Monday, 2 November 2015

Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.. Sekadar Peringatan Untuk Semua....

Catatan: Mohd Asri Redha



Setiap bulan anak-anak buah saya tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran.. Tidak kira la buat kecik atau besar... yang penting kek tu tetap ada juga.. Makan-makan tu ada juga.

Sebenarnya yang lebih penting ialah program seperti ini telah dapat meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan atau anggota kerja PBT ini,  Rasa kemesraaan, ambil berat  dan kasih sayang sesama anggota yang ujud dalam organisasi akan dapat meningkatkan lagi kegembiraan staf, keseronokan untuk bekerja dan seterusnya akan dapat meningkatkan lagi produktiviti jabatan. Itulah yang saya amat harapkan.. Insya Allah.  Moga program ini dapat diteruskan sampai bila-bila...

Disamping itu  ia dapat mengingatkan  diri sendiri, bahawasanya masa begitu cepat berlalu. Ia tidak menunggu dan ditunggu. Ia tetap berlalu. Masa yang masih ada ini hendaklah dipergunakan sewajarnya untuk kerja dan perbuatan yang berfaedah., baik buat diri sendiri, untuk keluarga, untuk jabatan kita, untuk bangsa, untuk agama, untuk negeri dan untuk negara.  Masa yang masih berbaki inilah untuk diri sendiri pulun mengaut segala modal untuk dibawa dialam baqa dan alam akhirat nanti.  Amatlah rugi pada yang membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang memberi faedah. Apatahlah lagi masa yang ada itu digunakan untuk kerja dan perbuatan yang melanggari segala hukum hakam  Allah SWT... Peringatan ini khusus untuk diri sendiri juga untuk sahabat-sahabat sekalian.. 

Al Fatihah.. aamin

Sunday, 1 November 2015

PERBELANJAAN YANG TIDAK PERLU JIKA KITA BERDISIPLIN MEMANDU....

Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 02 November 2015



Kejadian kemalangan di Leboh Raya BKE-Baling, Jalan masuk BKE - Hi Tech.. pada 01 November 2015. Tiang itu bukan
kacau sesiapapun. Tapi itulah namanya kemalangan . tak dijangka.. Mungkin kecuaian atau mungkin juga pemandu lain yg cuai.. Pokoknya kesan daripada kemalangan itu, sepanjang jalan itu bekalan elektriknya terputus. Kelam la kawasan itu pada waktu malam kerana lampu jalan tidak menyala. Orang awam sudah 'complaint'.. Ini yang kebanyakan orang awam tidak begitu menyedari bahawa antara kos-kos terbesar sesebuah PBT adalah untuk penyelenggaraan keerosakan seperti ini.. Kabel tersebut terpaksa di ganti atau disambong balik, tiang tersebut terpaksa ditempah yang baru.. Bukan sikit belanjanya... Sebagai sebuah PBT bertanggungjawab kenalah juga perbaikinya walau setinggi mana kosnya...




Ini satu lagi kejadian kemalangan jalan raya, sebuah bas kilang tak fasal-fasal melanggar tiang lampu isyarat yang berdiri setia tak kacau sesiapapun. Malahan berkhidmat dengan penuh bertanggungjawab mengawal lalulintas. Tempat kejadian ialah di lampu isyarat jalan KHTP 16.   Apalah salahnya sampai dilanggar begitu . Mungkin kecuaian pemandu atau kecuaian pemandu lain.. Apa2pun ianya amat menyusahkan pengguna, kerana pemandu terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Aduan awam pun telah diterima.. Lagi kos yang terpaksa ditanggung oleh PBT... Kos membaiki lampu isyarat memang tinggi. Habis duit kat situ saja sedangkan wang tersebut kita boleh gunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.
  
Dalam tempoh tidak sampai sebulan  sudah 2 kemalangan yang melibatkan kerosakan harta awam.. Jenuhlah PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim kalau kerap sangat berlaku kemalangan seperti ini.. 



PESANAN SAYA: Berhati-hatilah semasa memandu. Banyak sangat saya dapati kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian sahaja seperti menggunakan telefon semasa memandu, tidak berdisiplin dengan melanggar lampu isyarat.. dan macam-macam lagi la kesalahan semasa memandu kenderaan..   nak tau lanjut fasal tabiat orang- orang kita memandu kenderaan.. boleh ikuti catatan-catatan  saya dalam blog ini ....

http://semangatjati.blogspot.my/2009/08/tabiat-buruk-orang-kita-di-atas-jalan.html

Saturday, 31 October 2015

Hari Sukan Negara..... 2015

Catatan aktiviti : Mohd Asri Redha

Aktiviti :    Penglibatan PBT Taman  Perindustrian Hi-Tech Kulim dalam  Program Hari 
                   Sukan Nekat Daerah Kulim dan Negeri
Tarikh:     Oktober 2015
Tempat:    Sek Men. Sultan Badlishah , Kulim, Stadium Keladi, Kulim dan Kompleks
                   Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar..


Jadikan sukan sebagai aktiviti harian, kelak memberi kebaikan yang amat banyak kepada kesihatan.......    

CAKNA ... AMBiL PEDULi

Catatan Aktiviti oleh: Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Oktober 2015

Aktiviti : Seminar Kecemerlangan PBT dan Pelancaran Aplikasi CAKNA... oleh YB Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tarikh : 29 Oktober 2015
Tempat: A Famosa Resort, Melaka

CAKNA .. Aplikasi baru yang diperkenalkan untuk membuat aduan kerosakan atau baik pulih serta merta melalui telefon pintar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).......

Boleh layari:  http://akna.kpkt.gov.my

Monday, 12 October 2015

Kecil-Kecil Cabai Melaka.. Itulah Singapura...

