Wednesday, 23 November 2016

Angkat Sumpah Berjanji Nak Buat Kerja Yang Terbaik Agar Mendapat Keredzaan Allah SWT.

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 10.10.16

Assalaamualaikum WRT.. Dan Selamat Siang.
Hari ini tak ada apa nak cerita yang luar-luar opis, cerita dalam opis sahaja. Lama tak update blog ini.. so saya cerita juga aktiviti saya hari ini.

Hari ini saya nak cerita fasal menjadi saksi Angkat Sumpah kakitangan kontrak PBT TPHTK sama ada yang baru masuk bekerja atau yang berjaya disambung kontrak mereka. Lepas ni sapa-sapa yang angkat sumpah dihadapan  saya,  akan sambong gambar kat tajuk ini untuk rekod...

Mungkin pada setengah-setengah orang acara Angkat Sumpah ini biasa sahaja, tak perlu buat macam yang saya buat... cuma tandatangan dan serah saja pada pentadbiran untuk simpan dalam fail.   Betul tak.. kebanyakannya buat begitu.

Tapi bagi saya Upacara Angkat Sumpah ini amat penting kepada pentadbiran sesuatu jabatan. Ianya perlu dilafazkan aku janji tersebut dan difahami dan dingati selama-lamanya selagi anggota berkhidmat dijabatan itu. Kadang-kadang kita terlupa akan akujanji kita yang tak sangka punya bagus, boleh segalanya, kerja ikut peraturan, mai kepejabat ikut masa , berdisiplin, berintegriti, patuh kepada arahan ketua jabatan dan pegawai atasan, tidak membuang masa , tidak berkelakuan yang tidak elok dan segala macam perkara-perkara baik belaka..

Kalau tak diulangi dan diperingatkan  selalu, kita boleh terlupa akan aku janji yang telah kita lafazkan itu.. Sebab itu saya perlukan supaya kakitangan dapat buat Akuan Bersumpah yang dilafazkan dihadapan saya disamping saya akan mengingatkan lagi secara lisan akan pentingnya faham akan akujanji yang dilafazkan itu,,

Kakitangan tetap pun saya rasa perlu juga sekali sekala diadakan balik Upacara Angkat Sumpah atau Ikrar Pegawai seperti mana juga kita baca Ikrar Rukun Negara yang semuanya itu adalah untuk kebaikan diri kita, jabatan kita, negeri kita dan negara kita.
 
Semoga mereka menjadi pekerja yang terbaik dan cemerlang dan menjadi aset yang terbaik dan amat berguna untuk jabatan dimana mereka bertugas,

Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment