mendengar sejauh mana kebijaksanaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menghuraikan setiap isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN.
Jumpa lagi...
Ok itu saja... Saya mundur diri dulu... nak sambung dengar penggulungan dan jawapan oleh EXCO dalam sidang DUN Kedah ini.. Di sini kita boleh melihat dan mendengar sejauh mana kebijaksanaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menghuraikan setiap isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN.
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment