Tarikh : 06 November 2015

saya yang amat mulia disisi Allah SWT dan Selamat Sejahtera buat kawan-kawan sekalian. Ketemu lagi dalam catatan-catatan ringkas saya dalam blog ini. Sekadar pengetahuan dan maklumat aktiviti yang melibatkan saya dan organisasi saya..


Begitu juga sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Kedah yang dilantik oleh Kerajaan, mereka perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Masih ramai lagi yang kurang faham akan peranan JPP ini, dan tidak tahu arah tuju yang hendak dicapai. Kadang-kadang seolah-olah seperti bertindih dengan peranan ahli-ahli majlis pula. Sebab itu seminar ini diintegrasikan kedua-duanya ahli majlis dan pengerusi/setiausaha JPP. Jadi bila berseminar bersama ini, barulah dapat dijelaskan dengan baik oleh penceramah yang berpengalaman yang dijemput oleh urusetia.
Berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta, saya rasa masih terdapat kurang kefahaman peranan yang sepatutnya dimainkan baik oleh Ahli Majlis ataupun Pengerusi JPP. Begitu juga dasar-dasar yang ddilaksanakan oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Kesejahteraan Tempatan banyak yang belum difahami sepenuhnya oleh Ahli Majlis dan JPP dan tindakan yang perlu dibuat seperti Program Pengasingan Sisa Pepejal diPunca.
Antara tajuk-tajuk ceramah seminar ini yang amat berkaitan ialah seperti berikut :
-#Kepentingan Perancangan Bandar Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
-

-#Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal.
-#Ceramah Motivasi bertajuk 'Be A Better Version Of You'
Memang bersesuaian tajuk-tajuk ceramah ini. Saya amat berharap kesan dari seminar ini akan dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan ahli majlis dalam menerajui perancangan dan pembangunan PBT TP HT Kulim. Di peringkat Ahli Majlis dan JPP , mereka patut tampil dihadapan menerajui apa sahaja dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Sebagai sebuah PBT, tentunya isu-isu kebersihan, perkhidmatan bandar, isu alam sekitar dan isu-isu perbandaran , perumahan dan perancangan pembangunan menjadi tumpuan kerajaan. Banyak dasar dan perancangan yang dibuat oleh kerajaan adalah bagi mengatasi masalah-masalah perbandaran. Sebab itu saya kata Ahli Majlis / JPP kena tampil untuk membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan berkaitan dan juga mencari jalan menyelesaikannya. Bukannya menjadi badan pendesak pula pada PBT seolah-olah mereka seperti pembangkang.
Seminar ini merupakan anjuran bersama Bhg Kerajaan Tempatan Negeri Kedah dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, selain INSPIN sebagai urusetia pelaksana.
* Catatan mengenai JPP boleh dilayari catatan blog saya ini, klik saja kat sini : http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/jawatankuasa-perwakilan-penduduk-jpp.html
Terima Kasih, jumpa lagi
Asri Redha
Teratak Kasih...................
Pegawai Kanan KPKT
# Dato' Halimi, Timbalan KSU KKBPKT
# Ismail b. Mokhtar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
No comments:
Post a Comment