Wednesday, 9 March 2016

Ujian Allah SWT .. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul...

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 08 Mac 2016

Assalaamualaikum dan selamat siang.. Masih membaca catatan saya ini.. Terima kasih ya.. 

Hari ini saya berkesempatan buat catatan sedikit berkenaan peristiwa sedih yang berlaku kepada anak-anak buah saya kelmarin..

Suatu kemalangan yang tidak dijangkakan. Manusia hanya merancang  tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kemalangan yang melibatkan 3 orang anak buah saya yang pulang dari menghadiri bengkel yang diadakan di TH Hotel, Kepala Batas. Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Hutan Kampong.   Terok juga kemalangan tersebut. Kalau lihat kepada kerosakan kenderaan tersebut, seperti 'totally lost' terutama dibahagan enjinnya itu. Mereka agak bernasib baik kerana tidak melibatkan kenderaan-kenderaan lain.  Kecederaan yang dialami oleh mereka agak serious dan memerlukan rawatan pakar. Saya mengharapkan mereka semua tidak ditimpa masalah yang serious dan kesan berpanjangan. Sama-sama kita berdoa agar mereka kembali pulih seperti sediakala dan kembali ceria seperti sediakala.... Anak buah yang terlibat itu ialah Puan Che Jarina Che Lat, Cik Yuhanis bt Yusof dan Cik Nurulashikin Abu Bakar.... 

Kalau lihat pada video tersebut saya lihat ada orang awam dan pasukan bomba dan dll yang turut bertungkus lumus membantu anak-anak buah saya yang terlibat kemalangan tersebut.  Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang amat prihatin dan membantu mereka. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik tuan puan semua...