Tarikh : 28 September 2015
Catatan: Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum.. WRT. dan Selamat Pagi semua... Pagi ni seperti kebanyakan pagi-pagi sebelum ini, matahari bersinar agak suram sahaja... jerebu masih lagi tak hilang-hilang lagi. Kelmarin pun demikian juga.. segalanya merimaskan kalau duduk diluar rumah.. malas nak bersiar-siar kat luar... dok dirumah saja. Jadi terfikir juga apa kata kalau saya patuk-patut huruf-huruf keyboard ni menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami dan berguna untuk kerja harian kita.. boleh kaan , saya buat cerita sikit. Ceritanya begini...
Minggu lepas saya telah mengikuti Kursus Pembangunan Kompetensi Modul Pengurusan Tatatertib bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bermula dari 13.09.2015 hingga 14.09.2015 bertempat di TH HOtel, Alor Setar. Bagus kursus ini kerana tenaga penceramahnya adalah dari mereka yang memang sudah mahir dalam bidang ini iaitu dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Antara tajuk-tajuk ceramah yang diberikan ialah , Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tatatertib, Tatakelakuan Dalam Perkhidmatan Awam Dan Prosedur Kes Tatatertib Biasa, Prosedur Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah, Perintah Tahanan atau Sekatan,, Prosedur Kes Tidak Hadir Bertugas dan Konsep Penahanan Kerja dan Pergantungan Kerja, Penamatan Demi Kepentingan Awam dan Prosedur Surcaj dan Hukuman Tatatertib dan Rayuan Tatatertib.
Memang menarik tajuk-tajuk ceramah ini dan menepati keperluan dijabatan-jabatan kerajaan. Saya selalunya tidak melepaskan peluang mengikuti kursus-kursus seperti ini sebelum ini, kerana ianya amat berkaitan dengan saya sabagai penjawat awat dan pada masa yang sama sebagai Ketua Jabatan.
Kenapa ada peraturan dan undang-undang berkenaan tatatertib. Puncanya kerana ada orang suka langgar disiplin, tak mahu buat kerja yang sepatutnya dibuat dan sebagainya. Sebenarnya dalam undang-undang macam-macam perkara dalam perkhidmatan awam yang boleh diambil tindakan tatatertib. Saya tak mahu menceritakan secara terperinci akan sebab-sebab yang membolehkan tindakan tatatertib diambil kerana panjang jadinya. Apa yang perlu diketahui setiap kesalahan tatatertib ada prosedur yang ditetapkan boleh diambil dan ada hukuman yang ditetapkan. Itulah yang diterangkan oleh penceramah sepanjang kursus yang saya hadiri itu.
Walaupun sudah ada undang-undang dan peraturan berkenaan tatatertib , kenapa terlalu kurang tindakan tatatertib diambil terhadap kakitangan kerajaan yang malas-malas ni, atau kakitangan yang buat kerja lebih kurang sahaja dan tidak mengikut apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang penjawat awam... Dalam artikata lain pegawai-pegawai yang tidak berdisiplin.
Bagi saya ianya terletak kepada pegawai atasan itu sendiri atau ketua jabatan itu sendiri. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk mengambil tindakan. Saya tetap berpegang teguh kepada aturan dan peraturan.. kalau ada buat kesalahan yang terlampau, tindakan tatatertib mesti diambil. Ini telah saya buktikan dalam beberapa jabatan yang saya ketuai sebelum ini dan jabatan-jabatan yang saya menjadi penolong kepada Ketua Jabatan. Ada yang setengahnya itu telah dibuang kerja, diturunkan pangkat, diturunkan gaji, dipotong gaji, diberi amaran dan sebagainya. Saya memang simpan rekod-rekod itu walaupun telah bertukar jabatan. Saya memang tidak senang sekali kalau terjumpa kes-kes pegawai yang tidak datang bertugas, tidak mahu menggunakan kad perakam waktu, kes kecuaian, kes tidak mahu buat kerja, kes melawan arahan ketua atau penyelia atasan, kes penyelewengan kuasa, kes tidak berintegriti dan kes pegawai tidak berprestasi seerta segala macam kes tatakelakuan yang pada akhirnya membawa pegawai kepada tidak berproduktif dalam jabatan.
Dalam jabatan kerajaan, sebenarnya ada anggota yang seperti itu... Kadang-kadang terlampau sangat sedangkan mereka menerima gaji dan segala elaun yang lumayan dari kerajaan. Mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang mereka dapat . Mereka tidak sedar betapa ramai lagi orang diluar sana yang masih mencari-cari kerja dan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan seharian. Sedangkan yang sudah ada kerja langsung tidak menghargai akan apa yang sudah dapat... Jadi adalah tidak adil kita membiarkan pekerja-pekerja seperti itu berada dalam pentadbiran awam kerajaan kerana mereka ini menjadi bebanan yang amat menyusahkan semua pihak. Sebab itu saya tidak boleh tengok perkara ini berleluasa didepan mata... Tidak boleh timbul rasa kasihan kepada pegawai-pegawai seperti ini kerana mereka sendiri tidak mengasihani diri mereka dan keluarga mereka. Sebab itu tindakan-tindakan tatatertib saya pasti ambil, samada saya buat laporan awalan, buat siasatan dalam, buat laporan tatatertib, membicarakan pegawai yang terlibat , dan ada ketika saya sendiri pernah terlibat dalam menjatuhkan hukuman kepada pegawai didapati bersalah.
Sebenarnya untuk mengambil tindakan tatatertib tidaklah sesusah manapun, Saya sudah ada pengalaman tersebut.
