Tarikh: 10 - 12 Disember 2015
Tempat: Hotel Rainbow Paradise, Penang
Malam-malam begini , selesa rasanya duduk kat koridor hotel ni, sambil dibelai oleh tiupan bayu laut yang nyaman ini . Rasa segar untuk membikin otak ini mula berfikir-fikir apa yang dikaitkan untuk berfikir dan memberi idea. Bagus juga kesempatan ini saya ambil untuk menulis catatan-catatan aktiviti saya kat sini, untuk rekod dan juga untuk bacaan para sahabat yang sudi membacanya...
Kelmarin dan hari ini, jabatan saya telah mengadakan satu bengkel berkaitan dengan Penyediaan Pelan Strategik PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim untuk tempoh 05 tahun bermula 2016 hingga ke 2020/2021.. Rupanya selama ini tidak ada Pelan Strategik Untuk PBT ini. Agaknya bagaimana PBT ini beroperasi sejak lebih 15 tahun yang lalu sampai sekarang.
Sebenarnya ada atau tidak ada Pelan Strategik Jabatan, operasi PBT ini masih berjalan seperti biasa macam mana-mana jabatan lain beroperasi sepertimana visi dan misi serta objektif penubuhan PBTTPHTK diawal penubuhannya.
Cumanya perjalanan PBT ini hanya sekadar beroperasi begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti teras yang ada dan sekali sekali sekala diadakan aktiviti 'adhoc' mengikut keperluan semasa dan atas keputusan-keputusan yang dibuat dalam Jawatankuas Pengurusan Tertinggi PBT ini dari masa kesemasa.
Jadi tidak ada satu perancancangan pelaksanaan khusus untuk PBT ini bergerak dengan lebih terancang dan tersusun. Dari perspektif perkhidmatan awam, Pelan Strategik jabatan adalah merupakan satu kerangka kerja bagi melaksanakan mandat kerajaan melalui penjelasan misi dan visi, menganalisis persekitaran, pemilihan fokus keutamaan, matlamat, petunjuk prestasi utama, penetapan sasaran, objektif menjana strategi dan pelan pelaksanaan strategi. Memang nampak agak teknikal sikit, tapi sebenarnya kalau ini dapat dibuat , maka baru nampak kemanisannya , baru nampak hasilnya yang memberi impak yang lebih baik kepada pelanggan PBT ini dan juga kepada 'Stakeholder'.
Sebenarnya tidak ada arahanpun untuk dibuat Pelan Strategik Jabatan, tetapi saya mengambil pendekatan adalah wajar Pelan Strategik ini disediakan juga dengan harapan nanti operasi PBT ini lebih fokus kepada perancangan yang dibuat dan semua aspek diambil kira tanpa ketinggalan. Perubahan-perubahan yang berlaku mengikut perkembangan semasa perlu diambil kira dalam menggubal Pelan Strategik ini agar ianya menepati keperluan sebenar pelanggan PBT ini sendiri supaya apa yang dibuat itu dapat dimanafaatkan dan diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan PBT ini dan 'stakeholder'.. Pelan Strategik yang disediakan ini juga boleh dijadikan sebagai ' Blue Print' yang akan diguna untuk maksud perluasan kawasan pentadbiran PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
Sebab itu dalam menggubal Pelan Strategik ini selain kakitangan PBT ini sendiri yang terlibat , ianya juga melibatkan semua Ahli-Ahli Majlis yang mewakili pelbagai sektor seperti sektor perniagaan, perancang bandar, sektor industri, sektor alam sekitar, sektor sosial/kemasyarakatan, sektor teknikal dan kejuruteraan, sektor keselamatan, sektor, sektor belia, peniaga-peniaga peniaga besar dan kecil, sektor pentadbiran am dan sebagainya, Jadi semua sektor diambil kira. Pandangan dan idea-idea dari mereka ini amat perlu agar apa yang dirancang ini membuahkan hasil yang boleh diterima oleh 'client' dan 'stakeholder' PBT ini sendiri apabila dilaksanakan nanti.
Untuk mengujudkan dan menyediakan sebuah Plan Strategik PBT yang berkesan sebenarnya bukan mudah. Saya sendiri tidak mampu untuk tunjuk cara macamana nak buat. Kita kena cari orang yang pakar dalam bidangnya. Dengan adanya fasilitator yang pakar dalam bidangnya ini akan membimbing semua anggota bengkel menghasilkan Pelan Strategik yang lebih tersusun, lengkap dan menepati kaedah yang ditetapkan.
Jabatan telah menjemput Tuan Syed Putra b. Syed Ali dari Institut Aminuddin Baki, Jitra untuk menunjuk ajar para peserta bengkel bagaimana menyediakan sebuah Pelan Strategik yang berkesan dan menepati prinsip-prinsip sebuah Pelan Strategik yang sebenarnya.
Sengaja diaturkan bengkel ini dibuat diluar dari pejabat supaya, semua peserta bengkel ini lebih fokus dan beri tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan satu Pelan Strategik yang lebih berkesan. Disamping itu saya menjadikan Bengkel ini sebagai serampang 2 mata , dimana dengan adanya Bengkel ini juga boleh melahirkan hubungan yang lebih baik dan erat sesama ahli keluarga kakitangan PBT dan Ahli-Ahli Majlis ini serta memberikan kerehatan minda setelah sibok dengan kerja harian diopis..
Lepas ini banyak kerja nak kena buat untuk memastikan misi dan visi PBTTPHTK tercapai.
Ini dia Misi dan Visi terbaharu yang diputuskan dalam bengkel ini...
Misi
'Mewujudkan PBT yang komited, progresif, proaktif dan kompetitif serta pekhidmatan yang efisen dan mesra kepada seluruh warga dan pelanggan'...
Visi
'Kulim Hi-Tech Park yang dinamik dan harmoni'
(Dinamik : sesuai dengan kehendak pemegang taruh (stakeholder), perubahan dasar dan perubahan zaman.)
(Harmoni: Indah dan sejahtera dari segi infrastruktur, landskap, reka bentuk bangunan, landskap ekonomi, pelabur dan lanskap sosial)
Pada pengakhiran bengkel ini, satu dokumen Pelan Strategik yang merangkumi semua aspek telah dapat dihasilkan oleh peserta-peserta bengkel... Terima kasih kerana semua peserta telah memberi komitmen yang tinggi menjayakan bengkel ini. Bagi meraikan kerja buat mereka semua ini, satu Majjlis Jamuan Makan Malam diadakan kepada semua ahli-ahli majlis dan kakitangan serta keluarga masing-masing yang telah hadir memberikan idea yang bernas2 belaka. Majlis ini dibuat untuk mengeratkan tali silaturahim sesama anggota PBTTPHTK serta keluarga dan juga dengan Ahli-Ahli Majlis PBT TPHTK.
Ok lah... cukuplah dulu ya catatan saya untuk kali ini.. Besok jangan lupa ya .. Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysa, Kedah Lawan Selangor.. Inipun peristiwa penting juga kepada kita semua terutama bagi orang Kedah.. Kedah Boleh... Ini seperti maruah juga..