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh 03 Oktober 2015

Sengaja letak gambar ini didepan sekali..  bagi nampak 
kehijauan mata memandang.. sedap sikit nak baca catatan
catatan saya kali ini.. Kiri kanan tu puteri-puteri saya
kat PBT TP Hi-Tech Kulim... yang turut sama   
mengikuti lawatan rasmi ini. Satu pendedahan kepada
mereka yang perlu kepada pencarian idea-idea baru
dalam menjalankan tugas seharian..
Assalaamualaikum WRT.. buat saudara yang masih yang mengikuti catatan-catatan blog saya ini.. Catatan kali ini saya mula tulis semasa saya berada di Cangi International Airport , Singapore. Airport ini sepertimana yang diketauhui umum adalah amat terkenal dan telah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa berulang-ulang kali.. Ada-ada sahaja pembaharuan yang dibuat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lapangan terbang ini... Sebenarnya semasa saya menulis catatan ini saya sedang menunggu penerbangan  untuk berangkat pulang ke tanahair setelah 4 hari mengadakan lawatan rasmi ke negara Singapura ini.   Jadi sementara menunggu untuk masuk ke dalam flight saya rasa elok saya gunakan kemudahan internet percuma yang disediakan oleh airport ini di kiost-kiost internet yang berpuluh-puluh unit disediakan diserata tempat dalam kawasan airport yang begitu luas ini. Airport ini satu-satunya mengadakan kiosk percuma seperti ini..  Airport lain tu disediakan juga kemudahan ini, tapi nak masuk dapat linenya begitu payah.. macam bagi tak bagi sahaja... Di sini pi sahaja kat kiost yang disediakan itu terus patuk sahaja keyboard, boleh terus sahaja melayari internet yang disediakan.. mudah kan. Sebab itu saya  rasa selesa bila berada di airport ini. Sekarang disediakan pula banyak tempat untuk mengecaj telefon mudah alih.. lagi la orang masuk boarding awal untuk dapat tempat yang ada kemudahan caj tersebut. Jadi itu antara kemudahan yang disediakan di airport ini.

Ok... nak cerita apa ya kali ini.. tentu nya nak cerita fasal lawatan saya ke Pulau Singapura ini. Sebenarnya sudah  banyak kali saya datang ke Pulau ini, tapi itulah kalau mai tu hanya pi tempat-tempat yang selalu orang pi seperti ke Sentosa Island, Universal Studio, ke Orchard Road dll lagi . Tapi kali ini saya memang terasa ada kelainan lawatan saya kerana ini merupakan Lawatan Kerja anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan semua PBT Kedah. Tujuannya untuk melihat sendiri akan pembangunan-pembangunan Pulau Singapura sendiri yang begitu cepat membangun, walaupun negara ini amat kecil. Antara perkara yang akan dipelajari dari lawatan ini adalah dari segi penyediaan rumah kepada rakyatnya, pengurusan sisa pepejalnya, program penghijauan bandarnya dan juga perancangan pembangunan Pulau Singapura ini sendiri. Jadi saya rasa amat berbaloi dapat mengikuti lawatan ini. Terlalu banyak benda yang boleh dipelajari, walaupun dirasakan agak sukar dan susah juga jika hendak dilaksanakan di negeri Kedah ini.. Nanti saya cerita kenapa dirasakan agak sukar dilaksanakan di negara kita ini... Namun begitu ianya memberikan pendedahan kepada semua ahli rombongan dalam menerbitkan idea2  yang boleh diperkembangkan di negara kita sendiri, yang boleh diubahsuaikan bersesuaian dengan budaya dan perangai rakyat negara ini. Kalau tidak dapat dilaksanakan dalam tempat terdekat ini sekurang-kurangnya perancangan itu ada....

Segala kawalan dan pemantauan operasi kilang insinerator ini
melalui bilik ini yang dipanggil Central Contorol Room.
Melalui Digital Control System yg dikawal dr bilik ini,
segala operasi dapat dimonitor dan dilaksana serentak
tanpa masalah.
Kemana ya kita nak melawat dulu... Apa kata kita pergi melawat  dan melihat bagaimana Singapura menguruskan dan melupuskan sisa pepejalnya..  Dengan jumlah penduduknya yang melebihi 5.5 juta berbanding keluasannya hanya 718 km persegi sahaja, tentunya menguruskan sisa pepejalnya amat mencabar sekali.. Kemana ya mereka buangkan segala sampah sarap dan bahan buangan rumah serta kilangnya.. Tanahnya tidaklah seluas dinegeri kita.. segala-galanya perlu diuruskan dengan cekap dan berteknologi tinggi dan tentunya tidak perlu kawasan yg luas.



