Catatan: Mohd Asri Redha.
Tarikh: 16 Mei 2016
|
Sehari sebelum majlis dah test basikal baru |
Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Malam.... buat sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini.. Agak lama juga saya tidak kemaskinikan berita-berita atau maklumat-maklumat terkini dalam blog ini.. Macam-macam cerita dan peristiwa dah terlepas.. Entah kalut apapun saya tak tahu, Dulu masa saya duduk kat Majlis Bandaraya Alor Setar lagi kalut fasal kerja, tapi banyak juga saya buat catatan dalam blog sebelum ini tanpa ketinggalan,.. Mungkin fasal dok jauh kot .. itu yang malas sikit tu.. Tak apa.. Hari ini saya cuba hilangkan kemalasan saya ini.. saya nak kena tulis juga.. Kalau tak menulis lama kelamaan dia jadi malas terus dan mandom kata orang. Otak tak boleh nak berfikir kreatif lagi kalau kita biarkan terperap begitu sahaja. Jadi kena fikir, fikir dan fikir dan luahkan dalam catatan-catatan seperti ini.
|
Kena bersyarah sikit bab-bab kebersihan dan tanggungjawab menjaga kebersihan. |
Sedar tak sedar rupanya sudah lebih 20 tahun Kulim Hi Tech Park ini ujud. 20 tahun tu lama. 20 tahun merupakan satu tempoh yang cukup matang untuk sesebuah organisasi itu menonjolkan dirinya diperingkat tempatan, negeri, nasional dan internasional. Pun begitu rasanya sesuatu perlu dibuat untuk mempromosikan lagi kawasan pentadbiran ini yang berkeluasan 4,883.08 ekar.. Sekarang kawasaan ini sudah hampir tepu dengan pembangunan fizikal dan telah ada usaha meluaskan lagi kawasan KHTP ini hingga fasa 4 dan fasa 5. Ini menunjukkan bahawa terdapat permintaan tinggi dalam sektor industri untuk membina kilang di KHTP ini.
Kawasan dibawah pentadbiran saya ini telah menjadi contoh terbaik untuk dijadikan petunjuk bagi menggalakkan lebih ramai lagi pelabur dalam negeri dan luar negara datang melabur dan membina kilang mereka di kawasan ini.. Pihak Kulim Technologi Park Corp telah menggerakkan jentera promosinya dengan lebih agresif dalam mencari pelabur-pelabur berpotensi yang terlibat dalam bidang-bidang berteknologi tinggi. Sebagai sebuah PBT sudah tentu akan berusaha mempermudahkan segala urusan berkaitan dan mempercepatkan segala permohonan pembangunan. Begitu juga bidang penyelenggaraan infrastruktur sedia ada, penyelenggaraan kebersihan kawasan dan parit, landskap dan sebagainya diberi perhatian utama dan terbaik oleh PBT TPHTK ini agar ianya memberi kepuasan kepada penghuni dikawasan PBT ini.
|
Start mula dihadapan.. sampai balik dibelakang .... gaya saja lebih, |
Sebenarnya catatan saya hari ini adalah nak cerita fasal Program FUNRIDE 2016 Sempena Sambutan Ulang Tahun Kulim Hi-Tech Park ke 20 Tahun. Sekali tengok program itu biasa sahaja iaitu berbasikal santai-santai sahaja. Tapi sebenarnya ini adalah salah satu caranya kita menyambut ulangtahun keujudan KHTP ini selain banyak program-program yang dirancang bersama dengan pihak Kulim Technology Park Corp.
|
No KoMeN |
Melalui program FUNRIDE ini ianya dapat mempromosikan KHTP ini dengan lebih meluas lagi dengan aktiviti berbasikal disekitar kawasan KHTP ini. Sebab itu semua peserta FUNRIDE ini dibawa berbasikal melalui kawasan-kawasan perumahan, kawasan industri, kawasan riadah, kawasan taman awam, kawasan institusi pendidikan dan kawasan perniagaan. Peserta akan dapat melihat dan menikmati akan keindahan kawasan KHTP ini yang selama ini mungkin hanya mendengar sahaja nama KHTP ini dan ataupun mungkin hanya melalui jalan utamanya sahaja...
Kawasan KHTP ini adalah merupakan salah satu kawasan industri yang terbaik dan terindah di Malaysia yang dijaga dengan begitu baik.. Sekurang-kurangnya orang tahu bahawa disinilah tempat ramai rakyat Malaysia mencari makan, dan merupakan penyumbang yang besar juga kepada hasil pendapatan negara.
|
Sokongan padu dari pihak E-Idaman yang menghantar team yang hebat2 diketuai oleh bossnya sendiri Saudara Saiful. |
Program ini FUNRIDE ini telah berjaya menarik ramai peminat-peminat berbasikal ini dari serata tempat sehingga dari Selangor, Melaka, Pahang dan lain datang semata-mata nak berbasikal di KHTP ini.. Bukan ada hadiah berpuluh ribu RM pun.. tapi mereka sanggup datang. Saya amat kagum dan amat hargai penglibatan mereka ini. Lebih 750 peserta telah mengambil bahagian. Saya melihat penganjuran program ini adalah terbaik yang dibuat oleh anak-anak buah saya dimana ianya tlh berjalan lancar dan mendapat pujian dari pelbagai pihak.
|
Kawasan KHTP ini akan cuba dijadikan contoh terbaik amalan kitar semula dan pengasingan sisa pepejal di punca.. walaupun sekarang ni agak kurang bagus sikit.. kita akan terus berusaha tanpa jemu-jemu... sampai 100% penduduk dikawasan ini sudah jadi kebiasaan... |
Melalu program ini juga PBT bersama E-Idaman telah mempromosikan
program Kitar Semula dan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca.
