Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 Feb 2017
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama ,Wisma TNB Negeri Kedah, Alor Setar
Alhamdulillah, setelah tertangguh beberapa minggu disebabkan masalah kesihatan saya, pada akhirnya hari ini saya dapat juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PBT TP HTK kali pertama Tahun 2017. Sudah tentu mesyuarat ini kena dimulakan dengan mengadakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan mereka ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim secara rasminya dan mengikut undang-undang.
Saya berharap dengan pasukan yang ada ini, akan dapat membantu saya menerajui PBT ini dengan lebih cemerlang dan terbaik, sepanjang tempoh 2017 dan 2018 atau satu tempoh yang saya mampu berada di sini. In Sya Allah...
Tanggungjawab utama yang akan diberi perhatian ialah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat... menyelenggarakan kawasan perkhidmatan dengan secekap mungkin, dan mempermudahkan segala urusan pelanggan ..
Blog ini hanya penceritaan aktiviti dan sedikit sebanyak pandangan berkenaan dengan aktiviti PBT Taman Perindustrian Kulim High-Tech.. Itu sahaja. Pandangan yang diberikan disini adalah pandangan penulis dan tidak berniat untuk menyakiti dan menyinggong perasaan sesiapa. Apa-apa maklumat yang diperolehi melalui blog ini tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan dan tuntutan.
Showing posts with label ahli majlis. Show all posts

Tuesday, 14 February 2017
Friday, 13 January 2017
Cabaran Ahli Majlis PBT Penggal 2017/2018 Dan JPP 2017/2018
Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 12 Januari 2017
Hari ini terlantiklah secara rasminya Ahli Majlis PBT seluruh negeri Kedah untuk Sessi 2017-2018 dan juga Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Kedah. Satu majlis Perjumpaan dan Penyampaian Tauliah jawatan tersebut telah berlangsung di Dewan Kenangan Kompleks MPSPK, Sungai Petani pada 12 Januari 2017. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Ada yang dilantik semula , dan ada yang baru dilantik. Bagi yang tidak dilantik semula , terimalah seadanya kerana itu adalah takdir dan kehendak kepimpinan dan akur sahaja dengan pilihan itu. Yang penting sokongan padu perlu diberikan kepada kepimpinan tertinggi untuk memastikan segala program yang diatur berjalan lancar apatah lagi pilihanraya umum yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Tidak ada ruang lagi untuk berpecah belah kerana perpecahan akan membawa kepada kelemahan sesuatu organisasi.
Penyampaian Tauliah telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah ..Menteri Besar Kedah DA . Sebagai YDP di PBT TP Hi-Tech Kulim, saya juga mengharapkan kerjasama yang padu dari semua Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PBT ini dalam melaksanakan segala program dan aktiviti untuk kesejahteraan rakyat di PBT ini...

![]() |
| Meraikan YB. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut hadhir sama dalam Majlis Penyampaian Tauliah Ahli Majlis PBT dan Tauliah Pengerusi JPP PBT |
Labels:
ahli majlis,
perasmian
Tuesday, 3 January 2017
Ikrar dan Angkat Sumpah Yang DiPertua PBT
Catatan : Mohd Asri Redha
Tarik: 03 Januari 2017
Assalaamualaikum dan Selamat Malam..
Kelmarin dulu baru saja saya bercakap dan bercerita fasal Angkat Sumpah dan Baca Ikrar Anggota Perkhidmatan Awam..
Tiba-tiba hari ini, saya dijemput ke Pejabat Menteri Besar Kedah untuk Majlis Angkat Sumpah Semua Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah. Pemakluman pun hanya diberitahu pada pagi tadi sahaja. Itu yang dikatakan deria tambahan yang ada pada diri kita yang kita tidak sedar.. dan ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku pada saya.. Kadang-kadang pada hari itu kita teringat akan sesuatu yang sudah lama kita tidak ingat, tiba-tiba ia datang ada depan mata.. Macam dirancang, tapi sebenarnya tidak dirancangpun...
Oklah berbalik pada soal pokok tadi.. Majlis Angkat Sumpah YDP PBT ini diikrarkan dihadapan YAB Menteri Besar Kedah di pejabat beliau di Wisma Darul Aman. Sudah tentu ikrar dan angkat sumpah itu untuk mengingatkan anggota perkhidmatan awam seperti saya ini supaya bekerja dengan baik, bersungguh-sungguh, berdisiplin, mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan dan segala macam perkara baik-baik yang patut kita buat dan amalkan.. Selepas YDP angkat sumpah barulah nanti Ahli-Ahli Majlis pula yang angkat sumpah dihadapan YDP pula.. Tapi sekarang ini pelantikan Ahli Majlis PBT sessi 2017 - 2018 belum lagi diputuskan. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang, majlis Angkat Sumpah semua Ahli Majlis PBT untuk sessi 2017 - 2018 akan diadakan pada 12 Januari nanti di Dewan Besar MPSPK, Sungai Petani.

angkat sumpah
Subscribe to:
Posts (Atom)