Lawatan ke Tuas South Incineration Plant amat mengujakan saya bila melihat mereka memproses sisa pepejal . Kilang pengurusan dan pelupusa sampah ini adalah yang terbesar di Singapore. Memulakan operasi sejak tahun 2000 lagi dengan kos  binaan pada waktu itu berjumlah $890 juta Singapore. Pusat Insinerator ini direka untuk menguruskan sampah sehingga maksimum  3,000 tonnes sehari. Kawasan kilang ini hanya berkeluasan 10.5 hektar sahaja yang terletak diatas tanah yang ditambak. Semua urusan operasi teknikal dikawal secara 'digital control system' dan menggunakan teknologi yang amat tinggi. Ini memberi kesan kepada kecekapan dan produktiviti yang tinggi dalam segala urusannya. Penggunaan mesin insinerator ini sebenarnya telah mengurangkan lebih 90 peratus jumlah sampah yang dikutip bawa masuk ke sini. Hanya 10 peratus sahaja   baki yang dihasilkan dalam bentuk sisa 'ash' dan 'slag', Itu pun sisa terakhir ini sedang dalam kajian mereka untuk dijadikan sebagai bahan campuran untuk dibuat jalan.. Jadi sudah tentunya tidaklah perlu besar sangat tapak untuk pembuangan sisa pepejal. Kat Malaysia ni.Ini boleh dijadikan panduan bila ada mana-mana syarikat yang ingin mengadakan operasi yang seumpama ini, bahawa keluasan tanah tidaklah terlalu besar untuk operasi seperti ini.. Keuntungan lain bila menggunakan mesin insinerator ini ialah pembakaran sampah ini telah menjana tenaga elektrik. Difahamkan ianya dapat menghasilkan 80 MW tenaga elektrik. Pihak kilang hanya menggunakan 20% sahaja dari tenaga yang dihasilkan, manakala bakinya dijual kepada kerajaan / awam.

Saya pernah melawat kilang yang seumpama ini di Semenyih, tapi dari segi fizikalnya memang besar dan masih dapat menghidu baunya yang tengik ni berbanding di Tuas ini.

Taklimat dan lawatan di Gallery Singapore HDB.
Saya memang kagum dengan kebersihan di Singapura ini. Memang bersih dan rakyatnya berdisiplin dalam hal ini. Mungkin kerana penguatkuasaan mereka agak ketat , dan boleh dikatakan serata tempat dipantau oleh CCTV yang canggih. Jarang sangat kita berjumpa dengan pasukan keselamatan atau polis dikawasan-kawasan awam. Mungkin CCTV yang ada banyak membantu mengawasi setiap pergerakan rakyatnya dan pelancong yang datang. Bila ada kes sahaja baru muncul polis. Saya difahamkan oleh pemandu pelancong , pasukan keselamatan ada disekitar kawasan-
Bot Kutip Sampah seperti ini amat sesuai  digunakan oleh

oleh PBT Kedah.. Nampak praktikal dan mudah mengend-
alikannya. Hanya seorang pekerja sahaja yang urus...........
uruskan.. Saya tengok kat Sg. Kedah/Raja pekerja  dok kaut 
dengan tangan saja, banyak mana sangat boleh kutip.
 Kat mana boleh beli yaa.. Ini saya ambil kat
Singapura
kawasan tertentu tapi dengan berpakaian orang awam. Denda membuang sampah boleh mencecah maksima SG50K atau denda setahun atau kedua-dua sekali.  Jangan buat main-main dengan sampah ni..  Singapura telah lama mengamalkan pengasingan sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Setiap sekolah mereka ada sudut kitar semula  dan setiap perumahan ada tong kitar semula disediakan. Memang setiap tong tersebut dimasukkan barang yang sepatutnya, bukan dimasukkan segala macam benda. Ini pernah berlaku diMalaysia bila permulaan kempen kitar semula dilaksanakan. Sebab itu kita gagal disebabkan perangai dan tabiat orang Malaysia yang tidak mahu berubah. Sekarang ini Kerajaan Malaysia sudah mula balik kempen kitar semula. Kita tengok bagaimanalah kesudahananya. Tapi saya lihat penerimaan rakyat tidak begitu bersungguh-sungguh.. Masih ada yang buat tidak kesah. Sudah berbuih kerajaan berkempen. Nanti bila dikuatkuasakan sepenuhnya barulah dikatakan zalim dan sebagainya.
Mesin Pemungut Barangan Kitar Semula

Terlajak dah tulis fasal kitar semula ni, saya teringat satu mesin yang menarik yang saya jumpa sewaktu berjalan-jalan melihat suasana  di bandar Frankfurt , German...  Saya cuba cari kat Singapura kut-kut jumpa mesin seperti ini.. nampaknya tak jumpa.. Memang canggih.. ada kedai runcit yang menyediakan mesin ini. segala barangan botol plastik boleh dimasukkan kedalam mesin ini ikut saiz yang ditetapkan. Botol plastik itu akan dikisar hancor dan orang yang menghantar botol ini akan diberi resit khas yang boleh digunakan untuk mendapat diskaun belian barang dikedai tersebut. Saya lihat ramai orang datang gunakan khidmat mesin ini.. Cuma saya rasa perangai orang kita yg tidak menyakinkan saya untuk mesin ini bertahan lama... nanti segala macam benda dimasukkan... maka akan rosaklah jadinya..




Taman yang dikelilingi bangunan-bangunan pencakar
langit...jadi tidaklah terasa gersang sangat kawasan
mereka,
Walaupun Singapura sebuah negara yang kecil, masih ada ruang yang digunakan untuk menghijaukan kawasan hutan batunya.. Berkesempatan melawat National Parks Board HQ untuk mendengar taklimat dari pengurusan taman-taman yang ada di Singapura. Termasuk mendengar taklimat berkenan City in The Garden. Banyak tempat yang boleh dilawati untuk menikmati kehijauan taman-tamannya. Rombongan dibawa melawat HortPark , Southern Ridges yang berkeluasan 23 ha,  Cantik susunan pokok-pokok besar dan kecil di taman ini, Terasa nyaman berada dalam taman ini walaupun keadaan jerebu masih diparas yang agak tidak sihat lagi.

