Thursday, 18 August 2016

MERAKYATKAN GEOSPATIAL KE ARAH KESEJAHTERAAN .....

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 18 Ogos 2016


Hari ini saya sehari suntuk duduk kat dalam Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah yang ke 13...  Duduk dan dengar Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas isu-isu berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan negeri Kedah. Saya sebagai Ketua Jabatan, dijemput hadhir untuk bersiap sedia jika ada apa-apa isu yang berkaitan dengan jabatan dibawah tanggungjawab saya.. Tapi rasanya tak ada apa isu sangat kepada yang berkaitan tanggungjawab jabatan saya. Semuanya macam ok saja dan dalam  kawalan. Jadi dok dengar sahaja lah..

Mesyuarat DUN ini akan berakhir sampai hari khamis ini…. Sebenarnya sebagai Pegawai Tadbir Negeri, saya nak kena ambil tahu juga apa yang berlaku dalam negeri Kedah ini. Bukan selamanya saya akan duduk bekerja di PBT Taman Perindustrian Hi -Tech Kulim, kerana bila-bila masa saja saya boleh ditukarkan ke daerah lain atau ke mana jabatan yang pihak atasan kehendaki.. Jadi tak ada ruginya saya kena ambil tahu sedikit sebanyak perkembangan apa yang berlaku.

Rasanya baik saya tulis apa-apa yang patut berkenaan apa pengalaman dan aktiviti yang saya telah ikuti dalam tempoh yang baru berlalu ini. Sambil tu dengar-dengar YB berucap dan berbahas dalam dewan yang mulia ini.. Tapi hari ini  perbahasan agak hangat dan agak emosional sikit bila ada ahli-ahli YB menyentoh soal 1MDB.. Tapi SPEAKER bijak menguasai dan mengawal situasi mesyuarat tu. 

 Pada 8 hingga 9 Ogos 2016 saya telah mengikuti Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan ke 7.. (NGIS) di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya. Ianya dianjurkan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI). Sengaja saya mohon nak pergi program itu. Saya suka mengikut program seperti ini walaupun ianya agak teknikal sikit..  tapi ada juga ruang informasi yang boleh difahami oleh pegawai-pegawai tadbir seperti saya ini kerana saya rasa ianya ada kaitan juga dengan bidang tugas saya bila bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan.


Apa itu GEOSPATIAL.. sebutpun macam nak tergeliat lidah aje.. Kita selalu dengar GIS .. iaitu Geographical Information System.. Pengkalan data GIS terdiri daripada pelbagai bentuk sumber data geografi. Secara umumnya dari semakan saya ianya terdiri dari pelbagai gabungan . Data spatial ini diperolehi dengan cara ukuran dilapangan atau melalui proses pembangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Data juga diperolehi secara terus melalui proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan remote sensing.

Satu lagi data yang ada kaitan rapat juga ialah data non spatial yang terdiri dari sumber data berbentuk jadual dalam pelbagai format data  samada cetakan atau digital. Data itu mengandungi senarai maklumat hartanah, penilaian , penduduk, pendidikan , infrastruktur atas tanah dan lain-lain dengan menggunakan pelbagai perisian pengkalan data yang ada dipasaran. Tapi yang selalu digunakan ialah dari ORACLE, SYBASE, ACCESS, MYSQL dan sebagainya.

Ini antara 'drone' yang digunakan untuk

mengambil data gambar dari udara. 
GIS  pula menggabungkan kedua-dua bentuk data spatial dan nonspatial ini untuk menghasilkan satu pengkalan data yang lebih baik dan terperinci serta mudah difahami..  Barulah data-data ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai kegunaan  perancangan termasuk ianya digunakan oleh PBT.
Tu dia betul atau tidak cerita saya ini.. tapi itulah yang saya faham GEOSPATIAL..

Mudah cerita saya ambil penjelasan dari Bahasa Indonesia Geospasial adalah aspek keruangan yang menunjukkan lokasi, letak dan posisi suatu objek atau kejadian yang berada dibawah, pada atau diatas permukaan bumi yang dinyatakan dalam system koordinat tertentu.

Ok lah  cukup penjelasan itu dulu.. Sebenarnya apa yang saya nak cerita disini ialah perkembangan teknologi berkenaan kaedah cerapan data dilapangan  begitu canggih dan moden sejak kebelakangan ini. Dahulu kalau nak buat cerapan udara kena sewa helicopter atau kapalterbang … belanja begitu tinggi, tapi sekarang ini pelbagai jenis 'drone' ada dalam pasaran yang boleh terbang dengan kawalan didarat dan dapat mengambil gambar dengan begitu baik dan canggih. Hasilnya kita boleh lihat dari segi ketepatan data-data yang diambil dengan pelbagai aplikasi dan software yang ada dalam pasaran. Bagus juga kalu kita pandai gunakan drone.. mula2 boleh kita buat hobi suka-suka, tapi kalau cekap kita boleh cari makan dengan drone... terutama dalam membuat penggambaran udara, tinjauan udara untuk sebarang kegunaan  dan juga pemetaan..

Melawat ruang pamiran oleh 

syarikat-syarikat yg memberi
perkhidmatan data geospatial

Bila saya ronda-ronda tengok pamiran-pamiran yang ada diluar dewan symposium, sebenarnya memang banyak syarikat-syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan mengambil  atau mencerap data dari udara sama ada melalui dron, helicopter, malahan melalui satelit pun ada ditawarkan. Memang banyak produk2 GIS yang terkini dipamerkan. Kalau tak mai memang kita tak tau bahawa ada produk-produk pelbagai jenis berkenaan GIS ini. Takat nak baca buku cari tengok, pakai tak baca ...

Ada juga saya lihat kaedah pengumpulan gambar-gambar yang boleh diselaraskan dengan data atau peta cerapan yang ada… Kaedah melalui pemasangan kamera canggih di kenderaan khas, atau melalui berjalan kaki pun ada untuk masuk ke kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Jabatan-jabatan kerajaan pun seperti  JUPEM pun saya lihat telah menggunakan teknologi terkini yang canggih dalam kerja2 pengukuran yang semakin sophisticated.  

Ada kesungguhan dipihak kerajaan untuk memudahkan dan membolehkan rakyat menggunakan data geospatial dimana yang sesuai melalui perkongsian dan penyampaian perkhidmatan. Sebab itu tema simposium kali ini sesuai sangat iaitu "Merakyatkan Geospatial Ke Arah Kesejahteraan"

Sebanyak lebih kurang 24 orang tokoh yang mahir dalam bidang masing-masing memberikan samada ceramah dan perbincangan panel dalam symposium ini. Seronok juga dengar ceramah mereka tetapi itulah ianya agak terlalu teknikal untuk sebahagiaan besar kertas kerja yang dibentangkan. Tapi ada juga ceramah-ceramah yang memang berkait  rapat dengan tugas saya sebagai pentadbir daerah atau pentadbir PBT yang boleh saya ikut dan fahami . 

Ok itu saja...  Saya mundur diri dulu... nak sambung dengar penggulungan dan jawapan oleh EXCO dalam sidang DUN Kedah ini.. Di sini kita boleh melihat dan mendengar sejauh mana kebijaksanaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam menghuraikan setiap isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN.

Jumpa lagi...