Saya juga telah memberikan sedikit perhatian kepada kepada para peserta tentang sikap dan tanggungjawab insan dimuka bumi ini dalam menjaga alam sekitar agar selesa didiami dan
menjaga kebersihan persekitaran kita dengan tidak membuang sampah merata-rata. Saya berkehendakkan kita rasa bersalah teramat sangat kalau buang sampah ditempat tidak sepatutnya dan sebagai warga bumi kita perlu menegur orang-orang yang masih lagi tidak mementingkan kebersihan dengan membuang sampah merata-rata.
Alhamdulillah selepas program ini saya dapati tidak ada siapa yang membuang sisa-sisa bekas makanan dan lain-lain sampah dipadang dan sebagainya. Boleh pun. Mungkin malu kut sebab saya dah cakap tadi... ya bagi ada rasa malu... baru tidak buat perkara yang memalukan itu iaitu buang sampah ikut suka hati sahaja. Semuanya menggunakan tong sampah yang disediakan termasuk tong sampah kitar semula yang ditempatkan disitu.. Jadi sebenarnya ini boleh dibuat, tapi kita kena peringatkan selalu.... kadang-kadang manusia ni dia mudah lupa.. Masih banyak berlaku lagi bila habis pasar malam atau pasar sehari sampah berselerakan, selepas ceramah ugamapun buang sampah ditapak, apatah lagi kalau majlis seronok2 hiburan tu.. lagi la banyak buang sampah.. Saya fikir urusetia sesuatu aktiviti kena selalu laung-laungkan berkenaan jangan buang sampah ini... kita kena kutuk orang yang buang sampah merata-rata..
|
Orang kuat K.I.T.A .. Saudari Siti Rahmah bersama Pn. Robi Pengarah JPBDD Kedah |
Oklah ..Bagi saya ini merupakan satu cara bagaimana kita hendak menunjukkan bahawa kerja berpasukan yang jika diatur dan disusun betul-betul akan membuahkan hasil yang terbaik. Ini merupakan satu cara yang amat saya harapkan dalam kerja buat anak-anak buah dalam pekerjaan harian di pejabat. Kita tidak boleh ada rasa kedekut tenaga dan masa dalam bermasyarakat. Semua pihak ada peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Pada masa yang sama sikap bantu membantu, tidak berkira dalam kerja, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak curi tulang perlu ada dalam diri setiap anggota. Kalau ini boleh kita amalkan lebih banyak lagi program-program besar yang boleh diaturkan untuk kepentingan semua pihak. Semua ini juga kita boleh transformkan dalam kerja harian kita juga.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini samada peserta FUNRIDE sendiri, para tenaga sukarelawan, para penaja besar dan kecik, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang membantu dengan penuh rasa tanggungjawab, dan lain-lain lagi... Jasa anda semua amat dihargai...
Itu sahaja catatan ringkas saya... tak ringkas juga tu.. Panjang berjela juga.. Isi sikit sahaja, goreng sahaja yang banyak. Diharap tak jemu membaca. Kalau jemu tutup saja... habis cerita dan no komen.
|
Peserta dari pelbagai kaum mengambil bahagian.. suatu suasana yang begitu harmoni. |
|
Menikmati suasana nyaman kehijauan di Taman Awam Parit Bunian.... |
|
Hiburan dari Kumpulan Buskers |
|
Menarik tengok warna-warni peserta. Basikal pelbagai jenis dari yang semurah dan dan paling mahal dan canggih.. pakaian-pakaian yang diperagakan oleh peserta macam-macam, warna warni dan amat menarik.. suasana ceria |
|
Semuanya Happy2 belaka.. kan seronok begitu... |
|
Memohon restu Allah SWT dan keselamatan semua yang terlibat sepanjang masa berkayuh... |
|
Ini sebahagian Ahli JK Tertinggi PBT TPHTK dah ahli Majlis MDBB pun hadhir juga.. TQ |
|
Sebahagian anak-anak buah saya yang sempat dirakamkan |
|
800 orang berkumpul setempat sebelum majlis bermula... |
|
Puan Robi Boss Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah turut sampai untuk kayuh gerek dia.. Kelihatan juga Boss E-Idaman Negeri Kedah hadhir sama untuk mengayuh basikal... Yang dok selfie tu ... biasa la sahabat saya ... segala tempat dia ambil gambar... itulah YB Dato Norsabrina ADUN Bandar Baharu dan Ahli MMK Kedah |
|
Ahli JK Tertinggi PBT TPHTK yang turut hadhir .....Dato' hj Osman Md Aji dan Saudara Wahab |
|
Terima kasih YB Dato' Badrulhisham dan YB Dato' Norsabrina Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudi datang pagi2 ke Majlis FUNRIDE ini dan membuat pelepasan peserta.............. |
|
periksa trek laluan dulu sebelum berkayuh sebenar |
|
Kalau tengok kaki ni .. agaknya macamana dia boleh
kayuh sampai 26 km malahan lebih lagi rasanya...
Jadi kecacatan bukan satu halangan .... masih aktif
mengalah yang sihat segar bugar tu tak dak cacat cela
|
No comments:
Post a Comment