National Parks Board HQ telah menanam lebih 3.7 juta pokok pelbagai jenis dan semuanya direkodkan dengan baik dalam sistem pengurusan rekod pokok. Seolah-olah pokokpun  sudah ada rekod pengenalan diri.. Menunjukkan begitu bersungguh-sungguh mereka melaksanakan program menghijaukan bandaraya mereka ini. Saya melihat begitu ramai pekerja terpaksa digunakan untuk menyelenggarakan kawasan taman mereka dan tentunya belanja pengurusannya juga besar. Tapi itulah negara kaya, segalanya boleh sahaja,,

'Skyrise Green City' juga diberi perhatian terhadap bangunan-bangunan tingginya..  Mungkin ada insentif-insentif diberikan kepada bangunan-bangunan tinggi yang memberi keutamaan penanaman pokok diatas bangunan tinggi. Sepanjang jalan utama di Singapura, saya lihat penuh dengan pokok Bunga Kertas yang pelbagai warna.. Cantik pula bila melihat suasana warna warni pokok tersebut, bila ditanam dengan begitu banyak...
Tanaman pokok bunga kertas sepanjang
jalan utamanya. Nampak cantik pula
bila ditanam dengan banyak dan 
pelbagai warna pula..
 pu

Dicelah-celah bangunan pencakar langitnya
Kerajaan Singapura masih mengekalkan penj-

aja-penjaja makanan dan barangan  dgn

pendekatan yang lebih sistematik & berkesan.
Dimana-mana negara, isu perumahan menjadi isu nasional setiap negara. Bagi Singapura, perumahan merupakan satu perkara yang amat diberi perhatian. Kerajaan mereka sudah menyedari keperluan ini sejak setengah abad yang lalu. Kalau tidak ditangani dari peringkat awal, Singapura akan menghadapi krisis terbesar dalam menyediakan rumah yang sesuai kepada rakyatnya. Ada satu ketika kerajaan Singapura mengeluarkan dasar menghadkan bilangan anak . Tapi sekarang khabarnya dasar itu sudah dilonggarkan. Mungkin mereka sudah bersedia dengan program-program perumahan awam yang tersusun dan boleh memenuhi keperluan rakyatnya. Salah satu sebabnya kejayaan dalam pembangunan perumahan awamnya ialah Kerajaan Singapura telah menubuhkan The Housing & Development Board (HDB) sejak tahun 1960 lagi. Sehingga hari ini HDB telah  menyediakan lebih 80% rumah kepada rakyatnya yang berjumlah 5.5 juta orang. Keluasan tanah yang terhad menjadikan harga tanah gila-gila harganya.. terlalu mahal. Jadi tidak mungkin rumah banglo seperti di Malaysia dapat dibina, kecuali ianya kaya betul.. bagi sebahagian majoriti rakyatnya.. hanya mampu duduk di flat sahaja yang mana 80 % daripadanya disediakan oleh Kerajaan melalui HDB.. Kerajaan Singapura sanggup buat apa sahaja untuk menyediakan rumah untuk rakyatnya . Kalau kubur terpaksa dipindahkan, mereka akan pindahkan. Begitu juga penempatan-penempatan tradisional asal yang ada, jika perlu dipindahkan untuk pembangunan, maka rakyat terpaksa akur dengan kehendak kerajaan mereka.. Semua rakyatnya ditempatkan di flat-flat yang berpuluh-puluh tingkat disekitar Bandaraya Singapura. Sehingga kini HDB telah membina lebih 1 juta unit rumah untuk rakyatnya.


Kami diberi penerangan yang jelas tentang perancangan dan
pembangunan pihak berkuasa Singapura  semasa lawatan ke
Urban Redevelopment Agency (URA).. Segala penerangan
diberi dalam bentok multi media yang canggih dan tempat
tempat-tempat yang berasingan.   Saya dapati mana-mana
tempat taklimat, mereka suka menyediakan model2 pemban-
gunan  seperti ini. Jadi mudah untuk memahami dan menge-
tahui secara lebih jelas perancangan mereka untuk masa kini
akan datang.
Saya dan rombongan sempat melawat ibu pejabat HDB ini yang terletak di Toa Payoh, Singapura. Memang besar bangunan ini. Pekerja HDB sahaja melebihi 5,700 orang. Dalam bangunan ini segala-galanya ada berkenanan perumahan, pinjaman perumahan, pengurusan projek perumahan, dan sebagainya. Di sini juga terdapat HDB  Gallery.  Di HDB Gallery ini pelawat dapat melihat dan mendengar sejarah HDB itu sendiri, serta program-program pembangunan perumahan awamnya. Segala-galanya ada disini dan 
Singapore Urban Redevelopment Agency... URA
berteknologi tinggi pula pamerannya. Memang mengasyikkan . Kalau tidak silap saya ada 5 zon pameran yang disediakan. Satu zon pameran yang saya suka sangat tengok ialah pameran rumah-rumah contoh dalam flat, samada rumah 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik. Memang menarik, moden  dan canggih-canggih belaka rumah yang ditunjukkan. Memang sesuai diambil contoh untuk dibuat di Malaysia.. Tapi kalau tengok dari segi kualitinya.. berpuluh ribu RM juga tu untuk interior dan perabot.

Saya tertarik dengan syarat wajib dalam pembinaan rumah-rumah di Singapura, iaitu setiap rumah wajib ada 'Bilik Kebal'.. Bilik kebal ini memang kuat , tak makan api, dan tak mudah dikopak oleh penyamun untuk merompak. Bilik agak luas juga , yang juga boleh dijadikan bilik stor. Namun fungsi utama bilik kebal ini , ia menjadi tempat perlindungan sementara penghuninya jika rumah dimasuki perompak atau sesiapa sahaja berniat jahat kepada tuan rumah dan keluarganya selain menyimpan barangan yang berharga.. Dalam bilik kebal ini ada saluran komunikasi yang sesuai untuk menghubungi pihak keselamatan  dan juga bomba jika kebakaran.  Bilik tengok bilik tu agak praktikal juga, dan sesuai untuk rumah di Malaysia. Agak-agaknya kalau diwajibkan bina bilik kebal kat rumah-rumah yang sedang bina ini diMalaysia... macam mana la reaksi rakyat atau pembeli.. Tentu aspek kosnya menjadi halangan..

Semua rakyat yang cukup syarat, layak memiliki rumah flat yang disediakan HDP.  Rumah disiapkan dulu oleh HDB dan pembeli hanya datang tengok dan kalau berkenan boleh beli, tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi tak adalah rumah terbengkalai yang selalu berlaku di Malaysia dan banyak menganianyakan pembeli-pembeli.

Memang berkenaan sungguh tengoik rumah
dan bilik2 contoh yang dipamerkan di HDB
ini...
HDB menyediakan pelbagai skim pembiayaan bagi memiliki rumah yang disediakan. Namun begitu sebahagian besarnya adalah diberi subsidi yang banyak oleh kerajaan. Kalau tidak memang mahal rumah flat ini, walau hanya sekadar rumah flat biasa. 25 tahun dulu sebuah rumah flat bekeluasan lebih kurang 2 buah bas hanya berharga lebih kurang RM35K sahaja, tapi sekarang rumah flat yang seluas itu berharga lebih RM300K. Kalau kerajaan tak bantu beri subsidi memang sukar untuk rakyatnya memiliki rumah sendiri. 91.8% flat yang disediakan HDB telah dijual, manakala yang menyewa lebih kurang 5.3 % sahaja. Yang lain-lain tu terdiri premis industri dan premis komersial. Yuran penyelenggaran flat untuk 'common area' dikutip dikalangan pemilik rumah dan diserahkan kepada 'Town Council' mereka. Saya tak pasti samaada cukai pintu juga dikutip sekali. Apa yang saya nampak sekarang ialah Singapura tidak lagi menghadapi masalah untuk menyediakan  rumah untuk rakyatnya..


Selain melawat tempat-tempat yang saya ceritakan dengan panjang lebar sebelum ini, sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita belajar dari mereka. Lihat saja bagaimana kerajaan Singapore menyesuaikan dengan negaranya yang kecil itu. Kerajaan Singapura telah melaksanakan program penambakan lautnya secara besar-besaran. Sehingga kini saya difahamkan lebih 20% tanah daratannya adalah terdiri dari tanah yang ditambak... Keluasannya bersamaan lebih kurang 17,000 buah padang bolasepak.. Luas tu.  Agaknya dari mana tanah yang diambil untuk tambak kesemua tu, Ada orang  kata, selain pasir dan tanah yang diambil beli dari Indonesia dan Malaysia , kemungkinan besar tanah itu diambil dari bawah tanah mereka. Singapura banyak buat terowong bawah tanah untuk keretapi dan kemungkinan ada juga bandaraya bawah tanah yang tidak diceritakan . Mungkin juga.. Sebagai negeri yang kaya, mereka boleh buat apa saja... Tanah2 itu dibuang dan ditambak ditapak yang ditetapkan..

Sistem pengangkutan mereka adalah terbaik samada teksinya,  keretapinya dan bas bandarannya serta keretapi bawah tanahnya.. Pembelian kereta adalah terlalu mahal di Singapura. Cukai yang dikenakan terlalu tinggi, melebihi harga kereta itu sendiri dan pelbagai syarat ketat dikenakan. Kereta pula hanya kurang dari 10 tahun sahaja dibenarkan berada diatas jalan raya.. Rakyat terpaksa akur dan untuk mendapatkan permit membeli keretapun terpaksa bersaing...

Kerajaan mempunyai target untuk menyediakan perumahan awam kepada rakyat berdekatan dengan tempat kerjanya. Target mereka pada tahun 2030  ialah penginapan rakyatnya terletak tidak melebihi 400 meter dari tempat bekerja. Jadi pekerja boleh pergi bekerja dengan berjalan kaki sahaja.. kita di Malaysia boleh belajar apa yang dbuat ini, walaupun kita rasa negara kita ni masih lagi luas terbentang dan tanahpun masih banyak..

Kita sebenarnya tidak terasa sangat kesulitan-kesulitan seperti yang dihadapi oleh rakyat Singapura berhubung dengan tanah daratan terhad berbanding dengan penduduknya yang begitu ramai. Bila tanah terhad macam-macam dasar diujudkan seperti dasar tanah kubur, dasar memiliki anak, dasar memiliki kereta, dasar perumahan dan sebagainya. Semua itu untuk memastikan keselesaan penduduknya untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang terjamin. Tapi ini juga membuatkan rakyat Singapura lebih kreatif dan bijak  dalam menangani masalah seperti ini.  Keadaan Singapura samalah juga dengan Hong Kong yang juga amat terhad tanahnya, tapi rakyat dan kerajaannya berjaya mengatasinya dengan baik dan berkesan. Mungkin boleh buat perbandingan antara pembangunan Hong Kong dan Singapura

http://beritakcs.blogspot.my/2012/12/shenzhen-cina-hong-kong-kenangan-yang.html

Memang penduduknya berpendapatan tinggi, tapi tidak berpeluang untuk hidup rasa bebas seperti mendirikan rumah atas tanah,  memiliki kenderaan sendiri, beriadah dikawasan hutan lipur dan segalanya yang terasa lapang macam kita rasa... kalau mereka mahu menikmati itu semua, mereka terpaksa keluar dari Singapura dan melancong ke Malaysia dan Indonesia..  Dalam negara mereka pun ada juga tapi amat terhad.. Jadi hargailah apa yang ada dinegara kita ini, walaupun kita tidak sekaya mereka.

