Friday, 14 August 2015

Pertukaran Ilmu ..

Tarikh:02 September 2015
Catatan : Mohd Asri Redha
Tempat: Kulim, Kedah

Hari pertama saya bertugas di PBTTPHTK
Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat-sahabat yang rasanya baru kut nak mengenali blog saya ini. Mungkin ramai yang biasa membaca blog saya, tapi tajuk blog yang lain seperti yang saya rekodkan kat sebelah kiri blog ini..

Blog ini baru sahaja saya cipta untuk maksud menceritakan segala aktiviti-aktiviti saya di tempat kerja yang baru. Dok panas-panas lagi.. lama juga tak menulis blog samada dalam blog ini maupun blog lainnya..  kalut sikit dengan urusan pertukaran, dengan aktiviti di Alor Setar dan juga jamuan raya sana sini.. Kat sini pun baru 4 hari sahaja saya datang , yang lain tu banyak ada urusan rasmi di Alor Setar..  Nasib baik teknologi IT yang membolehkan saya berurusan dimana sahaja walaupun tidak duduk dipejabat. begitu lah kira-kiranya.. Dunia yang semakin moden ini membolehkan kita bertugas dimana sahaja dan pada waktu mana sahaja.. Tak ada masalah. Segala perkembangan semasa ada depan mata dengan melihat kepada Smart Phone kita sahaja.. betul tak...

Oh ya... sebenarnya bermula 02 Ogos 2015, saya telah mendapat arahan bertukar tempat kerja lagi walaupun baru sangat rasanya saya bertugas sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu/ Yang DiPertua Majlis Daerah Bandar Baharu.. ya laa .. kira-kira 4 bulan 10 hari sahaja... Tak dan nak buat apa dok kat Bandar Baharu ini..  Tak taulah fasal apa dan kenapa ditukarkan begitu cepat , tapi pada saya sebagai pegawai kerajaan saya terima dengan berlapang dada dan terima seadanya segala takdir yang telah ditentukan.. Mungkin ada hikmah disebalik pertukaran ini...

Menerima serahan tugas sebagai YDP PBTTPHTK 
dari Tn Haji Mohamad Che Nai ... 
Sekarang saya bertugas sebagai Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian High-Tech Kulim. Panjang juga tu nak sebut.. tak apa... saya buat ringkasannya PBTTPHTK. Ini satu lagi tanggungjawab baru yang terpaksa saya pikul yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri kepada saya. Pada mulanya saya merasakan pentadbirannya lebih kurang sama sahaja dengan PBT lain.. rupanya ianya tidak sama. Ada kelainan sedikit bertugas disini, kerana tanggungjawab saya adalah menerajui sebuah PBT yang perkhidmatannya khusus untuk industri yang berada disini disamping sedikit sebanyak perumahan dan perniagaan lain. Tapi yang utamanya ialah Kilang Perindustrian yang beroperasi disini. Kilang Industri ini ada yang datang dari luar negara dan juga ada dari dalam negara. Kesemuanya berkaitan dengan pengeluaran produk berteknologi tinggi dan operasi kilangnya juga berteknologi tinggi.. Memang hebat tu. Sebab itu perkhidmatan yang kena diberikan oleh PBTTPKHT ini kena tinggi juga standardnya... Ini cabaran besar kepada saya dan anak-anak buah saya di PBT ini.. Apa yang penting sebarang proses kelulusan kena cepat. Begitu juga sebarang isu dan masalah berbangkit perlu segera diselesaikan. Aduan awam perlu bertindak segera.. Jadi segala-galanya kena cepat dan tepat. Itu yang dikehendaki dikalangan industri ini kerana bagi mereka masa itu amat berharga dan tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.

Kerana itulah saya katakan, cabaran bertugas disini memang mencabar , walaupun sekali pandang macam tak berapa banyak kerja.. tapi hakikatnya memang banyak kerja nak kena buat bagi memastikan segalanya sentiasa kemaskini dan segalanya sempurna. Walaupun saya sudah bertugas lebih 30 tahun, tapi pada saya bila datang bertugas disini saya rasa macam baru lagi dan masih lagi dalam proses belajar dengan suasana yang baru ini. Saya akan memastikan bahawasanya kehadiran saya disini tidak merugikan semua pihak..... dan saya mohon kerjasama semua pihak terutama dikalangan Ahli Majlis, Anak-anak buah saya di PBT TPHTK dan rakyat dalam kawasan PBT ini dalam menguruskan dan mentadbirkan PBT ini dengan berkesan.

Ok, jumpa lagi sahabat-sahabat.. nanti saya coretkan lagi cerita-cerita saya disini.