Tuesday, 5 July 2016

Pegawai 'Multi Tasking'

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Ramadhan 1437

Assalaamualaikum.. WRT..  Hari ini saya sempat buat beberapa catatan berkenaan aktiviti jabatan saya..  Ya la... hari terakhir puasa masih lagi dok tercangak kat opis ... urusan dengan orang awampun tak ada sapa pun datang. Sebab itu saya ada banyak masa untuk menulis catatan-catatan tersebut. Ada juga bergunanya untuk saya dan jabatan saya.



Bagi sebuah jabatan yang tidak sebesar mana seperti jabatan saya ini, pegawai-pegawai yang bertugas tidak boleh sangat diberi pengkhususan tugas. Kalau pengkhususan tugas dibuat sudah tentu memerlukan pegawai yang ramai sedangkan sesuatu tugas itu ada bebanan tugas yang tidak sebanyak mana. Kalau ini berlaku maka akan berlakulah pembaziran tenaga kerja yang ada dan kos pengurusan yang tinggi. Lainlah kalau jabatan itu besar  dan beban tugas yang terlalu banyak untuk sesuatu tugasan maka wajar diadakan pegawai yang khusus untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dalam dunia perniagaan dan dalam dunia korporat pun saya rasa amalan memberi pelbagai tugas kepada setiap pekerja mereka sudah lama diamalkan oleh mereka. Contohnya seperti TNB...  seorang juruteknik bukan sahaja bertugas sebagai juruteknik tetapi beliau juga membawa kenderaan jabatan untuk ketempat beroperasi... Jadi tidak ada keperluan pemandu khas lagi untuk sebuah kenderaan. Ini boleh menjimatkan tenaga kerja dan produktiviti jabatan tidakpun berkurangan malahan dapat mengurangkan kos operasi.

Dalam sektor awam ini, amalan ini agak kurang dipraktikkan, tetapi sejak kebelakangan ini sudah ada perubahan dan pegawai yang 'multi tasking' ini banyak dipraktikkan dimana perlu. Namun begitu penerimaannya agak lambat diterima, terutama oleh pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat secara pengkhususan tersebut.  Mereka sukar untuk menerima tugas-tugas lain selain tugas hakiki yang dilaksanakan selama ini... Mungkin pegawai baru dilantik boleh diberi tanggungjawab 'multi tasking' tersebut kerana ia baru bertugas dan boleh ditetapkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun tindakan perlu dimulakan, dan soal penerimaan itu pihak pengurusan kena lihat kemajuannya bagaimana  dan pelan tindakan selanjutnya.













e

Sebab itulah saya telah menganjurkan satu kursus berkaitan dengan Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Undang-Undang Di Bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai teknikal dan penguatkuasa berkenaan prosedur dan tindakan undang-undang yang boleh diambil dibawah Akta tersebut... Seperti mana jabatan saya adalah tidak berbaloi melantik seorang  Penolong Jurutera khusus untuk membuat pemeriksaan bangunan tambahan dalam kawasan PBT ini dengan bilangan rumah yang ada.  Pegawai teknikal lain juga boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan awal apa-apa binaan tambahan tanpa kebenaran.

Untuk mengetahui samada itu merupakan satu kesalahan atau tidak maka kursus seperti inilah yang dapat menerangkan  dengan lebih lanjut akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan borang-borang saman terrtentu boleh dikeluarkan kepada pemilik rumah untuk menghentikan kerja binaan atau memohon mereka memasukkan pelan permohonan bangunan tambahan kepada PBT untuk pertimbangan dan kelulusan... Itulah hasrat dan harapan saya.. Sebab itu pegawai penguatkuasa PBT yang sedia ada pun boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan bangunan-bangunan tambahan tanpa kebenaran tersebut semasa mereka membuat rondaan dikawasan perumahan dan sebagainya. Yang penting mereka tahu apa kesalahan yang telah dilakukan.. Untuk tahu mereka perlu menghadiri kursus yang boleh menerangkannya secara basic.










A

Alhamdulillah..  kursus ini telah berjaya diadakan pada 30 Mei 2016 di Bilik Seminar Business Centre, Kulim Teknology Park Corporation dimana seramai 38 orang peserta telah hadhir kursus ini. Jabatan juga telah menjemput peserta PBT lain untuk sama-sama mengikuti kursus ini dengan percuma sebagai sumbangan jabatan. Penceramah yang berkelayakan dan berpengalaman iaitu Puan Aminah Abdul Rahman Pengarah Bhg Penyelidikan dan Perundangan Teknikal JKT, En Ahmad Nasyruddin b. Ismail Pengarah Bangunan MPSP dan Pn Siti Rahmah Md Yusof Pen Pengarah MPSP,

Saya mengharapkan kursus seperti ini akan memberi manafaat kepada semua peserta terlibat terutama anak-anak buah saya.. Tindakan susulan seterusnya perlu lebih kepada praktikal pelaksanaan penguatkuasaan dalam kawasan PBT-TPHTK ini.. itu yang penting pada saya.

Sekian, jumpa lagi.. sudah lewat petang ni.. saya sudah mahu berangkat pulang kerumah.. ketemu lagi.





1 comment:

  1. Casino - MapyRO
    Casino at Oasis 경상남도 출장마사지 Resort & Casino. 서울특별 출장샵 777 Casimba 창원 출장샵 St. 경기도 출장샵 (Oasis) - Call 시흥 출장안마 (800) 427-5000. Hotel. Rating: 3.8 · ‎25 reviews

    ReplyDelete