Cuma saya amat berharap, satu hari nanti semua rakyat Malaysia mempunyai tahap disiplin yang tinggi, terutama dalam mematuhi segala undang-undang yang terpakai dinegara kita, menghargai alam sekitar, bersabar dengan segala karenah yang dhadapi , In Sya Allah Malaysia juga  boleh menjadi negara maju seperti Singapura. Namun begitu saya orang Singapura juga hidup dalam tertekan, dengan negara mereka yang begitu kuat pelaksanaan undang-undang mereka.. sikit-sikit saman dan denda atau ke mahkamah. Sebab itu kalau depa masuk Malaysia, mereka sudah lupa diri, segala macam perkara dilanggar mereka seperti memandu dijalan raya di Malaysia.. Dah tak ikut undang-undang lagi.. Jadi mungkin juga disiplin mereka dinegara mereka kerana undang-undang yang begitu ketat, bukan dari kesedaran sendiri.  Yang macam ini kita tidak boleh ikut. Disiplin seperti ini kita kena ikut orang Jepun. Majoritinya dimana mereka berada mereka tetap berdisiplin..

Waktu malam yg penuh ceria dan berwarna
warni di Kota Singa ini.. Pelawat kena pergi
ke Marina Sands Bay dan menikmati per
tunjukkan Air yg menggabongkan muzik,
cahaya, air, laser.. Memang menarik pertun-
jukkan ini sambil menikmati pemandangan
pemandangan yg memukau dimalam hari.
Percuma sahaja... berlatarbelakangkan 
bangunan yg tinggi2 & tasek yg jernih
Apa-apapun di Singapura ini banyak tempat juga yang menarik boleh dilawati.. Tapi kalau untuk membeli belah tu, fikir berkali-kali, sebab tukaran wang mereka lebih tinggi. Barangan yang sama di Singapura mungkin lebih tinggi berkali ganda berbanding barangan tersebut di Malaysia. Walau bagaimana kalau nak shooping juga kedai-kedaia di sekitar Mustafa Center, di Arab Street dan Kg Giam. Sudah tentu Pulau Sentosa menjadi tumpuan pelawat yang datang ke Singapura. Macam-macam ada kat sini untuk berhibur bersama keluarga seperti taman tema, kereta kabel, akuarium, casino dan sebagainya.Tiket masuknya boleh tahan juga la... Cuma satu perkara seperti yang diceritakan oleh pemandu pelancong.. en Amiin.. bahawa oleh kerana terlalu banyak pekerja-pekerja rencam asing dari luar negara bekerja di Singapora, Kerajaan Singapura telah membenarkan kegiatan pelacuran terkawal bagi memenuhi keperluan pekerja-pekerja  dari luar dan dengan harapan mereka tidak menganggui rakyat tempatan.. Boleh pakai ka idea ni , tak taulah saya. Bagi saya kegiatan ini sampai bila-bilapun tidak boleh dihalalkan dari segi undang-undang apatah lagi dari segi ugama.

Saya pernah mengikuti pertunjukan air yang serupa
menggabungkan cahaya, air, muzik dan laser di Yeosu 
Korea Selatan.. sewaktu menghadhiri satu international forum 
satu waktu dulu. Di sini pertunjukkannya lebih canggih
berbanding apa yang ada di Singapura.
Oklah... nampaknya pengumuman pun sudah dibuat tu, kena panggil utk boarding dah.. Saya rasa itu sahaja catatan sempoi-sempoi saya sepanjang lawatan saya ke Singapura ini. Ayatpun berterabur sahaja, maklum dok taip dalam kalut-kalut ni mengejar masa. Semoga ia menjadi satu pengetahuan baru dan pengalaman menarik buat kita semua...  Ok saya permisi dulu..   Nak kena 'log out' dulu internet ini
.. Kalau tak 'log out' nanti, orang masuk saya punya blog , nanya saya nanti...  ok permisi.. Kita lagi di Malaysia.. Negara Ku Tercinta... Sebaik-baik negara orang baik lagi negara kita noo....

Terima kasih kerana masih membaca sampai ke sini... jumpa lagi... Nanti saya nak cerita fasal Bandar Manila pula.. Kota Metropolitan ini belum pernah saya melawat lagi, cuma dok dengar dan tengok dalam drama-drama Fillipina saja...























Monday, 28 September 2015

Susah Sangatkah Untuk Mengambil Tindakan Tatatertib Penjawat Awam ...?

Tarikh : 28 September 2015
Catatan: Mohd Asri Redha

Assalaamualaikum.. WRT. dan Selamat Pagi semua... Pagi ni seperti kebanyakan pagi-pagi sebelum ini, matahari bersinar agak suram sahaja... jerebu masih lagi tak hilang-hilang lagi. Kelmarin pun demikian juga.. segalanya merimaskan kalau duduk diluar rumah.. malas nak bersiar-siar kat luar... dok dirumah saja. Jadi terfikir juga apa kata kalau saya patuk-patut huruf-huruf keyboard ni menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami dan berguna untuk kerja harian kita.. boleh kaan , saya buat cerita sikit. Ceritanya begini...

Minggu lepas saya telah mengikuti Kursus Pembangunan Kompetensi Modul Pengurusan Tatatertib bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bermula dari 13.09.2015 hingga 14.09.2015 bertempat di TH HOtel, Alor Setar. Bagus kursus ini kerana  tenaga penceramahnya adalah dari mereka yang memang sudah mahir dalam bidang ini iaitu dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Antara tajuk-tajuk ceramah yang diberikan ialah , Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tatatertib, Tatakelakuan Dalam Perkhidmatan  Awam Dan Prosedur Kes Tatatertib Biasa, Prosedur Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah, Perintah Tahanan atau Sekatan,, Prosedur Kes Tidak Hadir Bertugas dan Konsep Penahanan Kerja dan Pergantungan Kerja, Penamatan Demi Kepentingan Awam dan Prosedur Surcaj dan Hukuman Tatatertib dan Rayuan Tatatertib.