Kalau kita ikut langkah demi langkah yang telah ditentukan... tidak ada masalah apa pun. Cuma kena pastikan ikut 'step' yang ditetapkan dan ada bukti-bukti yang nyata dan boleh ditunjukkan. Kalau tidak ikut langkah seperti yang ditetapkan dalam peraturan dan undang-undang, keputusan yang dibuat boleh dicabar di mahkamah dan sudah adapun hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai telah dibatalkan oleh mahkamah. Ini semua cuma kesilapan teknikal sahaja... Jadi kena berhati-hati bila mengambil tindakan tatatertib,
Namun begitu ianya juga melibatkan pegawai lain dalam proses tindakan tatatertib. Ini yang menyebabkan langkah tindakan tatatertib tidak berjalan dengan lancar.. tindakan menjadi lambat. Kadang-kadang disatu pihak sudah ok, laporan sudah lengkap dan cukup bukti, namun untuk keperingkat seterusnya terletak pada pegawai atau jawatankuasa lain pula.. Kalau pegawai yang terlibat itu prihatin berkenaan disiplin, maka ianya akan berjalan dengan lancar dan cepat, tapi ada setengah itu buat tidak kisah sangat , maka jadi lambatlah prosedur tatatertib. Pada akhirnya kalau berlaku pertukaran demi pertukaran, pegawai yang sepatutnya diambil tindakan tatatertib masih lagi berleluasa dengan perangai buruk buat kerja lebih kurang dan tidak berdisiplin. Inilah masalah yang sering berlaku dalam usaha mengambil tindakan tatatertib.
Bukan semua semua ketua jabatan suka mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai bawahannya. Kerana ini kerja-kerja tidak popular. dan banyak kerja nak kena buat.. Paling selamat tak payah buat apa-apa atau minta pegawai ditukarkan kejabatan lain. Jika ini dilakukan ianya tidak menyelesaikan masalah disiplin pegawai bermasalah tersebut. Ia akan membawa masalah ke Jabatan barunya pula... jadi proses tindakan disiplin perlu dimulakan balik dari awal pula... begitulah keadaannya yang berlaku.
Sebab itulah saya tidaklah popular dikebanyakan jabatan yang saya bertugas, kerana saya tidak boleh berkompromi dengan pegawai yang tidak berdisiplin. Hinggakan setiap langkah saya sentiasa diperhatikan untuk mencari kesalahan saya. Sebab itu saya pernah diberi surat layang yang menunjukkan saya seolah-olah cakap tidak serupa bikin... Saya memang mengesyaki surat layang ini kebanyakannya ditulis oleh pegawai-pegawai yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang terpaksa ambil.. Saya merasakan kalau tidak ambil tindakan disiplin, saya sendiri bersubahat dengan perbuatan mereka dan merasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebab itu saya perlu menjaga segala gerak geri saya agar tidak tersalah langkah hingga dipertikaikan. Kalau begitu kenalah ikut segala peraturan yang ditetapkan ... Senang kan.. ikut saja apa yang susah sangat.. Buatlah kerja yang ditetapkan dan diarahkan...
Samada laporan yang saya buat telah diambil tindakan lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab, ianya bukan lagi tanggungjawab saya. Kerja saya sudah selesai. kalau ada tindakan lanjut, saya akan memberi keterangan lanjut dalam jawatankuasa tatatertib peringkat tertinggi lagi,, Kalau di PBT senang sikit kerana saya sendiri pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Jabatan, jadi mudah sikit saya melaksanakan tanggungjawab saya sampai kepada perintah hukuman dikeluarkan, Sebagai pegawai kanan dalam jabatan, saya boleh mengarahkan ketua bahagian atau penyelia-penyelia yang ada menyediakan laporan-laporan tatatertib untuk pertimbangan saya dan Lembaga Tatatertib Jabatan,,, Jadi mudah sikit.
Untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai bawahan, ketua jabatan kenalah berdisiplin dulu. Kalau ketua jabatan sendiri tidak pernah menggunakan kad perakam waktu, tapi pada masa yang sama hendak mengambil tindakan terhadap anak buah yang tidak merakam kad perakam waktu, macam mana la nak ambil tindakan, cakap tidak serupa bikin. Kalau ketua datang pukul 11.00 pagi balik pula awal , macam mana nak ambil tindakan disiplin pada pegawai lain.. Cakap tidak serupa bikin juga.. Sebab itu ramai ketua jabatan tidak boleh atau tidak berani mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak buahnya kerana , anak-anak buahnya sendiri tahu akan kelemahan dan rahsia boss mereka. .. Jadi mahu tak mahu, biarkan saja segala perkara-perkara tidak baik itu berleluasa dalam jabatan.. Masing-masing pakat jaga diri masing-masing... Pada akhirnya prestasi organisasi semakin menurun.... Ini yang saya amat tidak gemar sangat.....
Ok.. pada kesimpulannya saya berpandangan, tindakan disiplin kena diambil dengan segera pada pegawai yang termasuk dalam kategori yang patut diambil tindakan disiplin.. Kalau tidak diambil ianya akan menjejaskan jabatan tersebut.. Bagi ketua jabatan... terpulanglah.. mau dengan tidak mahu sahaja.. Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih... Begitulah kira-kiranya..
Ok ya,, saya sudah letih menaip ni, biar saya berhenti disini sahaja. Saya perlu bersiap sekarang untuk pergi khenduri.. hari ini khenduri banyak dari tengahari, petang sampai ke malam.... tu dia rai perut sungguh.. Lepas hari raya korban ni pula daging serata tempat.. jenuh makan... Ok.. kita sembang lain nanti.. bye
Teratak Kasih

Um, mcm mana klau dh 2,3 bln complain tp pihak pbt buat acuh x acuh saja? Aduan email dh buat, call pn sudah.. Pbt kulim hi tech xbuat kerja atau terlampau bnyk kerja?
ReplyDeletePling menyakitkan hati cakap pn kurang ajar..