Wednesday, 23 November 2016

Tahniah OSRAM

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 24 hb November


Add caption
Assalaamualaikum WRT....Selamat Sejahtera semua sahabat-sahabat blog saya ini.. Terima kasih kerana masih mampu melayari laman ini.. Hari ini ada satu lagi cerita kejayaan .. Kejayaan semua pihak.. Kejayaan Kerajaan Negeri Kedah dalam menarik pelaburan asing ke Negeri Kedah dan khususnya ke Kulim Hi-Tech Park..

Kelmarin saya telah menghadhiri majlis perasmian bermulanya operasi kilang TOMOE Malaysia Sdn Bhd di KHTP ini.  Dah siap baru mereka atur buat perasmian. (Refer catatan saya di link ini..  Perasmian Kilang ToMOE Malaysia Sdn Bhd .    )

Hari ini saya menghadhiri pula majlis perasmian 'Roofing Ceremony'  OSRAM Kulim Plant oleh YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Biasanya di Malaysia ada dua sahaja majlis yang selalu dibuat berkenaan projek-projek, Pertama ialah Majlis Pecah Tanah Projek dan keduanya bila dah siap selalu ada Majlis Perasmian Kilang dan sebagainya. Biasanya dua kali la.. Adakalanya majlis pecah tanah tu hebat tak sangka.. tapi sampai ke sudah tidak siap-siap projek itu..





Pergi ke majlis Roofing Ceremony
saya diberikan cenderamata spt ini,
Tapi orang Jerman lain sikit.. Mereka buat majlis perasmian 'Roofing Ceremony'.. Macam-macam cara la nak buat majlis-majlis rasmi-rasmi ni. Tapi ini kali pertama saya hadhiri perasmian Roofing Ceremony' dibuat di Malaysia.

Bertempat di KHTP atas tanah seluas 9.6 hektar.. Projek bernilai lebih kurang RM4.7 Billion ini telah dimulakan sejak Mac 2016 dan dijangka akan memulakan operasi pengeluaran pada pertengahan tahun 2017. Lebih dari 1,000 pekerjaan akan diujudkan bila beroperasinya kilang ini.

Saya mencadangkan supaya rakyat tempatan mengambil peluang ini untuk memohon kerja di OSRAM dengan gaji yang agak lumayan juga.. Saya rasa pengiklanan jawatan-jawatan yang diperlukan itu telah dibuat dalam media-media elektronik dan internet seperti dalam Jobbstreet  dan Jabatan Tenaga Rakyat... Pandai-pandai la mencari.. Jangan tunggu orang suap saja...            





Syarikat semikonduktor dari Munich German ini merupakan syarikat yang mengeluarkan Cip Led 6 inci terbesar dan terbaharu didunia . Cip Diode Pemancar LED ini merupakan produk yang akan dikeluarkan oleh OSRAM Malaysia Sdn Bhd, dikilang ini. 

Sebagai sebuah PBT di KHTP ini , sedikit sebanyak jabatan saya ada sumbangan besar juga yang diberikan terutama dalam mempermudahkan urusan-urusan pembangunan di tapak ini dan mempercepatkan proses kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan. Proses kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan projek ini saya rasa adalah antara yang tercepat pernah dibuat. 

Saya amat mengalu-alukan operasi kilang ini di Kulim Hi Tech Park . Ketiga-tiga ucapan yang saya dengar dari Mr Aldo Kamper (Presiden dan CEO OSRAM), Dr Roland Mueler (Managing Director OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd) dan juga oleh Duta German ke Malaysia,  mereka memaklumkan amat tertarik dengan iklim pelaburan di Malaysia dan Kulim khususnya yang amat mesra pelabur.. Dengan adanya kemudahan-kemudahan infrastruktur yang amat terbaik di KHTP ini dan layanan institusi terbaik dan tercepat yang diberikan  adalah antara sebab utama Syarikat dari Munich Jerman  tersebut berminat untuk melabur di Kulim Kedah ini. .  Sebab itu syarikat tidak ragu-ragu untuk melabur dengan begitu banyak peruntukannya di KHTP ini. Kita sendiri faham German juga mempunyai standard kualiti yang tinggi dalam produk-produknya. Memilih Kulim Hi-Tech Park Industri untuk menempatkan kilang terbesar ini amat membanggakan saya dan kerajaan keseluruhannya. Ianya membuktikan kita bukannya lekeh,  dan pengurusan serta pentadbiran kawasan industri kita adalah yang terbaik,.. Itu yang saya nak kata..  Jumpa lagi.. nanti saya cerita lagi bila ada kilang baru yang akan dibuka..

Terima kasih

















No comments:

Post a Comment