Memang menarik tajuk-tajuk ceramah ini dan menepati keperluan dijabatan-jabatan kerajaan. Saya selalunya  tidak melepaskan peluang mengikuti kursus-kursus seperti ini sebelum ini, kerana ianya amat berkaitan dengan saya sabagai penjawat awat dan pada masa yang sama sebagai Ketua Jabatan.

Kenapa ada peraturan dan undang-undang berkenaan tatatertib. Puncanya kerana ada orang suka langgar disiplin, tak mahu buat kerja yang sepatutnya dibuat dan sebagainya. Sebenarnya dalam undang-undang macam-macam perkara dalam perkhidmatan awam yang boleh diambil tindakan tatatertib. Saya tak mahu menceritakan secara terperinci akan sebab-sebab yang membolehkan tindakan tatatertib diambil kerana panjang jadinya. Apa yang perlu diketahui setiap kesalahan tatatertib ada prosedur yang ditetapkan boleh diambil  dan ada hukuman yang ditetapkan. Itulah yang diterangkan oleh penceramah sepanjang kursus yang saya hadiri itu.

Walaupun sudah ada undang-undang dan peraturan berkenaan tatatertib , kenapa terlalu kurang tindakan tatatertib diambil terhadap kakitangan kerajaan yang malas-malas ni, atau kakitangan yang buat kerja lebih kurang sahaja dan tidak mengikut apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang penjawat awam... Dalam artikata lain pegawai-pegawai yang tidak berdisiplin.

Bagi saya ianya terletak kepada pegawai atasan itu sendiri atau ketua jabatan itu sendiri. Mahu atau tidak mahu sahaja untuk mengambil tindakan. Saya tetap berpegang teguh kepada aturan dan peraturan.. kalau ada buat kesalahan yang terlampau, tindakan tatatertib mesti diambil. Ini telah saya buktikan dalam beberapa jabatan yang saya ketuai sebelum ini dan jabatan-jabatan yang saya menjadi penolong kepada Ketua Jabatan.  Ada yang setengahnya itu telah dibuang kerja, diturunkan pangkat, diturunkan gaji, dipotong gaji, diberi amaran dan sebagainya. Saya memang simpan rekod-rekod itu walaupun telah bertukar jabatan. Saya memang tidak senang sekali kalau terjumpa kes-kes pegawai yang tidak datang bertugas, tidak mahu menggunakan kad perakam waktu, kes kecuaian, kes tidak mahu buat kerja, kes melawan arahan ketua atau penyelia atasan, kes penyelewengan kuasa, kes tidak berintegriti dan kes pegawai tidak berprestasi seerta segala macam kes tatakelakuan yang pada akhirnya membawa pegawai kepada tidak berproduktif dalam jabatan.

Dalam jabatan kerajaan,  sebenarnya ada anggota yang seperti itu... Kadang-kadang terlampau sangat sedangkan mereka menerima gaji dan segala elaun yang lumayan dari kerajaan. Mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang mereka dapat . Mereka tidak sedar betapa ramai lagi orang diluar sana yang masih mencari-cari kerja dan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan seharian. Sedangkan yang sudah ada kerja langsung tidak menghargai akan apa yang sudah dapat... Jadi adalah tidak adil kita membiarkan pekerja-pekerja seperti itu  berada dalam pentadbiran awam kerajaan kerana mereka ini menjadi bebanan yang amat menyusahkan semua pihak. Sebab itu saya tidak boleh tengok perkara ini berleluasa didepan mata... Tidak boleh timbul rasa kasihan kepada pegawai-pegawai seperti ini kerana mereka sendiri tidak mengasihani diri mereka dan keluarga mereka. Sebab itu tindakan-tindakan tatatertib saya pasti ambil, samada saya buat laporan awalan, buat siasatan dalam, buat laporan tatatertib, membicarakan pegawai yang terlibat , dan ada ketika saya sendiri pernah terlibat dalam menjatuhkan hukuman kepada pegawai  didapati bersalah.

Sebenarnya untuk mengambil tindakan tatatertib tidaklah sesusah manapun, Saya sudah ada pengalaman tersebut.

Kalau kita ikut langkah demi langkah yang telah ditentukan... tidak ada masalah apa pun. Cuma kena pastikan ikut 'step' yang ditetapkan dan ada bukti-bukti yang nyata dan boleh ditunjukkan. Kalau tidak ikut langkah seperti yang ditetapkan dalam peraturan dan undang-undang, keputusan yang dibuat boleh dicabar di mahkamah dan sudah adapun hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai telah dibatalkan oleh mahkamah. Ini semua cuma kesilapan teknikal sahaja... Jadi kena berhati-hati bila mengambil tindakan tatatertib,

Namun begitu ianya juga melibatkan pegawai lain dalam proses tindakan tatatertib. Ini yang menyebabkan langkah tindakan tatatertib tidak berjalan dengan lancar.. tindakan menjadi lambat. Kadang-kadang disatu pihak sudah ok, laporan sudah lengkap dan cukup bukti, namun untuk keperingkat seterusnya terletak pada pegawai atau jawatankuasa lain pula.. Kalau pegawai yang terlibat itu prihatin berkenaan disiplin, maka ianya akan berjalan dengan lancar dan cepat, tapi ada setengah itu buat tidak kisah  sangat , maka jadi lambatlah prosedur tatatertib. Pada akhirnya kalau berlaku pertukaran demi pertukaran,  pegawai yang sepatutnya diambil tindakan tatatertib masih lagi berleluasa dengan perangai buruk buat kerja lebih kurang dan tidak berdisiplin. Inilah masalah yang sering berlaku dalam usaha mengambil tindakan tatatertib.

Bukan semua semua ketua jabatan suka mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai bawahannya. Kerana ini kerja-kerja tidak popular. dan banyak kerja nak kena buat.. Paling selamat tak payah buat apa-apa atau minta pegawai ditukarkan kejabatan lain. Jika ini dilakukan ianya tidak menyelesaikan masalah disiplin pegawai bermasalah tersebut. Ia akan membawa masalah ke Jabatan barunya pula...  jadi proses tindakan disiplin perlu dimulakan balik dari awal pula... begitulah keadaannya yang berlaku.

Sebab itulah saya tidaklah popular dikebanyakan jabatan yang saya bertugas, kerana saya tidak boleh berkompromi dengan pegawai yang tidak berdisiplin. Hinggakan setiap langkah saya sentiasa diperhatikan untuk mencari kesalahan saya. Sebab itu saya pernah diberi surat layang yang menunjukkan saya seolah-olah cakap tidak serupa bikin... Saya memang mengesyaki surat layang ini kebanyakannya ditulis oleh pegawai-pegawai yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang  terpaksa ambil..  Saya merasakan kalau tidak ambil tindakan disiplin, saya sendiri bersubahat dengan perbuatan mereka dan merasa bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebab itu saya perlu menjaga segala gerak geri saya agar tidak tersalah langkah hingga dipertikaikan. Kalau begitu kenalah ikut segala peraturan yang ditetapkan ... Senang kan.. ikut saja apa yang susah sangat.. Buatlah kerja yang ditetapkan dan diarahkan...

Samada laporan yang saya buat telah diambil tindakan lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab, ianya bukan lagi tanggungjawab saya. Kerja saya sudah selesai. kalau ada tindakan lanjut, saya akan memberi keterangan lanjut dalam jawatankuasa tatatertib peringkat tertinggi lagi,, Kalau di PBT senang sikit kerana saya sendiri pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Jabatan, jadi mudah sikit saya melaksanakan tanggungjawab saya sampai kepada perintah hukuman dikeluarkan, Sebagai pegawai kanan dalam jabatan, saya boleh mengarahkan ketua bahagian atau penyelia-penyelia yang ada menyediakan laporan-laporan tatatertib untuk pertimbangan saya dan Lembaga Tatatertib Jabatan,,, Jadi mudah sikit.

Untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai bawahan, ketua jabatan kenalah berdisiplin dulu. Kalau ketua jabatan sendiri tidak pernah menggunakan kad perakam waktu, tapi pada masa yang sama hendak mengambil tindakan terhadap anak buah yang tidak merakam kad perakam waktu, macam mana la nak ambil tindakan, cakap tidak serupa bikin. Kalau ketua datang pukul 11.00 pagi balik pula awal , macam mana nak ambil tindakan disiplin pada pegawai lain.. Cakap tidak serupa bikin juga.. Sebab itu ramai ketua jabatan tidak boleh atau tidak berani mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak buahnya kerana , anak-anak buahnya sendiri tahu akan kelemahan dan rahsia boss  mereka. .. Jadi mahu tak mahu, biarkan saja segala perkara-perkara tidak baik itu berleluasa dalam jabatan.. Masing-masing pakat jaga diri masing-masing...  Pada akhirnya prestasi organisasi semakin menurun....  Ini yang saya amat tidak gemar sangat.....

Ok.. pada kesimpulannya saya berpandangan, tindakan disiplin kena diambil dengan segera pada pegawai yang termasuk dalam kategori yang patut diambil tindakan disiplin.. Kalau tidak diambil ianya akan menjejaskan jabatan tersebut.. Bagi ketua jabatan... terpulanglah.. mau dengan tidak mahu sahaja.. Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih... Begitulah kira-kiranya..

Ok ya,, saya sudah letih menaip ni, biar saya berhenti disini sahaja. Saya perlu bersiap sekarang untuk pergi khenduri.. hari ini khenduri banyak dari tengahari, petang sampai ke malam.... tu dia rai perut sungguh.. Lepas hari raya korban ni pula daging serata tempat.. jenuh makan...  Ok.. kita sembang lain nanti.. bye


Teratak Kasih



Tuesday, 15 September 2015

SEHATI SEJIWA ... Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 02 September 2015.

Sekadar catatan penglibatan PBT TP Hi-Tech Kulim dalam menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 58... CINTA NEGARA....


Antara sepandok, banner dan streamers yang dipasang oleh PBTTP Hi-Tech Kulim disekitar
kawasan dalam pentadbiran Majlis.
Berlatih tetap berlatih, kalau nak bagi serasi dan sama serta bergaya




Bersama dengan pihak belia-belia dalam daerah Kulim yang turut sama-sama menyemarakkan
sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia dengan memasang bendera kecil
jalur gemilang pada kenderaan


Penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh en Rostam Ahli Majlis PBT TP HT Kulim kepada wakil-wakil
penduduk dalam Taman Perumahan untuk dipasang dikawasan kejiranan.





saya tak mahu banyak bercerita lagi fasal kemerdekaan, kerana dah banyak saya tulis fasal kemerdekaan ini, Kalau berminat boleh ikuti catatan-catatan bosan saya kat tajuk dibawah ini ... klik sahaja kat bawah...

CATATAN ANAK MERDEKA.. DULU DAN SEKARANG .. Catatan2 lalu.. sekadar ulangan