Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 08 Mac 2016
Assalaamualaikum dan selamat siang.. Masih membaca catatan saya ini.. Terima kasih ya..
Hari ini saya berkesempatan buat catatan sedikit berkenaan peristiwa sedih yang berlaku kepada anak-anak buah saya kelmarin..
Suatu kemalangan yang tidak dijangkakan. Manusia hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kemalangan yang melibatkan 3 orang anak buah saya yang pulang dari menghadiri bengkel yang diadakan di TH Hotel, Kepala Batas. Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Hutan Kampong. Terok juga kemalangan tersebut. Kalau lihat kepada kerosakan kenderaan tersebut, seperti 'totally lost' terutama dibahagan enjinnya itu. Mereka agak bernasib baik kerana tidak melibatkan kenderaan-kenderaan lain. Kecederaan yang dialami oleh mereka agak serious dan memerlukan rawatan pakar. Saya mengharapkan mereka semua tidak ditimpa masalah yang serious dan kesan berpanjangan. Sama-sama kita berdoa agar mereka kembali pulih seperti sediakala dan kembali ceria seperti sediakala.... Anak buah yang terlibat itu ialah Puan Che Jarina Che Lat, Cik Yuhanis bt Yusof dan Cik Nurulashikin Abu Bakar....
Kalau lihat pada video tersebut saya lihat ada orang awam dan pasukan bomba dan dll yang turut bertungkus lumus membantu anak-anak buah saya yang terlibat kemalangan tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang amat prihatin dan membantu mereka. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik tuan puan semua...
Blog ini hanya penceritaan aktiviti dan sedikit sebanyak pandangan berkenaan dengan aktiviti PBT Taman Perindustrian Kulim High-Tech.. Itu sahaja. Pandangan yang diberikan disini adalah pandangan penulis dan tidak berniat untuk menyakiti dan menyinggong perasaan sesiapa. Apa-apa maklumat yang diperolehi melalui blog ini tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan dan tuntutan.
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Wednesday, 9 March 2016
Sunday, 1 November 2015
PERBELANJAAN YANG TIDAK PERLU JIKA KITA BERDISIPLIN MEMANDU....
Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 02 November 2015
PESANAN SAYA: Berhati-hatilah semasa memandu. Banyak sangat saya dapati kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian sahaja seperti menggunakan telefon semasa memandu, tidak berdisiplin dengan melanggar lampu isyarat.. dan macam-macam lagi la kesalahan semasa memandu kenderaan.. nak tau lanjut fasal tabiat orang- orang kita memandu kenderaan.. boleh ikuti catatan-catatan saya dalam blog ini ....
http://semangatjati.blogspot.my/2009/08/tabiat-buruk-orang-kita-di-atas-jalan.html
Labels:
kemalangan,
kerosakan infrastruktur
Subscribe to:
Posts (Atom)





