Tarikh : 04 Julai 2016
Assalaamulaikum WRT... dan Selamat Siang.. Hari ini banyak orang dalam 'mood' perayaan... Nak buat kerja pun macam tak berapa nak lajak.. sembang pi sambang mai.. dia nak pi kepada topik raya juga... tak kiralah persiapan raya ka, balik kampong ka, kueh raya ka.. daging murah ka. baju raya kaa.. duit raya ka.. dan segala macam berkaitan raya.. macam-macam cerita boleh sembang fasal tajuk raya.. Tak apa lah.. biarlah .. sayapun tak kuasa nak campur lebih-lebih fasal perbincangan raya ni.. tak boleh nak halang kalau anak buah nak sembang fasal raya.. boleh dikatakan satu negara dok kalut fasal raya... semua group whatsapps pun dok cerita fasal raya... macam2 depa ayat2 menarik yang kadang lawak juga dan kadang2 amat berguna yang kita tidak terperasan pun terutama panduan balik ke kampong apa yang perlu disedia, dibawa, dimengerti dsbgnya.
Saya masih terperap lagi kat bilik ni.. dah selesai temujanji dengan beberapa orang pelanggan yang berurusan, saya pun tak berapa nak ada mood juga... so daripada masa berlalu begitu sahaja lebih baik saya menulis sikit dalam blog yang agak lama saya tinggalkan ini...
Dengan 'Syukur Selalu sebagai trademark yang diambil yang nak sama juga dengan TV 3.. tak apalah kut.. bukan curi hakcipta ... 3 program telah diatur oleh anak-anak buah saya . Program tersebut ialah memberi bantuan peralatan menyambut raya kepada anak-anak murid yang keluarganya kurang berkemampuan dan memberi bantuan barangan dan pakaian kepada warga tua di Rumah Cahaya Sg Tengas.
Saya sendiri bersama-sama anak buah terlibat secara langsung membawa budak2 tu 'bershoping' di Pasaraya Mydin.. Baru kita tahu mereka ni tak pernahpun memanjat pasaraya seperti ini , dan ada yang kata tak terfikir lagi nak sambut raya macam mana, sebab keluarga meeka kurang berkemampuan.. malahan ada yang tinggal dengan penjaga saudara terdekat sahaja. Mereka jadi kekok nak beli dan terpaksa dipandu oleh anak-anak buah saya yang mengiringi mereka.
Bagus juga pilih peserta cara ni.. kita tak ambil terus dari rumah anak-anak yatim kerana dirumah kebajikan seperti itu mereka sentiasa menjadi tumpuan pelbagai orang dan agensi yang datang memberi bantuan baik dalam bentuk kewangan, berbuka puasa dan juga barang-barang. Peserta yang anak buah saya pilih ni adalah yang duduk dikampong-kampong pendalaman dan adakalanya mereka ini tertinggal dalam menerima bantuan-bantuan. Berasa puas bila dapat tengok anak-anak ni dapat pakaian yang dipilih sendiri oleh mereka dan ada sebahagian anak-anak buah saya mengeluarkan belanja sendiri untuk mencukupkan belian peralatan sambut raya aidil fitri yang akan datang.
Selain kepada kanak-kanak , jabatan saya juga memberi perhatian kepada golongan warga emas.. Di Daerah Kulim ada satu tempat perlindungan buat warga-warga emas yang kurang mampu , ketiadaan saudara dan juga ditinggalkan oleh keluarga. Kita yang masih berada dan mampu ini kena patut 'Syukur Selalu' akan nikmat yang kita terima ini. Berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Itulah yang dapat saya rasai sendiri apabila melawat ke Rumah Cahaya Sg Tengas, Kulim.Mereka meniti usia tua dan menghabiskan baki sisa hayat yang masih disini tanpa saudara dan keluarga disisi. Kalau ada keluargapun, mereka tidak mampu untuk menyara ibu atau bapa yang sudah tua ini, Mereka hanya bergantung kepada elaun bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ihsan dari orang ramai yang bersimpati untuk penyambung kehidupan mereka.
Sedih memikirkan kehidupan mereka ini yang keseorangan diusia tua mereka tanpa sesiapa disisi hanya kawan senasib. Sumbangan diberi tidaklah sebeberapa,, tapi amat besar nilai dan makna kepada mereka. Mereka masih memerlukan lagi bantuan seperti kuih raya, baju raya dan wang belanja..
Itulah diantara beberapa tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh PBTTPHT ini sepanjang bulan Ramadhan ini dalam memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, walaupun kegembiraan itu mungkin hanya seketika, namun sekurang-kurangnya sambutan raya tahun tidaklah terlalu sedih sangat pada mereka.. Semoga apa yang dibuat ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Ok itu sahaja... saya permisi dulu.. .. Pesan saya kepada diri saya kalau kita ada rezeki lebih, hulur-hulurkan lah pada yang memerlukan.. Kemewahan yang kita miliki tidak akan kemana.. bersiap sedialah untuk menghadapi hari kematian. jangan bersedih dan terlalu menyayangi segala kenikmatan yang dimiliki didunia, kerana semuanya itu adalah sesuatu yang fana dan tidak berharga. Semuanya tidak berguna kepada kita.. tidak ada yang dapat menolong kita dialam kematian kita melainkan amal soleh kita dan harta yang diguna untuk amalan sedekah jariah kita.
No comments:
Post a Comment