Tarikh: 00 Mei 1016

ok.. masa saya tulis ni saya sedang mengikuti Konferen Kebangsaan Anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar dgn MALA ..INOVASI AMALAN TERBAIK.. Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2016. di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar..
Menarik tajuk ini dan amat bersesuaian dgn bidang saya yg terlibat dgn PBT ni.. Sebab itu bila dpt surat ni .. saya cepat2 daftar bersama anak buah utk mengikuti Konferen ini kerana ia amat bermanafaat utk PBT dan sesiapa sahaja yg mengerti..
Tapik yang dibicarakan oleh penceramah juga amat menarik.. nanti saya akan buat sedikit ulasan berkenaan setiap tajuk tersebut..
Prof Dato' Dr AZMI Mohd Lila dari UPM telah membentangkang satu tajuk yg menarik iaitu.. *Amalan Terbaik Inovasi Dan Penyelidikan Perkhidmatan PBT Bertaraf Dunia*.. .
Kadang2 inovasi yg dihasilkan baik secara sedar atau tidak sedar telah tidak diberi pengikhtirafan dan dieksploitasi sewajarnya. Penceramah telah memberikan suatu pendekatan terbaik bagaimana inovasi blh memberi kesan terbaik kepada sesebuah organisasi...
![]() |
Kawan lama saya Dato' Hj Mohd Kamil - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. yang turut hadir sebagai peserta seminar.. |
Utk itu beliau telah menggariskan 7 factor yg membolehkan inovasi menjadi amalan terbaik... . Faktor2 tersebut adalah seperti berikut..
Setiap anggota mesti ada 'Pemikiran Inovasi'.. Utk itu kreativiti kena ada disamping setiap anggota ada flexibility. . boleh berkolaborasi.. memberi perhatian yg tinggi kepada usaha2 pembaharuan ..
Kerajaan juga memberi perhatian kepada *Harta Intelek* dgn pelbagai Akta diujudkan utk memastikan setiap pencipta inovasi dapat mengambil manafaatnya ...
Setiap orang tahu *menghargai nilai* sesuatu inovasi.. *impak inovasi* kepada pengurusan dan perkhidmatan PBT.. Sudah tentu *Integriti*, *kerja berpasukan* dan *kepimpinan* yg padu akan membuahkan inovasi yg terbaik yg blh dijadikan amalan terbaik semua PBT.. Pada akhirnya kecekapan dpt tingkatkan , kos dpt dikurangkan dan sudah tentu segalanya pelanggan PBT juga yang akan mendapat manafaatnya.
En Nasir Jaafar COO AIM tlh membentangkan kertas kerja bertajuk Inovasi PBT dan Sektor Awam. Impak Amalan Terbaik Dan Cabaran .... Beliau telah menggariskan 7 bidang inovasi yg boleh diketengahkan... iaitu inovasi dlm bentok produk, inovasi dalam bentok perkhidmatan, innovasi dalam bentok proses2 kerja, inovasi dlm bentok 'penggunaan teknologi, inovasi dlm 'sale & marketing', inovasi dlm 'management' dan inovasi dlm 'business model'..
![]() |
Perbincangan tidak rasmi dimeja makan bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan, Kerajaan Temoatan dan Kesejahteraan Bandar |

bidang pengangkutan, latihan, keselamatan dll. beliau juga menunjukkan contoh Smart Community Public Service di Guang Zhou.. seperti Smart Public Center.. promote public spaces for all, .. Street a public spaces.

http://beritakcs.blogspot.my/2015/10/strategic-leadership-course-melahirkan.html
ada saya cerita sikit fasal mayor dan municipality ini.. Memang hebat dan 'powerful' mayor ini... beliau berjaya membawa pembangunan yg begitu pesat diwilayahnya ini.. samada pembangunan insan.. pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal.

Tu dia punya banyak mayor ni buat dari awal pentadbirannya dan akhirnya dlm tempoh 9 tahun beliau berjaya melaksanakan sepenohnya. .. Pemilihan mayor ni sebenarnya adalah melalui pilihan raya PBT .. tp rakyat gembira dgn misi dan visinya dan masih memilihnya sebagai Mayor walaupun tempoh penggalnya sebagai mayor telah tamat. Rasa macam nak pi melawat tengok wilayah ini.. nak pasti betul ka apa yang dikatakannya itu.. Kalau betul memang hebat...


Tahniah kepada Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah berjaya menganjurkan konferen yang sebesar ini dengan kerjasama pihak M.A.L.A . Semoga ianya memberi impak yang baik kepada semua PBT diseluruh negara terutama dalam menghasilkan lebih banyak produk2 inovasi yang boleh dimanafaatkan oleh semua pihak khususnya oleh PBT itu sendiri.
Terima kasih... Jumpa lagi.
Terima kasih... Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment